by Miriam Hedija . on 02/11/2025 ...
Artikel ini telah dikemas kini pada 2 Januari 2025.
Pengembaraan Kiddy123 dalam mencari lebih banyak prasekolah yang terbaik di Malaysia kali ini membawa kami ke Selayang, sebuah bandar yang sedang berkembang pesat untuk mencari prasekolah dan program hebat yang mereka tawarkan untuk ibu bapa yang mencari pendidikan awal kanak-kanak terbaik buat anak mereka.Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Al-Amin Darul Musthofa Early Childhood Centre, Batu Caves menawarkan pendidikan Islam yang holistik untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, yang mengintegrasikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dengan prinsip-prinsip Montessori Islam. Program dwibahasanya membantu kanak-kanak menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, manakala tumpuannya terhadap kemahiran abad ke-21 menyediakan murid-murid untuk dunia moden. Kurikulum di sini termasuklah pembacaan al-Quran, Jawi, ICT, Bahasa Arab, dan kemahiran hidup praktikal. Selain akademik, aktiviti-aktiviti seperti Tiny Talents Talk, kelab kokurikulum, dan rombongan sambil belajar menggayakan lagi pembelajaran kanak-kanak. Dengan tenaga pengajar yang berdedikasi, kemudahan sekolah yang moden serta persekitaran yang selesa dan selamat, pusat pendidikan ini memastikan kanak-kanak dapat bekembang dari segi akademik, sosial, mahupun agama, menjadikannya pilihan yang bernas untuk keluarga Muslim.
Prasekolah ini dikelilingi oleh persekitaran yang menyenangkan yang jga turut menyepadukan pengalaman pembelajaran di luar kelas. Ini bagus agar kanak-kanak dapat mengasah kemahiran motor halus, kemahiran seni, kemahiran motor kasar, kemahiran dapur, penjagaan diri serta penjagaan alam sekitar. Kanak-kanak dapat membina otot-otot kecil mereka ketika bermain di luar dan melalui latihan kecergasan seperti melompat, berlari dan menggunakan “hula hoop”. Aktiviti fizikal bukanlah satu-satunya penyebab menjadikan kanak-kanak sihat di prasekolah ini kerana makanan yang disediakan di sekolah ini padat dengan nutrisi dan juga seimbang. Excel Preschool juga menawarkan servis: bimbingan kerja rumah, pusat jagaan, konsert dan hari sukan.
Hi·Kiddo Childcare Centre di Taman Wahyu, Kuala Lumpur diasaskan dengan satu matlamat utama — untuk memastikan kanak-kanak benar-benar gembira. Berinspirasikan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan, bercerita, dan penerokaan kreatif, pusat ini menyediakan persekitaran yang selamat dan penuh kasih sayang untuk perkembangan menyeluruh anak-anak. Dengan nisbah guru kepada murid yang rendah, elemen Montessori, dan kerjasama erat dengan ibu bapa, Hi·Kiddo membentuk kanak-kanak yang yakin, penyayang dan ingin tahu sejak usia awal mereka.
Small Wonder mendapat sokongan daripada kumpulan pakar pendidikan awal kanak-kanak yang terbesar di seluruh dunia. Ia adalah sebahagian daripada kumpulan prasekolah Busy Bees yang mendapat pelbagai anugerah. Oleh itu, Small Wonder di Malaysia memberikan pendidikan awal yang kukuh dan bermakna kepada kanak-kanak. Mereka membimbing kanak-kanak ke arah kejayaan sepanjang hayat dengan memahami keperluan mereka yang sentiasa berubah dan penanda aras antarabangsa.
Small Wonder ditubuhkan di Singapura pada tahun 1989 dan komited untuk menyediakan pembangunan yang menyeluruh dan progresif untuk kanak-kanak. Kami percaya bahawa pembelajaran sepatutnya menyeronokkan, menggembirakan, dan menimbulkan keyakinan untuk kanak-kanak, semuanya dalam persekitaran yang mereka nantikan setiap hari.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.
No. 1 Malaysia Early Childhood Directory. We help parents to find preschools, enrichment programs, and more!