by on 18/09/2024 142
Sorotan Utama |
|
Dibuka pada Oktober 2022, Hi 5 SEN Care Centre, Balakong merupakan pusat pendidikan khas yang holistik, yang menawarkan program berkualiti bagi pelajar-pelajar dari usia dua hingga 20 tahun.
Pusat ini yang terletak di pusat komersial dan merangkumi dua tingkat diterajui pengasasnya Ms. Qistine Loh, yang mempunyai lebih sedekad pengalaman dalam Pendidikan Khas (SEN). Beliau juga mempunyai ijazah dalam SEN dari University of South Wales, UK.
Hi 5 Sen Care Centre terbuka kepada pelajar dari pelbagai latar belakang dan keperluan yang berlainan, termasuklah autisme, ADHD, masalah pertuturan, dan kekangan pembelajaran.
Pendekatan pusat ini yang inovatif menggabungkan terapi dan sokongan akademik, dan direka khas untuk memenuhi keperluan tahap perkembangan yang berlainan bagi setiap individu. "Kami menempatkan pelajar-pelajar kami mengikut fungsi masing-masing, sama ada berfungsi tinggi (high-functioning) atau berfungsi rendah (low-functioning), verbal atau tidak verbal, dan juga mobiliti mereka," jelas Ms. Loh.
Program-program yang ditawarkan distrukturkan untuk memenuhi fungsi-fungsi ini, sebagai contoh, sesi pagi adalah untuk pelajar dalam kumpulan fungsi rendah, manakala sesi petang pula untuk pelajar-pelajar yang berfungsi tinggi. Program-program di sini merangkumi:
Program Child Headstart dibahagikan kepada dua peringkat untuk membantu membina asas yang kukuh dalam kalangan kanak-kanak dari segi fizikal, pertuturan, sensori, dan komunikasi sosial.
Tahap pertama bertumpukan tugasan harian secara individu (table task), aktiviti fizikal, dan integrasi sensori. Tahap ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai ilmu dan pengetahuan minima dan memerlukan terapi yang lebih rapi.
Tahap kedua pula menekankan aktiviti berkumpulan dan membantu kanak-kanak mengasah kemahiran sosial. Aktiviti kunci termasuklah circle time, pembelajaran secara tematik, perkembangan daya motor halus, dan lain-lain lagi.
Program ini membekalkan sokongan komprehensif untuk kanak-kanak yang menghadapi cabaran dalam akademik, sosial, dan pertuturan mereka. Setiap kanak-kanak dibekalkan dengan Pelan Pendidikan Individu (IEP) tersendiri untuk membantu mereka dalam menangani isu-isu spesifik, sama ada masalah perkembangan atau pembelajaran mereka. Aktiviti-aktiviti dalam program ini melibatkan pengenalan literasi, seni dan kraf, tarian, dan sesi terapi berkumpulan.
Terapi Pendidikan menawarkan sokongan holistik untuk pengurusan tingkah laku, kelambatan dalam pembelajaran akademik, daya tumpuan, dan isu-isu lain. Ia biasanya dikendalikan sebelum pengenalan kepada pertuturan dan bahasa. "Sesetengah kanak-kanak mungkin mempunyai masalah berkomunikasi, jadi ibubapa mereka menghantar mereka ke sesi terapi pertuturan, tetapi kadangkala masalah mereka merupakan masalah tingkah laku yang mengekangi pertuturan mereka. Jadi kami akan menangani isu tingkah laku sebelum memperkenalkan mereka kepada kelas bahasa," kata Ms. Loh.
Terapi Pekerjaan ialah program 1-1 yang direka khas untuk membantu meningkatkan daya motor halus dan kasar, kognitif, bahasa, dan perkembangan sensori. Senaman dan aktiviti khas membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam kehidupan seharian mereka.
Program ini direka khas untuk membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitaran persekolahan yang formal melalui perkembangan kemahiran akademik dan sosial mereka. Kurikulum merangkumi matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Matematik, dan juga menerapkan kemahiran sosial melalui lawatan sambil belajar dan aktiviti secara berkumpulan. Matlamat di sini adalah untuk mengintegrasikan kanak-kanak semula ke dalam sekolah biasa.
Untuk pelajar yang lebih besar dengan kebolehan akademik yang terhad, program ini memberi tumpuan kepada membantu pelajar-pelajar berdikari dengan meningkatkan kemahiran hidup mereka dan juga membekalkan latihan vokasional. Antara kemahiran yang diajar di sini termasuklah cara untuk menaiki pengangkutan awam, kemahiran komputer, membeli barang, dan pertolongan kecemasan yang asas.
Kumpulan yang kecil ini membantu kanak-kanak untuk belajar berinteraksi dan bermain dengan cara yang betul bersama rakan-rakan mereka, dan memberi tumpuan kepada perkembangan kemahiran sosial-emosi, kebolehan bertutur, dan daya penyelesaian masalah. Prorgram ini dikendalikan dalam kumpulan yang kecil dengan dua atau tiga pelajar sahaja, dan mengajar mereka aspek-aspek seperti disiplin, pengurusan tingkah laku, dan sebagainya.
Bagi kanak-kanak yang menghadiri sekolah biasa atau PPKI, program ini bertujuan untuk membekalkan khidmat penjagaan selepas sekolah dan bimbingan kerja rumah mengikut kemampuan masing-masing.
Selain kelas terapi dan akademik, pelajar-pelajar kerap terlibat dalam aktiviti bukan akademik juga, seperti kelas renang, sukan, dan rombongan sambil belajar, bagi membantu mereka dalam perkembangan sosial-emosi mereka, dan juga memberi mereka pengalaman pembelajaran dalam dunia sebenar.
Keselamatan diberikan kepentingan yang tertinggi di Hi 5 SEN Care Centre, dan ia jelas dalam reka bentuk dan kemudahan-kemudahan yang tersedia. Tingkat atas dilengkapi dengan bilik darjah dan juga boleh dijadikan ruang latihan untuk ibubapa dan guru-guru, manakala tingkat bawah pula dilengkapi dengan ruang sensori, kemudahan pembersihan udara, dan minyak pati untuk mewujudkan persekitaran yang nyaman dan santai.
Terdapat juga ruangan gim dalaman yang dilapik bagi mengurangkan kecederaan, dan dinding memanjat dan kemudahan gim lain. Tombol pintu dipasang pada paras yang lebih tinggi, Bilik-bilik darjah pula menampungi bilangan pelajar yang rendah, iaitu tujuh pelajar bagi setiap dua guru dan seorang pembantu.
Hi 5 Sen Care Centre menawarkan sokongan kepada ibubapa dalam bentuk bengkel percuma tentang topik berkaitan pendidikan khas, pengurusan tingkah laku, dan topik-topik berkaitan yang lain. "Kami menawarkan sokongan yang komprehensif kepada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke pusat kami untuk menjalani terapi, dan ini termasuk latihan secara percuma, yang biasanya perlu dibayar di pusat-pusat lain," kata Ms. Loh.
Sebagai pusat dengan lesen Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pusat ini juga membantu keluarga untuk mendapatkan bantuan dan sokongan dari pihak kerajaan.
Hi 5 Sen Care Centre ialah pilihan yang bernas untuk ibubapa yang mencari pusat pendidikan khas yang dibimbing oleh guru-guru yang berkualiti dan terlatih, dalam persekitaran yang bagus. Program-programnya yang direka khas, staf yang berdedikasi, dan komitmen yang kuat terhadap memastikan kebajikan dan perkembangan setiap kanak-kanak memastikan murid-murid di sini dapat mencapai potensi maksima mereka dalam suasana yang selamat dan merangsangkan.