by on 28/08/2020 1243
Sorotan utama |
|
Prasekolah Himawari, Selayang menyediakan persekitaran yang merangsang dan terlindung di mana kanak-kanak dapat berkembang secara sosial, emosi dan akademik. Ia diterima baik oleh ibu bapa dalam komuniti setempat dan kanak-kanak menyukai suasana di sekolah yang amat menyeronokkan.
Nama sekolah kami – Himawari (dalam Bahasa Jepun bermaksud bunga matahari) – ialah simbolik kepada matahari. Ia mentafsirkan peranan para guru kami. Sebagaimana matahari menyuburkan pertumbuhan pokok, para guru menyemai benih pengetahuan dalam diri kanak-kanak dan membantu mereka berkembang menjadi individu yang kuat dan pintar. –– Isaac, pengasas bersama Prasekolah Himawari
Berinspirasikan kebaikan pendidikan awal kanak-kanak Jepun, Prasekolah Himawari meletakkan nilai yang tinggi dalam menanamkan sahsiah yang baik kepada kanak-kanak. Salah satu matlamat adalah untuk mengajar kanak-kanak tingkah laku yang baik, pertimbangan moral yang beretika dan kemahiran hidup dalam cara yang beradab. Mereka juga belajar cara untuk menghormati dan bersikap belas kasihan. Ini terbukti jelas apabila kami melakukan lawatan ke sekolah dan mendapati kanak-kanak mempunyai sikap yang baik, tenang dan memberi perhatian di dalam kelas.
Sama seperti kebanyakan sekolah Jepun, mereka bertujuan untuk menyokong suasana pembelajaran yang lebih baik dengan menggalakkan hubungan guru dengan murid yang positif. Para guru membantu dan memberi motivasi yang menggalakkan, dan kanak-kanak bebas bertemu mereka untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat. Manfaat persekitaran yang harmoni ini digambarkan dengan jelas dalam pencapaian akademik dan pembangunan sosioemosi kanak-kanak.
Apabila menjadikan pendidikan awal menyeronokkan dan menghiburkan, Prasekolah Himawari meletakkan penekanan yang seimbang kepada pembinaan asas kemahiran akademik yang kukuh supaya kanak-kanak akan melalui peralihan yang lancar ke sekolah rendah. Pengalaman yang dikutip kanak-kanak di sini adalah sesuatu yang menggembirakan, mengujakan, aktif dan menyokong perkembangan dan keperluan pembelajaran mereka.
Waktu yang diluangkan di sini setiap hari dirancang dengan teliti menurut kerangka prasekolah kebangsaan kita berserta amalan yang berinspirasikan pendidikan Montessori. Kanak-kanak belajar sambil bermain dan membina pengetahuan merentasi semua aspek pembelajaran utama termasuk celik huruf, celik angka, bahasa, sains, seni dan muzik. Lebih penting lagi, mereka mempelajari cara untuk belajar menerusi kefahaman tentang dunia sebenar daripada rombongan dan aktiviti amali.
Pada waktu biasa, berada di sekolah merupakan pengembaraan yang mengujakan sepanjang tahun. Kebiasaannya, terdapat keraian, kem cuti sekolah, hari sukan, konsert, persembahan dan acara keluarga. Walaupun kebanyakannya dibatalkan kerana sekatan disebabkan koronavirus, pasukan Himawari kekal berdedikasi untuk memastikan pembelajaran terus berjalan dan dengan penuh kesabaran melaksanakan pembelajaran bersemuka secara perseorangan dalam talian.
Sikap dedikasi ini tergambar dalam semua aspek sekolah ini. Para guru menerima sokongan latihan berterusan untuk sentiasa memberikan yang terbaik. Mereka mengajar dengan penuh minat dan mementingkan keperluan kanak-kanak. Terdapat pasukan penyelidikan dan pembangunan dalaman yang sentiasa mengemas kini sumber pembelajaran dan buku-buku yang ditulis dan diterbitkan oleh pasukan mereka sendiri. Buku-buku ini dilengkapi dengan Kod QR yang membawa kanak-kanak kepada video yang boleh dimainkan di rumah supaya ibu bapa dapat terlibat dengan pembelajaran anak-anak mereka. Dan tentu sekali tiada kompromi apabila ia berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Malah terdapat mesin pensanitasian automatik yang bekerja di luar waktu pejabat untuk melakukan penyahjangkitan sekolah pada waktu malam.
Para pengasas Prasekolah Himawari yang juga merupakan ibu bapa benar-benar memahami bahawa memilih prasekolah adalah keputusan yang sangat penting. Mereka tidak mengambil ringan kepercayaan yang telah diberikan oleh ibu bapa. “Kami menawarkan penjagaan berkualiti, pendidikan dan kesejahteraan untuk setiap kanak-kanak yang didaftarkan di sekolah kami, seperti yang kami inginkan untuk anak-anak kami sendiri,” tambah Isaac. Kebanyakan keluarga memilih prasekolah ini berdasarkan pengesyoran mereka yang pernah menghantar anak-anak ke sini, dan ini bagi kami merupakan bukti yang terbaik mengenai piawaian penjagaan yang disediakan oleh Prasekolah Himawari.