by on 22/10/2021 1398
Sorotan Utama |
|
Kindyland adaalah prasekolah trilingual dan pusat jagaan harian yang memenangi anugerah dengan program yang disesuaikan untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Bagi kanak-kanak, ia adalah tempat di mana berlakunya keseronokan, pembelajaran, dan bergembira dengan rakan-rakan. Bagi ibu bapa, ia adalah persekitaran dipercayai yang mampu menyediakan langkah pertama berharga dalam perjalanan pembelajaran untuk anak-anak mereka dengan cara yang paling selamat. Selain itu, Kindyland melabur dalam pembangunan profesional gurunya, memberikan kanak-kanak persediaan terbaik untuk sekolah dan kehidupan.
Di Kindyland, kami berhasrat untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menemui potensi penuh mereka sebagai generasi pemimpin masa depan. Kami berbangga kerana berjaya menyediakan persekitaran yang selamat dan penyayang untuk kanak-kanak berkembang, lantas menyediakan asas yang kukuh untuk pendidikan mereka.
Kindyland, Tropicana Aman ialah ahli terbaharu kohort sekolahnya. Ia terletak di hab rekreasi komuniti kediaman yang merupakan kawasan yang tenang dikelilingi oleh kehijauan. Kanak-kanak yang menghadiri sekolah ini akan menganggapnya seperti rumah kedua dan tiba dalam suasana yang memupuk dan menyokong perkembangan mereka. Setiap aspek direka untuk memupuk kegembiraan kanak-kanak, perasaan suka belajar, kreativiti dan keyakinan.
Tidak pernah ada saat yang membosankan di prasekolah yang cerah dan luas ini. Penggunaan warna yang dinamik di bahagian dalamannya menjadikannya tempat menarik yang menonjolkan sifat terbaik kanak-kanak. Ruang digunapakai dengan baik untuk melaksanakan aktiviti ‘free play’ serta pembelajaran berstruktur; perabot bersaiz kanak-kanak dan bahan yang boleh diakses menggalakkan sifat berdikari dan pembelajaran kendiri. Apatah lagi kelebihan terletak di hab rekreasi - keselamatan 24/7 dengan sistem pengawasan CCTV dan akses mudah ke kemudahan bertaraf dunia seperti kolam renang, dewan serbaguna, gim, taman permainan luar dan gelanggang sukan.
Di sini, setiap hari adalah peluang untuk penemuan dan pertumbuhan. Guru mengunapakai pendekatan yang menyeronokkan dan praktikal untuk mencetuskan rasa ingin tahu kanak-kanak dan membimbing mereka yang penuh dengan rasa ingin tahu. Gabungan kaedah pendidikan antarabangsa juga digunakan untuk memperkasakan kanak-kanak menjadi masyarakat yang cekap di dalam dunia yang terhubung secara global ini.
Ianya lebih daripada sekadar mengajar kanak-kanak mengetahui ABC dan 123 mereka. Dari taska hingga K2, kanak-kanak boleh belajar merentasi pelbagai bidang mata pelajaran - bahasa, literasi, sains, matematik, moral, muzik, seni dan kraf, muzik dan pergerakan, pendidikan jasmani dan banyak lagi - dalam persekitaran yang tenang dan tidak mendesak. Mereka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang membantu meningkatkan ketangkasan mereka, interaksi rakan sebaya, pertumbuhan sosial-emosi, serta kemahiran penting seperti pemikiran kritis dan penyelesaian masalah kreatif. Pelajaran direka untuk mengikuti minat semasa kanak-kanak dan didasarkan atas kekuatan individu mereka, dengan banyak pengalaman kehidupan sebenar yang disepadukan ke dalam jadual waktu. Ini menjadikan pembelajaran menyeronokkan tetapi bermakna untuk si kecil.
Daripada duduk di dalam bilik darjah empat dinding, kanak-kanak digalakkan untuk meneroka dunia di sekeliling mereka. Pelbagai kelas pengayaan dan tawaran program nilai tambah, termasuk Program Latihan Otak Kanan (untuk kanak-kanak yang menyertai jadual hari ’extended’), lawatan, sambutan perayaan, penerokaan alam semula jadi, hari sukan dan konsert akhir tahun, memberikan kanak-kanak pendidikan yang lebih holistik.
Pada tahun-tahun awal perkembangan anak-anak ini, guru yang prihatin mengambil berat tentang peristiwa penting dalam domain perkembangan utama kanak-kanak. Mereka memberi banyak peluang kepada kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat sihat dan sopan yang merangkumi nilai positif seperti melakukan kebaikan, berlaku kejujuran dan saling menghormati. Selain itu, makanan dan snek yang berkhasiat, yang disediakan dengan bahan-bahan yang sihat, dihidangkan setiap hari untuk membantu perkembangan baik kanak-kanak dari dalam ke luar.
Kini, ketika keadaan kembali beransur pulih, Kindyland terus mematuhi prosedur operasi (SOP) yang ketat untuk memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa kerana mereka mengetahui bahawa anak-anak mereka akan selamat di sekolah. Pelitup muka, penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu, kebersihan tangan, pembersihan, sanitasi dan keselamatan makanan adalah penting untuk memastikan seluruh warga sekolah dilindungi. Sebagai lapisan tambahan usaha pencegahan, semua guru dan kakitangan diuji setiap minggu untuk mengurangkan sebarang risiko penularan. Untuk senarai lebih terperinci amalan utama yang dilaksanakan oleh prasekolah, sila klik di sini.
Keselamatan dan kesejahteraan setiap kanak-kanak di Kindyland adalah yang terpenting. Penambahbaikan dalam semua aspek prasekolah sentiasa diperhalusi. Dapat kita lihat bahawa intipati pendidikan di Kindyland adalah mengenai menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak yang akan menyediakan mereka untuk memanfaatkan peluang dan cabaran yang terbaik dalam kehidupan masa depan mereka.
Lihat Kindyland @ Tropicana Golf & Country Resort & Kindyland @ Tropicana Gardens Mall.