on 15/09/2018 1003
Bright Star Chinese Education merupakan pusat khas yang menawarkan program-program untuk menanam pemahaman budaya dan bahasa Cina dalam masyarakat setempat. Program menyeluruh di sini mampu memberi kefahaman yang mendalam mengenai bahasa, budaya, seni, muzik, nilai, tradisi dan sejarah masyarakat Cina kepada para pelajar.
Visi untuk mempromosikan budaya dan memupuk pembelajaran sepanjang hayat ini dibentuk di bawah kelolaan pengasasnya yang efektif, Puan Wang. Pengalaman pembelajaran yang menyeluruh ini mampu memberi bimbingan yang kukuh kepada pembentukan program-promram yang ditawarkan di sini. Kepakaran Puan Wang adalah membentuk kurikulum sesuai untuk kanak-kanak dan komposisi muzik untuk pembelajaran. Walaupun telah menerima pelbagai penghargaan, Puan Wang masih memberi sumbangan dalam industry ini. Falsafah akademik beliau adalah berdasarkan kepercayaannya bahawa setiap kanak-kanak mampu belajar sekiranya mereka dalam suasana belajar yang menyokong, kepimpinan yang kukuh dan berpengetahuan, kumpulan pengajar yang komited serta fokus dan galakan dari komuniti, seperti mana yang ditawarkan di pusat ini.
Bright Star Chinese Education membantu pelajar untuk membesar dengan yakin supaya mereka mampu menghadapi cabaran pada masa akan datang. Rangka kerja kurikulum dan matlamat pembelajaran bahasa Cina dikukuhkan dengan Standard Pembelajaran Kebangsaan Bahasa Cina dan Standard Bahasa Cina Moden. Program ini menyedari kepentingan memberi pendedahan awal terhadap Bahasa Cina dan budayanya oleh kerana kanak-kanak sangat mudah menerima pembelajaran bahasa kedua pada saat ini. Di pusat ini, pelajar berada dalam suasana pembelajaran yang mendalam supaya hasil terbaik dapat diperolehi. Proses pembelajaran di sini terdiri daripada pelbagai buku, lagu, cerita, puisi, permainan, drama, seni dan kraft tangan serta aktiviti-aktiviti interaktif yang lain. Matlamat kaedah ini adalah untuk menyesuaikan cara pembelajaran dengan kemampuan para pelajar yang berbeza serta membolehkan mereka mencapai potensi diri masing-masing. Kandungan program-program ini juga bertepatan dengan nilai-nilai Konfusianisme iaitu kasih sayang, kebaikkan, kejujuran, amanah,kesopanan, kebijaksanaan, keadilan, hormat-menghormati serta keikhlasan.
Minda kanak-kanak ibarat span apabila mereka belajar. Suasana dan program-program di sini direka untuk menggunakan kebolehan daya serap minda kanak-kanak dengan menawarkan pelbagai pilihan untuk mereka memperolehi kefahaman dalam sisi minat yang berbeza.
Bright Star Chinese Education bertujuan untuk mengasah dan membentuk kanak-kanak holistik yang menjadi asas kembara mereka sepanjang hayat. Kanak-kanak akan memperolehi kemahiran bahasa, membesar dengan yakin, meningkatkan kebolehan budaya silang mereka, mengukuhkan kognitif mereka, perkembangan sosial dan emosi serta menjalani hidup dengan minda yang terbuka