Site logo

Selected International Preschools in Malaysia

by on 02/08/2025 21655

Also available in : English 中文版

Artikel ini dikemaskini pada 6 Februari 2025.

Untuk ibubapa yang sedang merancang untuk mendaftarkan si kecil ke Sekolah Antarabangsa, program Early Years yang ditawarkan sekolah-sekolah ini dapat menjadi asas yang berkualiti untuk mereka cemerlang dalam gred/tahun seterusnya. Daripada pelbagai pilihan kurikulum, filosofi dan fasiliti, kami telah menyenaraikan Sekolah Antarabangsa dengan profail yang hebat dalam program Early Years.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


 Acmar International & Private Schools, Klang

Ditubuhkan pada pertengahan 2018 dan terletak di lokasi strategik di Bandar Baru Klang, Acmar International and Private Schools telah memperoleh reputasi sebagai yang terbaik dalam kategorinya, semuanya kerana pendekatan holistik yang sihat dalam membimbing pelajar mereka sebagai pemikir kreatif dan kritis lengkap dengan kemahiran abad ke-21 yang amat diperlukan. Ini tidak dapat dielakkan apabila mereka memiliki kemudahan terbaik yang kondusif untuk pelajar mengasah pengetahuan dan kemahiran droning, robotik, pengekodan, dan lain-lain yang sesuai dengan dunia moden.

Dalam menyokong aspirasi negara kita untuk menjadi hab pendidikan serantau, AIS komited untuk kecemerlangan dan mengutamakan pendidikan berkualiti untuk pelajarnya. Setiap pendidik dan kakitangan memberi perkhidmatan mereka kepada sekolah dan masyarakat dengan sepenuh hati. Ia menawarkan pendidikan sekolah antarabangsa dan swasta yang boleh diperoleh oleh semua pelajar yang tinggal di Malaysia. Kemudahan asrama yang diurus dengan baik menjadikannya lebih mudah diakses oleh semua orang.

Acmar International & Private Schools (Early Years), Klang

PT 21156, Persiaran Rajawali, Bandar Baru Klang,
03-3362 4333 / 016-968 8XXX
Show Number
03-3362 4333 / 016-968 8402 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Australian International School Malaysia, Seri Kembangan

Australian International School Malaysia (AISM), adalah sekolah antarabangsa terkemuka yang terletak di Mines Resort City, Seri Kembangan. Ditubuhkan 20 tahun yang lalu, AISM menawarkan program pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak seawal usia 3 tahun.

Sekolah ini yang mengikuti Kurikulum Australia yang seimbang, terdiri daripada Pusat Pembelajaran Awal (ELC), Sekolah Rendah, dan Sekolah Menengah. ELC menggunakan gabungan falsafah Reggio Emilia dan Australian Early Years Learning Framework, yang memudahkan perkembangan keseluruhan anak.

AISM ingin untuk mewujudkan pengalaman belajar yang luar biasa untuk semua pelajar mereka, di mana anak-anak dipupuk untuk menjadi pemikir yang ingin tahu, kritis, yang saling menghormati sesama sendiri dan persekitaran mereka. Di sekolah ini, anak-anak diajar untuk menggunakan keperhatian, yang menjadi tunjang kesejahteraan dan pendidikan mereka.

Australian International School Malaysia (Preschool & Early Years), Seri Kembangan

No. 22, Jalan Anggerik, Mines Wellness City,
010-259 8XXX
Show Number
010-259 8026 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Beaconhouse Newlands Early Years, Bangsar

Beaconhouse Newlands Early Years, Bangsar terletak di sebuah banglo yang indah yang dikelilingi oleh kehijauan dalam kawasan yang tenang di Jalan Pantai. Pelbagai manfaat ditawarkan sekolah ini untuk masyarakat setempat, terutama dari segi memberikan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada masyarakat yang tinggal di kawasan itu.

BNEY Bangsar menawarkan kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS), kurikulum yang berkualiti dari UK, di mana pembelajaran berkisar pada anak. Prasekolah ini mempunyai banyak aktiviti ekstrakurikulum yang memperkayakan dan menyeronokkan untuk memastikan pelajar mereka gembira dan sihat. Antaranya termasuk balet, taekwondo, dan berenang.

BNEY Bangsar menjanjikan sistem pendidikan yang berbeza serta pengurusan dan pengajaran berkualiti yang akan mengubah anak-anak menjadi versi terbaik dari diri mereka yang bersedia menghadapi cabaran, dan cemerlang di sekolah dan dalam kehidupan.

Beaconhouse Newlands Early Years, Bangsar

No. 2, Lorong Bukit Pantai 7, Taman Bukit Pantai,
03-2201 5116 / 018-207 8XXX
Show Number
03-2201 5116 / 018-207 8008 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Beaconhouse Newlands Early Years, SS2, Petaling Jaya

Di Beaconhouse Newlands Early Years, cita-cita kanak-kanak diutamakan. Dengan menginspirasikan kanak-kanak untuk cemerlang dalam pendidikan dan kehidupan, Beaconhouse berusaha untuk melengkapkan para pelajar sepanjang hayat untuk berkembang maju dalam dunia yang serba moden dengan minda terbuka, dan yakin menjalankan tanggungjawab.

Faktor yang paling berpengaruh terhadap kejayaan pembelajaran kanak-kanak di Beaconhouse adalah pengajaran yang luar biasa. Fakulti yang bukan sahaja terdiri dari profesional yang berkelayakan dan berpengalaman tetapi juga individu progresif yang bersemangat dan amat komited.

Untuk memastikan anak-anak berkembang maju, pelbagai program ko-kurikulum yang ditawarkan mendidik whole child dan membuka peluang anak-anak menerokai dunia melalui kerangka yang dipandu kurikulum Cambridge. Peluang pembelajaran dinamik yang mengimbangi persekitaran akademik yang kaya dengan permainan yang kreatif, membantu kanak-kanak membina asas pengetahuan yang kukuh mengenai dunia di sekeliling mereka. Kanak-kanak akan mempelajari analisis saintifik seperti free exploration, membuat hipotesis dan kesimpulan melalui pelbagai tema dan projek.

Beaconhouse Newlands Early Years, SS2, Petaling Jaya

No. 37, Jalan SS2/44,
03-7865 0453 / 018-216 8XXX
Show Number
03-7865 0453 / 018-216 8008 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Beaconhouse Newlands Early Years, U-Thant Ampang

Beaconhouse Newlands Early Years (BNEY) di U-Thant, Ampang menitikberatkan kombinasi dinamik kemahiran, pengetahuan, dan pemikiran kritis bagi kanak-kanak berumur 1 ½ hingga 6 tahun, yang kesemuanya akan menjadi tonggak untuk melahirkan pelajar sepanjang hayat (lifelong learners) dan masyarakat global yang bertanggungjawab.

Dengan pendidikan berkualiti tinggi melalui integrasi amalan terbaik antarabangsa, program UK Early Years Foundation Stage (EYFS) dan kurikulum Beaconhouse School System, serta ruang bermain yang ideal untuk kanak-kanak menerusi persekitaran pembelajaran yang kaya dan pelbagai yang menyokong proses pembelajaran mereka, tadika ini tekad untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak memulakan perjalanan pendidikan mereka.

Beaconhouse Newlands Early Years, Ampang U-Thant

No. 23, Jalan Taman U-Thant,
03-2181 2094 / 018-217 8XXX
Show Number
03-2181 2094 / 018-217 8008 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Sekolah Antarabangsa Cranbridge, Kuala Lumpur menawarkan persekitaran yang merangsang pelajar untuk menyerlahkan cita-cita akademik dan memperoleh manfaat daripada pembangunan menyeluruh sebagai individu dan warga global. Sekolah ini bermula sebagai pusat pembelajaran dengan sejumlah kecil pelajar. Hari ini, sekolah ini kekal mempromosikan komuniti yang erat dan mesra suasananya dengan berpegang pada slogan “Semua Kanak-kanak Dapat Belajar dan Akan Belajar.”

Di Cranbridge, para pelajar belajar merentasi kontinum program yang berpandukan silibus Pearson Edexcel. Pearson Edexcel ialah sebuah program progresif yang berasaskan kurikulum British yang terkini. Bermula dari prasekolah hingga A Level, para pelajar diberi inspirasi secara berterusan untuk mencabar diri mereka ke tahap terbaik, sambil melengkapi diri dengan kemahiran abad ke-21 untuk berkembang dalam dunia yang sedang berubah dengan pantas.

Sekolah Antarabangsa Cranbridge ialah pusat peperiksaan bertauliah untuk penilaian Edexcel. Sekolah ini mempunyai rekod prestasi kecemerlangan akademik yang kukuh dengan pencapaian pelajar terbaik bagi kelayakan O Level dan A Level sekali gus. Para pelajar terus-menerus meraikan keputusan cemerlang ini termasuk Pencapaian Tertinggi di Dunia untuk Matematik Tulen Tambahan 2018 dan Pencapaian Tertinggi di Asia untuk Matematik Tahap Lanjutan 2018 – bukti sebenar tentang kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh Cranbridge.

Cranbridge International School (Early Years), Kuala Lumpur

Jalan Tiga, Off Jalan Chan Sow Lin, Chan Sow Lin,
010-259 8XXX
Show Number
010-259 8026 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Epsom International School adalah sekolah campuran (co-educational) dan asrama yang terletak di kawasan seluas 50 ekar di Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Ditubuhkan pada tahun 2014, ECiM memberikan pendidikan kelas pertama berdasarkan Kurikulum Kebangsaan UK dan pengalaman sekolah berasrama Inggeris yang unik. Kampus persendirian seluas 50 ekar ini mempunyai bangunan berteknologi ultra moden dan berteknologi tinggi, dengan kemudahan khusus untuk muzik, drama dan sukan.

Pendidikan Epsom College bermula di Prep School (Ages 3 – 11) dan terus ke Senior School (Ages 12 – 18) Pelajar di Senior School menduduki IGCSE dan A Levels dengan majoriti akan melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di UK yang berprestij.

Program ‘Weekday Boarding’ disediakan untuk pelajar Tahun 5 hingga Tahun 13. Program ini menawarkan ibu bapa dan anak-anak yang terbaik dari kedua-dua dunia – kemampuan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada pembelajaran dan tuntutan kerja dari Isnin hingga Jumaat, dan peluang untuk berhubung dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di rumah pada hujung minggu.

Epsom College in Malaysia (Early Years & Prep School), KLIA

Persiaran Kolej,
010-259 8XXX
Show Number
010-259 8026 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 


Satu-satunya sekolah di Malaysia yang menawarkan kesemua 4 program dalam International Baccalaureate; Primary Years Programme (PYP), Middle Years Programme (MYP), Diploma Years Programme (DP) dan Career-related Programme (CP); IGB International School (IGBIS) sentiasa komited dalam melahirkan individu-individu yang hebat dan mempunyai daya fikir kritikal, mampu menyelesaikan masalah dan sentiasa berusaha untuk mengembangkan potensi diri. Oleh itu, pelajar IB mempunyai lebih kemungkinan untuk melengkapkan ijazah sarjana muda dan meneruskan bidang sarjana kemudiannya berbanding rakan sebaya mereka. 

Kurikulum IB dikenali sebagai menarik dan memberi inspirasi, membolehkan pelajar benar-benar cemerlang dan menemui potensi mereka. Selain itu, kurikulum ini sangat bermanfaat untuk individu yang mempunyai kecenderungan untuk terus mendorong diri mereka lebih jauh. Pelajar juga akan mempunyai pengetahuan dan tahap keyakinan yang akan memberi mereke dorongan ekstra sepanjang hayat.

IGB International School (Early Years), Sierramas, Sungai Buloh

Jalan Sierramas Utama, Sierramas,
010-259 8XXX
Show Number
010-259 8026 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


King's International School, Seremban

King’s International School, Seremban menyediakan kurikulum tahun awal, sekolah rendah dan juga sekolah menengah berdasarkan kurikulum British yang berkualiti. Sekolah ini menggalakkan kecemerlangan akademik, perkembangan sahsiah dan kewarganegaraan global melalui program Cambridge International dan IB. Kaedah pengajaran yang inovatif, pendekatan mesra digital, dan aktiviti kokurikulum yang pelbagai menyokong keperluan pembelajaran pelajar. Pelajar mendapat manfaat melalui fasiliti yang moden, dan budaya yang menekankan inklusiviti (keterangkuman) dan penyertaan dalam komuniti. Hal ini menyediakan mereka untuk mencapai kejayaan masa hadapan dalam dunia globalisasi. Kurikulum di sini termasuklah subjek asas dan menggalakkan pemikiran kritis, kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah, dengan penekanan dalam literasi digital dan pengetahuan praktikal.

King’s International School (Early Years), Seremban

B1 Block B, Jalan Haruan 5/8, Pusat Komersial Oakland 2,
010-259 8XXX
Show Number
010-259 8026 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025