by on 06/06/2017 1478
Bertempat di sebuah rumah kedai di Putra Heights, KIS telah beroperasi sejak tahun 2011 sebelum premis tersebut berpindah ke Kingsley Hill. Kampus baru KIS kini mampu memuatkan sehingga 3000 orang pelajar. Selain menawarkan kurikulum dan pembelajaran yang berkualiti, KIS juga menawarkan persekitaran yang tenang serta selesa. Berikut adalah kombinasi yang unggul dalam konteks usaha yang dilakukan oleh KIS untuk mendidik minda serta jiwa pelajar-pelajar di situ.
Setelah selesai mendaftarkan kehadiran kami, kami dibawa ke pejabat Early Years Department (EYD). Pengasas serta pengurus jabatan ini ialah Cik Daniel. Cik Daniel mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang Pendidikan Tahun Awal. Menurut Cik Daniel, KIS bukan dibina untuk orang kaya. KIS menawarkan pendidikan yang berkualiti, selain berusaha menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran serta mesra. Kurikulum di KIS adalah berteraskan kurikulum British.
Untuk kumpulan Nursery dan Reception, EYD menawarkan kurikulum yang berteraskan British National Curriculum for England and Wales. Kurikulum ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menuntut ilmu melalui pelbagai medium pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum ini juga berusaha untuk menghubungkan usaha memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan sifat serta sikap seseorang untuk berjaya bukan sahaja sebagai seorang pelajar malah seorang manusia. Kalendar akademik EYD adalah berdasarkan kalendar akademik UK di mana tahun akademik bermula pada bulan September.
Di KIS, EYD menawarkan kurikulum dalam tujuh aspek pembelajaran dan pembangunan yang membentuk program tahun awal mereka. Ketujuh-tujuh aspek tersebut adalah penting dan mempunyai kaitan silang kurikulum (cross-curricular). Tiga tahun pertama adalah tempoh kritikal untuk merangsang rasa ingin tahu dan minat terhadap pembelajaran di kalangan anak-anak muda tersebut. Berikut adalah aspek yang utama:
Para pelajar haruslah terus disokong dalam 4 lagi aspek khusus di mana aspek-aspek utama akan diperkukuhkan dan digunakan. Aspek-aspek khusus ialah:
Pelajar EYD yang berumur 3 hingga 5 tahun menyertai aktiviti yang telah direka rapi berorientasikan permainan. Kegiatan ini dilakukan dibawah pemerhatian guru-guru yang berdedikasi.
Dalam usaha menyegerakan perkembangan potensi, kanak-kanak digalakkan untuk memilik aktiviti-aktiviti tersebut mengikut kesesuaian dan keselesaan mereka. Melalui kegiatan ini, kanak-kanak diberi ruang untuk meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi, berbahasa, bersosial, dan penyelesaian masalah.
Di KIS, setiap kanak-kanak diberi sokongan yang secukupnya dan dibiarkan untuk membesar berdasarkan kelajuan mereka sendiri. Setiap konsep-konsep penting pembelajaran diberi penekanan. Usaha ini dilakukan supaya pelajar betul-betul memahami apa yang mereka belajar, dan mampu menggunakannya dalam kehidupan seharian. Memandangkan pelajar-pelajar di sini menggemari muzik, pendidikan berteraskan muzik turut juga diajar (Fonetik & Matematik).
Acara-acara seperti hari sukan, minggu pembacaan, minggu antarabangsa, hari kostum, hari topi, dan sebagainya turut dianjurkan.
Setiap kanak-kanak menyukai sesi penceritaan di EYD. Cik Daniel akan berusaha untuk memastikan buku-buku yang digunakan berkualiti. Penulis seperti Carle, Eric Hill, Nick Sharratt dan Pamela Allen adalah antara buku-buku yang menjadi pilihan. “Kanak-kanak di sini menyukai sesi penceritaan ini. Melalui aktiviti ini juga, mereka akan diuji dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan cerita-cerita yang telah mereka dengari. Melalui kegiatan ini, kanak-kanak akan dapat mengingati apa yang mereka dengar dan baca dengan mudah,” jelas Cik Daniel.
Kampus KIS memperlihatkan pelbagai kemudahan-kemudahan yang bertaraf. Makmal sains dan media, gelanggang bola keranjang, futsal, gimnastik, bililk muzik, dewan serba guna dan sebagainya. KIS juga berhasrat untuk membina hostel bagi pelajar serta pekerja mereka. Kampus KIS juga mempunyai klinik dan jururawatnya tersendiri dalam memastikan kesihatan pelajar sentiasa sihat dan terjaga.
Satu perkara yang mengkagumkan saya adalah aktiviti tahunan yang bertemakan perayaan di mana pelajar-pelajar akan membuat persembahan, mempamerkan bakat-bakat mereka dalam pidato, nyanyian dan tarian. Pentas di mana persembahan ini berlaku diberi nama sebagai "The Royal Box.” Di pentas ini, pelajar-pelajar yang tidak tahu menari akan berasa yakin untuk menari.
KIS menekankan persekitaran yang tiada budaya membuli. KIS juga menekankan kegiatan kurilkulum tambahan, acara sukan, bahasa kedua dan kejayaan akademik. KIS juga berharap untuk menanam semangat dan sikap ingin tahu di kalangan kanak-kanak di situ. Usaha ini diharap dapat menyediakan mereka dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar.