by on 09/12/2021 782
Sorotan Utama |
|
Pusat Asuhan Kanak-Kanak Happy Days, Taiping berdedikasi untuk memenuhi matlamat mereka dalam menyediakan pendidikan awal dan program penjagaan kanak-kanak yang cemerlang, dan juga memenuhi keperluan ibu bapa dalam masyarakat sekeliling. Dikendalikan oleh guru-guru yang penyayang dalam persekitaran yang serba lengkap, pusat ini berusaha untuk mengembangkan potensi penuh kanak-kanak dengan kurikulum kreatif berpandukan kaedah Maria Montessori. Happy Days menawarkan program separuh hari dan sepenuh hari (half-day dan full-day) kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun dengan tujuan untuk memenuhi objektif berikut:
Di Happy Days, guru-guru faham anak kecil semulajadinya bersifat ingin tahu. Mereka mahu tahu mengapa si ulat bulu berwarna hijau, bagaimana burung boleh terbang, dan pelbagai lagi soalan lain. Ini hanyalah otak mereka menghubungkaitkan informasi untuk belajar bagaimana dunia di sekeliling mereka berfungsi. Sifat ingin tahu merupakan salah satu sifat penting untuk kanak-kanak, kerana ianya membantu mereka untuk menyukai sesi pembelajaran. Oleh itu, guru-guru di Happy Days berusaha untuk menggalakkan sifat semulajadi kanak-kanak untuk belajar daripada hanya membacakan mereka fakta dari buku.
Kanak-kanak di sini menggunakan masa mereka setiap hari dengan aktiviti yang direka untuk merangsang sifat ingin tahu mereka untuk belajar, dan juga memberikan mereka dengan skil yang diperlukan untuk beralih secara lancar ke sekolah rendah. Dalam persekitaran yang direka khas ini, mereka dapat meneroka minat mereka sendiri dalam bidang bahasa, matematik, sensori, sains, geografi kemahiran hidup, kebudayaan dan sebagainya. Antara contoh aktiviti yang disediakan adalah termasuk, bercucuk tanam, mencedok, menuang, menyusun bentuk di atas dulang geometri, mengira urutan nombor, mengenalpasti corak, belajar untuk mengenal huruf, membaca, dan peringkat awal penulisan.
Terdapat juga banyak masa aktiviti luar yang dijadualkan untuk kanak-kanak menghargai dan menghormati alam semula jadi. Walaupun semuanya menyeronokkan dan menarik, ia dirancang dengan teliti mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.
Another key feature of the childcare centre is that teachers are mindful of each child’s individual needs. First and foremost, they love and respect the child’s unique strengths and weaknesses, and allow him to progress at his own pace. After unobtrusive monitoring, teachers will gently guide him to reach his optimal potential.
Di Pusat Penjagaan Happy Days, kanak-kanak mengikuti corak masa belajar, masa makan, bermain di luar dan tidur siang yang konsisten. Rutin yang boleh dijangka ini mempengaruhi disiplin, sifat berdikari dan emosi mereka secara positif. Tabiat yang dikembangkan sekarang akan menjadi tabiat hidup mereka selamanya.
Secara umumnya, pengalaman pembelajaran yang memperkayakan kanak-kanak ini mampu mempengaruhi kemahiran kebersediaan mereka untuk bersekolah, seperti mengenal huruf dan nombor, memegang pensel dengan betul, memahami topik yang akan diperkenalkan di sekolah rendah, cara mengawal emosi, menyelesaikan masalah dan yakin untuk belajar seumur hidup. Ini akan memastikan kanak-kanak bersedia untuk beralih ke sebarang jenis sekolah rendah nanti.