Sorotan Utama |
- Keselamatan diutamakan: Pintu masuk berkembar, CCTV 24/7, tiada sudut tersembunyi
- Pasukan Casa: Penyayang, mesra kanak-kanak dan terlatih
- Sentiasa berhubung: Aplikasi ibu bapa untuk kemas kini yang telus
- Hidangan berkhasiat: Menu sihat, bahan organik, dikemas kini setiap suku tahun
- Kemudahan: Taman luar, sinki kanak-kanak, penapis udara, pemanas botol
- Lokasi Strategik: Berdekatan pusat perubatan, kawasan luar yang luas, kejiranan matang
|
Dalam bahasa Itali, Casa Bambini bermaksud “Rumah Kanak-Kanak” – nama yang amat sesuai untuk pusat jagaan kanak-kanak dan bayi di kawasan Jalan Gasing, PJ.
Terletak di sebuah kawasan perumahan yang tenang, tempat ini bukan sahaja sebuah pusat jagaan harian, tetapi juga seperti rumah kedua untuk kanak-kanak yang berusia dua bulan hingga empat tahun, di mana mereka boleh membesar dalam persekitaran yang ramah mesra dan penuh kasih sayang.

Dibuka pada tahun 2024, cawangan Casa Bambini di Jalan Gasing, Petaling Jaya merupakan cawangan ketiga jenama ini, dan membekalkan khidmat jagaan yang berkualiti tinggi, seperti cawangan-cawangan lainnya di Kota Damansara dan PJ Midtown.
Keunikan lokasi ini? Ianya membekalkan suasana yang seperti rumah sendiri, di mana kanak-kanak boleh membesar dengan sihat, dan terdapat juga ruang yang luas dan selamat untuk mereka bermain dan meneroka di luar.

Umpama rumah sendiri
Melangkah masuk ke premis sekolah, pelawat terus berasa tenang dan aman. Reka bentuk dalaman pusat ini menggunakan warna-warna pastel, dan setiap sudut dipenuhi dengan bahan-bahan pembelajaran yang membolehkan kanak-kanak untuk belajar sambil bermain.

Konsep terbuka mengalakkan kebebasan dan semangat berdikari; sangat berlainan dengan bilik darjah tradisional yang dikelilingi empat dinding. Kanak-kanak dalam kumpulan umur berlainan berpeluang untuk bermain dan belajar bersama, sekaligus memupuk kemahiran sosial mereka.

Pengasas pusat ini Cik Natalie, mendapat inspirasi untuk membuka pusat ini dari pengalaman beliau di Australia. Semasa beliau pulang ke tanah air beberapa tahun yang dahulu, beliau mendapati pusat-pusat jagaan yang lain mengamalkan pendekatan yang tradisional – jadi beliau bertekad membuka pusatnya sendiri dengan pendekatan yang lebih berasaskan permainan.

“Matlamat saya (semasa menubuhkan Casa Bambini) adalah untuk menjadikannya tempat di mana kanak-kanak boleh bersantai, belajar dengan gembira, dan membina keyakinan melalui pendekatan belajar sambil bermain. Itulah sebab pusat kami mengadakan banyak aktiviti berasaskan permainan, dan kerap menggunakan bahan-bahan sensori. Program kami juga direka khas untuk mengalakkan interaksi di antara kanak-kanak dan juga dengan guru mereka,” jelas beliau.
Sorotan yang lain di cawangan Casa Bambini Jalan Gasing PJ termasuklah kawasan permainan luar yang luas, litar basikal, halaman depan yang tertutup, dan ruang khas untk permainan air dan messy play.

Ciri unik yang lain adalah dek bayinya, iaitu patio kayu yang terletak di bahagian belakang bangunan, yang dilengkapi dengan selusur tangan. Idea di sebaliknya adalah untuk mewujudkan ruang di mana bayi boleh belajar berjalan dikelilingi oleh udara segar dan cahaya matahari, sementara masih berada dalam persekitaran yang selamat dan terjamin.
Program yang mengayakan
Didorong oleh pendekatan Reggio Emilia, program di Casa Bambini memberi tumpuan kepada pendekatan belajar sambil bermain, dengan pelbagai aktiviti hands-on untuk kanak-kanak. Pada masa yang sama, mereka juga disediakan untuk pembelajaran akademik melalui kelas-kelas Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Mandarin, membina asas yang kukuh untuk peringkat prasekolah.

Selain belajar konsep-konsep asas seperti huruf abjad, kumpulan toddler juga menyertai aktiviti yang membantu membina keyakinan diri dan kemahiran sosial mereka, seperti permainan peranan dan drama, dengan tema yang berlainan setiap bulan.

Kanak-kanak ditempatkan dalam kelas mengikut tahap kemampuan mereka dan bukan mengikut umur semata-mata. Sebagai contoh, kanak-kanak yang lebih kecil mungkin ditempatkan bersama kanak-kanak yang lebih besar, sekiranya matlamat perkembangan mereka telahpun dicapai.

Pendekatan yang fleksibel ini memastikan kanak-kanak menerima cabaran dan sokongan yang sesuai dengan tahap masing-masing. Nisbah guru ke kanak-kanak yang rendah membolehkan guru-guru memberi perhatian yang khusus kepada setiap individu.
Pusat jagaan yang boleh dipercayai
Sebagai seorang ibu, Cik Natalie faham tentang kesukaran untuk ibubapa mengamanahkan si manja mereka untuk dijaga oleh orang lain. Oleh sebab itu, beliau tekad menjadikan Casa Bambini sebagai sebuah pusat penjagaan yang menawarkan suasana yang terbaik untuk kanak-kanak.
Ini tidak sahaja merangkumi kemudahan-kemudahan fizikal, tetapi juga cara mereka memupuk hubungan yang akrab di antara penjaga, kanak-kanak, dan juga ibubapa.

“Apabila kami membimbing dan memperkasakan guru-guru dengan sokongan yang mereka perlukan, ia akan mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang dan sokongan untuk kanak-kanak. Kami juga sentiasa berkomunikasi secara terbuka dan telus dengan ibu bapa agar mereka sentiasa mengetahui perkembangan anak,” kata Cik Natalie.
Komitmen ini disokong oleh aplikasi khas ibu bapa Casa Bambini, yang membolehkan guru berkongsi perkembangan, keadaan dan aktiviti harian anak secara konsisten, sekali gus memberi ibu bapa ketenangan fikiran.
Di Casa Bambini, setiap guru dipilih bukan sahaja berdasarkan kelayakan dan pengalaman, malah kerana sifat penyayang, sabar dan prihatin mereka. Pihak pusat percaya bahawa kasih sayang yang tulus terhadap kanak-kanak merupakan asas kepada pendidikan awal kanak-kanak yang bermakna. Semua pengasuh di Casa Bambini memiliki sijil dalam bidang penjagaan kanak-kanak serta latar belakang dalam pendidikan awal kanak-kanak atau kejururawatan.

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Selain dilengkapi ciri keselamatan seperti CCTV, perabot mesra kanak-kanak, soket elektrik dan tombol pintu yang dipasang pada kedudukan tinggi, serta kawasan berpagar yang selamat, premis ini juga disanitasi secara berkala bagi memastikan kebersihan. Untuk ketenangan fikiran ibu bapa, pusat ini turut terletak dalam lingkungan 15 minit dari beberapa pusat perubatan, termasuk Beacon Hospital dan Columbia Asia Hospital Petaling Jaya, sekiranya rawatan kecemasan diperlukan. Dari segi pemakanan pula, tukang masak dalaman menyediakan hidangan seimbang berdasarkan menu kegemaran kanak-kanak yang diperbaharui setiap 3 hingga 4 bulan, menggunakan sayur-sayuran organik serta kurang gula dan garam.