by on 06/10/2022 534
Sorotan utama |
|
Untuk lebih kurang enam tahun pertama kehidupan, minda kanak-kanak melalui jangka waktu pembelajaran kritikal masing-masing. Malah, dalam tempoh masa itu, minda-minda muda ini boleh diibaratkan seperti halaman atau kanvas kosong, di mana pengalaman mereka serta segala yang terdedah kepada mereka mampu mempengaruhi 'kandungan' minda mereka. Isikan minda mereka dengan segala yang baik, dan hasilnya pasti hebat, dan sebaliknya. Seperti yang diindikasikan oleh namanya, prasekolah Dripping Colors Montessori menekankan jenis pendidikan awal yang dapat meraih hasil yang terbaik sekali sebagai persiapan untuk ke sekolah rendah.
Selepas pra-pembukaan singkat pada penghujung 2018, Dripping Colors mula menerima kumpulan pertama pelajarnya bermula sekitar Februari 2019. Kiddy 123 baru-baru ini sempat berbual dengan pengasasnya, Cik Penny Leong, yang berlatar belakang mengajar di sekolah rendah. Dia berkongsi dengan kami perasaan hairannya apabila dia mendapati bahawa beberapa saudaranya yang masih kecil tidak benci menghadiri tadika, bukan seperti dirinya sendiri pada zaman dahulu. "Saya mendapat tahu bahawa anak-anak buah saya itu sangat gemar menghadiri tadika mereka, dan itu telah menarik perhatian saya," kata Cik Penny. “Mereka juga memberitahu saya mengenai kebosanan mereka semasa di rumah, di mana mereka lebih suka menghabiskan masa di tadika mereka! Wah, saya benar-benar kagum, kerana tidak pernah berasa seperti itu semasa kecil!”, sambungnya.
Selepas mengalami beberapa perubahan kerjaya, dan juga setelah diinspirasikan oleh minat anak-anak saudaranya terhadap tadika mereka, Cik Penny, bersama beberapa rakan telah memutuskan untuk membuka tadika mereka sendiri dengan tujuan menyediakan pendidikan yang berkualiti dan menyeronokkan untuk anak-anak kecil. Dengan itu, muncullah Dripping Colours. Cik Penny, pada suatu ketika dulu, pernah mengendalikan semua operasi harian Dripping Colours, termasuk menjaga meja depan (penyambut tetamu). Apabila tadika itu semakin terkenal dan berkembang maju, kakitangan terlatih telah diambil bekerja untuk tugas-tugas tersebut manakala Cik Penny pula menyelia.
Tidak seperti kebanyakan tadika Montessori atau tadika berasaskan Montessori, Dripping Colors mampu menawarkan faedah bilik kelas yang bersaiz kecil dengan nisbah kanak-kanak kepada guru yang lebih kecil. Ia dibentukkan sebegini bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat dibimbing dengan perhatian yang rapi supaya dapat berkembang dan maju. Malah, seperti yang dijelaskan oleh Cik Penny, cawangan mereka di Desa Parkcity menerima lebih kurang 40 orang pelajar sahaja untuk tahun persekolahan, demi memastikan perhatian yang lebih tertumpu untuk setiap pelajar.
Di kebanyakan tadika, amalan yang lazim adalah membahagikan atau mengkategorikan pelajar-pelajar mereka mengikut umur mereka. Namun, di Dripping Colours, pelajar dikategorikan mengikut tahap keupayaan masing-masing. “Terbukti bahawa cara pengkategorian ini mempunyai faedah jangka masa panjang bagi kanak-kanak. Tanpa mengira umur, kanak-kanak mempunyai kekuatan dan kelemahan unik mereka sendiri yang boleh ditangani oleh guru. Klasifikasi seperti di Dripping Colours ini yang tidak mengutamakan umur, dapat memastikan setiap kanak-kanak menerima bantuan dan bimbingan tepat yang diperlukan untuk berkembang maju,” jelas Cik Penny dengan penuh kesabaran.
Kumpulan pembelajaran yang kecil, iaitu antara 5-8 orang pelajar memastikan guru menghadapi tahap kebolehurusan yang tiada tandingan, namun, bukanlah bermaksud bahawa kurang kerja untuk mereka! Pada dasarnya, seorang guru perlu memberikan perhatian rapi yang amat diperlukan oleh seorang kanak-kanak untuk mengejar dan mencapai tahap perkembangannya yang tertentu. Kebanyakan tadika lain tidak mementingkan ciri ini (kumpulan pembelajaran yang kecil), atau tidak sanggup menyediakannya. Di Dripping Colours, hasil usaha tambahan guru-gurunya tidak dapat dinafikan lagi!
Tanyalah ibu bapa di mana sahaja, yang mempunyai anak yang bersekolah di tadika, dan anda pasti mendengar rungutan tentang kekurangan maklumat terkini mengenai kemajuan anak mereka, atau maklumat lambat disampaikan. Dalam kebanyakan kes, ibu bapa hanya menerima maklumat sekali setiap penggal. Namun, isu ini tidak timbul bagi ibu bapa yang anak mereka menghadiri Dripping Colours! Di sini, ibu bapa sentiasa dikemas kini dengan tepat, setiap hari. Setiap pertanyaan pun didengar dan dijawab. Semua ini dilakukan melalui sistem unik mereka sendiri yang dikenali sebagai Dripping Colors Parent. “Ia adalah laporan yang sangat terperinci untuk memastikan ibu bapa mengikuti perkembangan anak mereka setiap hari. Laporan ini merangkumi segala-galanya daripada pelajaran yang dipelajari pada hari itu, lembaran kerja yang digunakan, apa yang dimakan oleh si anak itu, serta semua aktiviti pada hari itu,” dia berkongsi dengan murah hati. Selain itu, foto/gambar juga sering disertakan dalam laporan!
Testimoni dan penilaian untuk Dripping Colours Montessori Preschool adalah banyak, di mana kebanyakannya terdiri daripada pemerhatian ibu bapa tentang cara-cara anak mereka telah bertambah baik dan tahap kejayaan mereka dari segi pembelajaran. Sebagai penutup, ramai ibu bapa juga mendapati bahawa anak mereka amat gembira menghadiri tadika Dripping Colours - dan ia merupakan peringatan tentang perkara yang mengilhamkan penubuhan tadika ini pada mulanya!