by on 04/03/2020 1478
Pendidikan awal kanak-kanak boleh menjadi persoalan yang rumit kepada ibu bapa, terutamanya ibu bapa yang baru. Dengan begitu banyak pilihan di luar sana, ibu bapa tentunya keliru ketika memilih prasekolah sesuai untuk anak mereka, yang akan membuatkan anak mereka berasa selamat dan seperti di rumah. Itulah sebabnya Little Tillage Preschool and Developmental Childcare Center, The Hub SS2 tekad menjadi rumah kedua bagi anak anda.
Terletak di The Hub, SS2, prasekolah tiga tingkat ini dapat dilihat dari jauh. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam, saya disambut oleh Cik Naomi dengan senyuman yang mesra. Saya tergamam dengan saiz sekolah ini! Kawasannya sangat luas, dengan siling tinggi yang dicat biru dan dilimpahi pencahayaan semulajadi dari tingkap yang tinggi.
Cik Naomi mendedahkan bahawa ia adalah rasa kasih kepada untuk kanak-kanak yang membawa kepada penubuhan Little Tillage.
Each day of our lives we make deposits in the memory banks of our children. - Charles R. Swindoll
Tumpuan utama sekolah ini adalah untuk memastikan kanak-kanak berasa seronok ke sekolah dan ketika belajar. Walaupun sesetengah prasekolah mempunyai kaedah kurikulum dan pengajaran dengan fokus yang lebih tradisional, namun di Little Tillage, pelbagai jenis pendidikan kanak-kanak yang berbeza dipertimbangkan. Sekolah ini percaya kurikulum disini bukan sahaja untuk pendidikan awal kanak-kanak, tetapi juga sebagai persiapan kesejahteraan fizikal, sosial dan emosi. Little Tillage menggunakan rangka kerja dan kaedah pembangunan kanak-kanak yang terbaik dan terkini, yang telah dipinda untuk disesuaikan dengan masyarakat setempat.
Little Tillage memperkenalkan pengalaman bilik darjah Amerika yang dibina berdasarkan rangka kerja pengajaran antarabangsa yang bersesuaian dengan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia. Rancangan pelajaran mereka menggunakan konsep-konsep seperti pembangunan keseluruhan kanak-kanak yang merupakan satu kaedah bersepadu yang memperluaskan pengalaman pembelajaran dengan menyentuh beberapa bidang sekaligus, dan kerangka Multiple Intelligence, sebuah konsep yang membangunkan sembilan bidang kecerdasan manusia. Di samping itu, pembelajaran direka untuk memanfaatkan ketiga-tiga gaya pembelajaran yang berbeza (visual, auditori, dan pengalaman) supaya setiap kanak-kanak selesa belajar dengan cara mereka sendiri. Cik Naomi menjelaskan bahawa pelajaran mingguan dilakukan secara tematik, dengan tema yang melibatkan kanak-kanak dalam pembelajaran dengan cara yang benar-benar mengajar konsep. Sekolah ini percaya bahawa sudah tiba masanya untuk merevolusikan pendidikan cara lama untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan.
Pembelajaran, walaupun meyeronokkan di Little Tillage, juga diisi dengan subjek yang hampir sama seperti di sekolah rendah contohnya matematik, sains, bahasa, kajian sosial, muzik, dan seni. Untuk mempersiapkan anak-anak untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat global, program ini memberi penekanan kepada pembelajaran bahasa Inggeris yang kukuh, tetapi bahasa Mandarin dan bahasa Melayu juga tidak dilupakan. Mereka menyediakan pembelajaran bahasa Inggeris melalui aktiviti, pembelajaran budaya, alat bantu visual, dan komunikasi auditori. Dengan menggunakan ketiga-tiga jenis pembelajaran dalam bilik darjah yang kondusif, kanak-kanak berpeluang mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama yang lain. Little Tillage menerima kanak-kanak bermula daripada umur 18 bulan (yang akan menyertai Playgroup mereka) hingga 6 tahun (yang akan menghadiri Tadika mereka). Program sepenuh hari dan separuh hari turut disediakan di sekolah ini.
Sebagai ibu bapa, jelas bahawa anda ingin yang terbaik untuk anak anda dan di Little Tillage itulah yang mereka lakukan. Setiap kanak-kanak di sekolah ini ditimang seperti menatang minyak yang penuh dan disayangi seperti yang anda lakukan sendiri. Guru-guru di sini mengajar dengan kasih sayang dan persekitaran di sekolah ini terasa seperti di rumah. Siling tinggi dicat biru dengan curahan cahaya semulajadi ke dalam sekolah melalui tingkap-tingkap untuk menjadikan suasana selesa dan kondusif untuk kanak-kanak. Bahan mainan yang menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka kreativiti mereka banyak dan senang diakses. Laman luas yang terletak di belakang sekolah juga sering digunakan semasa sesi pembelajaran untuk membolehkan kanak-kanak meneroka. Kawasan yang selesa untuk bayi juga disediakan di tingkat pertama. Sudut bacaan yang luas boleh didapati di mana lebih daripada 100 buku dalam bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin dan dikemas kini selalu untuk memastikan masa kanak-kanak terisi dan mereka gembira.
Di aras dua terdapat bilik darjah yang luas dan ruang terbuka yang boleh digunakan untuk aktiviti yang memerlukan banyak ruang. Dinding juga dicat dengan cat chalkboard untuk aktiviti pengayaan dan memudahkan kanak-kanak mengasah kreativiti mereka. Bilik darjah juga dilengkapi dengan sumber yang lengkap untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang lancar dan kaya untuk kanak-kanak. Susun atur dan persekitaran bilik darjah mengambil inspirasi dari kelas di sekolah rendah untuk memberi pendedahan dan mempersiapkan anak-anak untuk langkah seterusnya. Manakala di aras tiga dilengkapi lounge guru, dan ruang untuk messy play. Ruang untuk aktiviti menari, yang dilengkapi dengan cermin dinding-ke-dinding juga disediakan di tingkat tiga. Makanan disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat untuk kanak-kanak, seperti makanan yang dimasak di rumah.
Para guru di Little Tillage didorong oleh semangat dan cinta mereka terhadap anak-anak serta pendidikan awal kanak-kanak. Mereka tidak takut untuk bersama-sama mengotorkan tangan dengan kanak-kanak. Pelan pengajaran direka dengan teliti oleh para guru untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan bagi kanak-kanak. Guru-guru di sekolah sangat bersemangat dan komited untuk memberikan yang terbaik untuk setiap anak sepanjang masa mereka di Little Tillage. Latihan dan pensijilan pendidikan awal kanak-kanak formal juga diperlukan, dan guru taska dihantar ke Kursus Asuhan Kanak-Kanak Asas (KAP) untuk mengetahui tentang penjagaan asas kanak-kanak mengikut Akta Penjagaan Anak 2001.
Little Tillage juga memahami kepentingan berkomunikasi dengan ibu bapa. Oleh itu, sekolah ini menggunakan aplikasi di mana ibu bapa boleh memantau dan memeriksa log harian anak mereka. Daftar masuk dan daftar keluar dilakukan oleh guru yang bertanggungjawab dan ketika itu guru akan menyampaikan perkembangan terkini anak-anak. Log harian harian fizikal juga disimpan dan dikemas kini, sekiranya ibu bapa ingin membaca tentang anak mereka secara tradisional. Selain itu, persidangan ibu bapa dan guru diadakan untuk semua kumpulan umur, manakala report book day diadakan untuk kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahu, dan kedua-dua aktiviti dilakukan dua kali setahun. Keselamatan adalah ketat dengan penggera dan pemantauan CCTV di setiap sudut untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin. Borang pick-up person diedarkan kepada ibu bapa untuk memastikan hanya penjaga yang didaftarkan dibenarkan mengambil anak dari sekolah. Pintu masuk yang kukuh dan pintu keselamatan bayi juga dipasang untuk keselamatan maksimum.
Little Tillage komited untuk memastikan bahawa setiap kanak-kanak yang menlangkah keluar dari sekolah ini menjadi pemimpin pada masa hadapan yang mempunyai karakter yang baik, membantu komuniti sekeliling dan mendapat asas pembelajaran sepanjang hayat. Jika anda mencari prasekolah yang mirip suasananya seperti di rumah, Little Tillage Prasekolah dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak, The Hub SS2 pastinya pilihan terbaik anda.