by on 20/06/2022 731
Sorotan Utama: |
|
Semasa pembentukan PENDIDIKAN ASAS kanak-kanak, kita harus meletakkan premium atau menitik beratkan penguasaan bahasa mereka, di mana ia harus dilakukan ketika minda kanak-kanak itu masih mudah dibentuk - tempoh pembelajaran kritikal, iaitu enam tahun pertama kehidupan.
Penguasaan bahasa boleh dilihat dari tahap-tahap berikut, iaitu asas, pertengahan atau lanjutan. Pada peringkat asas penguasaan bahasa kanak-kanak patut memiliki kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan orang lain dalam apa jua situasi sosial sambil juga muncul sebagai PEMBACA-KANAK-KANAK (READER CHILD). Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia merupakan peringkat yang amat kritikal dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Sekiranya ia diabaikan atau tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya, seseorang kanak-kanak itu tidak mungkin dapat mara ke peringkat seterusnya dalam pembelajarannya - iaitu menjadi celik huruf sepenuhnya, dan memiliki kebolehan membaca dan menulis dengan baik.
Pada peringkat pertengahan tahap kemajuan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa, kebolehan menulis adalah yang paling penting. Apabila kanak-kanak boleh berkomunikasi secara bertulis dengan mudah dan lancar, dia menjadi seorang KANAK-KANAK PENULIS (WRITER-CHILD). Calon sedemikian berkebolehan untuk menjadi amat teliti bukan sahaja dalam ungkapan linguistiknya tetapi lebih penting lagi, dalam keupayaan berfikir. Peringkat perkembangan ini sebaik-baiknya perlu dicapai oleh kanak-kanak sebelum mereka akil baligh, iaitu apabila minda tidak terlatih mereka mula kehilangan ciri plastisitasnya. Patut diketahui bahawa jika seorang kanak-kanak mempunyai kemahiran sebagai pembaca dan penulis sebelum baligh, plastisitas fikirannya mungkin kekal seumur hidup. Oleh itu, masa merupakan elemen penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.
Kita perlu menekankan di sini bahawa menulis adalah kemahiran yang agak sukar untuk dikuasai. Ia merupakan kemahiran yang memerlukan tahap penguasaan bahasa yang pelbagai supaya segala tahap pemikiran yang kompleks dapat diekspresikan. Pemikiran dapat dihasilkan daripada berbagai sumber, namun kebanyakannya adalah daripada pembacaan serta menjadi seorang pembaca, serta aktiviti-aktiviti berkumpulan (di dalam kelas) dengan pelaburan masa yang baik. Untuk menulis dan berkomunikasi pada tahap yang maju, kemahiran berfikir yang merangkumi imaginasi dan korelasi logik amat diperlukan. Pencapaian penguasaan bahasa yang maju pada penghujung persekolahan menengah harus menjadi objektif utama untuk pelajar, tanpa mengira apa yang bakal dipelajarinya di universiti nanti.
Kanak-kanak adalah makhluk sosial yang perlu berkomunikasi mengenai perasaan mereka dan juga pemikiran mereka dengan orang lain melalui penggunaan bahasa. Mereka memerlukan PENDIDIKAN, sama ada formal atau tidak formal, di mana tahap pencapaian pendidikan tersebut dikaitkan secara langsung dengan tahap penguasaan bahasa mereka. Jika tidak semua, kebanyakan ibu bapa telah menyedari bahawa mereka tidak patut bergantung pada pengajaran secara konvensional di sekolah, di mana kejayaan pasti sukar dicapai.
Jawapan yang mudah ialah, dengan menyediakan PERSEKITARAN yang sesuai dan juga peluang untuk anak mereka membaca, menulis dan berbincang. Di Cosmotots-iqd, ibu bapa pasti yakin bahawa anak mereka akan berada di perjalanan yang hampir lupus ini, yang menuju ke arah kejayaan benar yang amat memuaskan, di sepanjang perjalanan persekolahan mereka dan seterusnya. Buku (yang tidak terbilang lagi) merupakan 'silibus' utama di pusat bahasa Inggeris serta pusat pembangunan IQ ini.
Tidak seperti yang diharapkan daripada mana-mana pusat pendidikan awal lain, pusat perkembangan bahasa, atau bahkan pusat pengayaan, kanak-kanak yang menghadiri Cosmotots-iqd mengambil bahagian dalam pembacaan yang meluas, yang pada asasnya adalah kunci kejayaan. Mereka dibimbing sehingga tahap mahir membaca, sambil membina perbendaharaan kata, mengukuhkan tatabahasa, mengeja dan menulis dengan yakin, mengarang esei, dan mengadakan perbincangan. Semua ini penting untuk membuka lebih banyak pintu untuk peluang yang lebih besar pada masa depan mereka.
Berbeza dengan pusat-pusat pendidikan awal, pusat-pusat perkembangan bahasa, bahkan pusat-pusat pengayaan yang lain, kanak-kanak yang menghadiri Cosmotots-iqd dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembacaan, yang pada asasnya merupakan kunci kejayaan. Mereka dibimbing sehingga mencapai tahap mahir membaca. Mereka juga akan membina perbendaharaan kata, mengukuhkan tatabahasa, mengeja dan menulis dengan yakin, mengarang esei, dan mengadakan perbincangan. Semua ini penting untuk membuka lebih banyak pintu untuk peluang kejayaan yang lebih besar pada masa depan.
Objektif utama pendidikan awal pada dasarnya adalah supaya dapat memupuk pelbagai kemahiran asas seperti sosial, logik, keperibadian, komunikasi, imaginasi, dan lain-lain, di mana semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa mengembangkan penguasaan bahasa kanak-kanak terlebih dahulu. Di sinilah tumpuan di Cosmotots-iqd.
Di Cosmotots-iqd, kanak-kanak menikmati hak masing-masing untuk meneroka dan maju mengikut kadar mereka tersendiri, walaupun perhatian mereka dibimbing dan diarahkan ke tahap pencapaian seterusnya. Pengasasnya menyedari bahawa sukar untuk kanak-kanak mencapai potensi tertinggi masing-masing sekiranya ibu bapa hanya bergantung kepada sistem persekolahan konvensional yang wujud. Sedikit sangat tumpuan pada membaca! Sebaliknya, seperti yang dapat diperhatikan oleh para ibu bapa, pembelajaran menghafal dan berulang yang diutamakan.
Bayangkan sebentar, bagaimana perasaan anak anda sekitanya mahir menyatakan pendapatnya di atas pen dan kertas? Kita harus juga ingat bahawa semuanya bermula dengan kemahiran membaca. Hanya melalui membaca, dan memahami apa yang dibaca, serta kebolehan untuk membincang tentang apa yang telah dibaca, kanak-kanak dapat mempelajari cara untuk mengekspresikan diri mereka dan idea-idea mereka kepada semua!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara menjadi lebih menyokong dalam pendidikan asas dan perkembangan bahasa anak-anak kita, ibu bapa dialu-alukan untuk berhubung dengan Cosmotots-iqd.