by on 23/05/2022 731
Sorotan Utama: |
|
Sebagai ibu bapa, jika anak anda tidak dapat mengejar kerja sekolahnya, atau telah hilang keinginan untuk belajar, apakah perasaan anda? Ini merupakan salah satu akibat buruk wabak Covid-19, di mana kanak-kanak yang semakin ketinggalan dalam pelajaran menjadi punca keresahan banyak keluarga. Lagi pun, jika kanak-kanak selalu gagal atau tidak berjaya dalam peperiksaan-peperiksaan penting, mereka akan mula hilang semangat untuk terus membelajar. Berita baiknya ialah, terdapat penyelesaian yang berkesan, yang sedang melegakan ramai ibu bapa.
Sebagai seorang ibu, Puan Sangeetha amat kecewa apabila menyedari bahawa terdapat banyak nama terkenal dalam pusat tuisyen dan pengayaan tempatan yang manghampakan dalam penyampaian mereka. "Saya seperti tidak percaya apabila mendapati bahawa anak saya tidak berjaya seperti yang sepatutnya, terutamanya kerana saya telah membelanjakan banyak wang, dan mengharapkan hasil yang sewajarnya," kongsinya dengan Kiddy123 dalam temu bual baru-baru ini. Puan Sangeetha sedar bahawa beliau perlu mengambil beberapa tindakan radikal jika beliau benar-benar ingin melihat perubahan dalam pendidikan anak-anaknya, dan juga membantu keluarga lain.
Kini, dengan menubuhkan Pusat Perkembangan Minda Anugerah (PPMA), Puan Sangeetha membantu membuka pintu untuk pengalaman pendidikan yang lebih baik untuk kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak berhak memahami pengajaran mereka, menikmati pelajaran mereka, dan berasa bijak serta pintar. Puan Sangeetha tahu bahawa prestasi rendah dalam sesuatu mata pelajaran itu tidak semestinya disebabkan kanak-kanak itu 'lemah' atau 'paling tidak gemari' mata pelajaran tersebut. Sebaliknya,cara mengajar dan juga cara belajar yang harus dipertikaikan.
Puan Sangeetha juga teruja menerangkan kelebihan program Matematik Eye Level itu, yang merangkumi kedua-dua asas matematik (Pemikiran Asas) dan aplikasi matematik dalam penyelesaian masalah (Pemikiran Kritikal). Sebagai seorang yang kerjaya sebagai Jurutera Pengeluaran, beliau kagum melihat buku kerja Pemikiran Kritikal meliputi tujuh (ya, tujuh) kaedah berbeza untuk Penyelesaian Masalah dan juga merangkumi Pemikiran Visual dan Pemikiran Verbal.
Sukatan pelajaran Matematik Eye Level direka untuk membantu pelajar lemah menguasai matematik secara sistematik, iaitu pengukuhan melalui dasar pengajaran yang dikuasai sebelum ini. Dengan cara ini, pelajar tidak tertekan dan mampu menghadapi mata pelajaran matematik. Bagi pelajar yang cekap dalam matematik pula, sukatan pelajaran Matematik Eye Level membantu mereka untuk maju melalui topik-topik yang berkenaan. Pelajar-pelajar PPMA sering mendapat A dalam Matematik untuk peperiksaan tempatan dan antarabangsa. Seperti kata Puan Sangeetha, "Matematik mudah difahami jika ia diajar dengan betul."
Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris Eye Level pula merupakan program Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama dengan penekanan pada pembangunan kemahiran Membaca, Pemahaman dan Menulis. Berbeza dengan program bahasa kedua, soalan pemahamannya menguji kefahaman pelajar terhadap petikan yang diberi, dan juga, menguji sama ada mereka dapat meramalkan kemungkinan di penghabisan pada petikan yang dibaca. Pelajar juga dibekalkan buku kerja Penulisan berpandu yang mengembangkan kemahiran menulis masing-masing.
Boleh dikatakan bahawa pelajar yang menghadiri program Matematik Eye Level dan Bahasa Inggeris kurang menghadapi masalah apabila menghadapi peperiksaan di sekolah. Pelajar-pelajar ini mendapati diri mereka menghayati pengembaraan pembelajaran mereka, yang menjadi lebih menyeronokkan dan memuaskan. Ini disebabkan mereka dilengkapi dengan baik, sihat minda serta bermotivasi untuk melakukan yang terbaik. Mereka dipupuk untuk menjadi pelajar berdikari.
Akibat wabak Covid-19, ramai pelajar yang telah ketinggalan dalam pelajaran dan kini tertekan. Terdapat juga pelajar yang memang bermasalah dalam pembelajaran mereka, dan kini lebih menderita semasa pandemik. Kiddy123 terpesona dengan bengkel PPMA untuk membantu pelajar merapatkan jurang pembelajaran dan bengkel untuk pelajar bermasalah pembelajaran. Bengkel dalam talian kognitif "Study Plus+" diadakan selepas waktu sekolah, dalam kemudahan rumah pelajar.
Bengkel online Study Plus+ menyediakan latihan kognitif untuk meningkatkan kapasiti pembelajaran pelajar. Menggunakan konsep saintifik Neuroplastisiti, senaman kognitif Study Plus+ mampu meningkatkan prestasi keseluruhan pelajar-pelajar dari segi kefahaman mereka. Latihan ini juga dapat menguatkan daya pemikiran mereka dan membantu dalam mencapai prestasi tertinggi masing-masing dalam peperiksaan dan juga sukan! Dari pelbagai aspek, program ini bagaikan kunci berharga bagi potensi besar otak seseorang pelajar, membolehkannya menggunakan mindanya dengan cara yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Sudah tentunya, hasilnya amat mengagumkan, terutamanya apabila kanak-kanak menyedari bahawa mereka sebenarnya lebih bijak dan lebih berkebolehan daripada yang mereka sangkakan sebelum ini!
Sesetengah ibu bapa mungkin tidak menyedari apa yang sedang dihadapi atau dirasai oleh anak mereka semasa di sekolah. Oleh itu, didapati ramai pelajar dari semua peringkat umur hari ini terpaksa menderita dalam diam akibat tekanan, dibuli pelajar lain, isu moral, dan bermacam lagi. Di sinilah PPMA menonjol dengan tawaran terbarunya iaitu Kaunseling dan Terapi Bar (Bars Therapy).
Kaunseling menggunakan Terapi Tingkah Laku Kognitif (Cognitive Behavioral Therapy atau CBT ), amat berguna untuk para pelajar yang mengalami masalah rendah moral, tertekan, murung atau di ambang kemurungan, dan juga untuk kanak-kanak yang kurang motivasi untuk belajar atau mengkaji. Rawatan psikologi ini amat berkesan dan dapat memberi harapan baru kepada pelajar yang telah putus asa dan tidak bermotivasi.
Sama ada kita ingin mengakuinya atau tidak,tekanan atau stres bukan hanya memberi kesan kepada orang dewasa, namun kanak-kanak juga mungkin mengalami kesan negatif tersebut. Kanak-kanak mampu merasa tertekan atas pelbagai sebab, sama ada masalah keluarga, kurang motivasi untuk belajar, atau pun hampa kerana ketinggalan di sekolah. Jika tidak ditangani dengan betul, tekanan zaman kanak-kanak ini boleh menyebabkan kemurungan dan kualiti hidup pun akan terjejas. Terapi Bars khas selama 30 minit ini melibatkan langkah-langkah melegakan tekanan yang dilaksanakan oleh ahli terapi, bersama penguatkuasaan cadangan atau penegasan minda yang positif, memperkayakan diri untuk membantu menghilangkan tekanan dan membaharui semangat kanak-kanak.