by on 11/06/2019 1670
Di Beaconhouse Newlands Early Years, fokusnya adalah mengenai siapa diri kanak-kanak dan siapa yang kanak-kanak ingin jadi. Dengan menginspirasikan rasa kecemerlangan dalam pendidikan dan kehidupan, Beaconhouse berusaha untuk melengkapkan pelajar sepanjang hayat agar terus berjaya dalam dunia yang pantas berubah dan rencam budaya dengan minda terbuka, dan menerima tanggungjawab mereka dengan rasa yakin.
Faktor paling mempengaruhi kejayaan pembelajaran kanak-kanak di Beaconhouse ialah pengajarannya yang luar biasa. Fakultinya terdiri bukan hanya daripada profesional terlatih dan berpengalaman tinggi tetapi juga individu progresif yang mempunyai minat dan komitmen mendalam. Para guru menyediakan persekitaran yang mengiktiraf bahawa setiap kanak-kanak ialah individu unik dan membenarkan personalisasi dan pembezaan dalam pembelajaran. Budaya di sini menimbulkan keghairahan untuk belajar melalui penerokaan metakognitif, penyelesaian masalah dan inkuiri kritis.
Perhubungan yang menyokong dipupuk untuk menjadikan setiap kanak-kanak yang mendaftar di sini berasa gembira dan selamat untuk berkembang sebagai seorang yang memiliki motivasi diri, yakin dan beransur-ansur menjadi pelajar berdikari.
Bagi memastikan kanak-kanak berkembang, tawaran ko-kurikulum yang pelbagai mendidik kanak-kanak dari segenap aspek, membuka pintu kepada seluruh peluang yang ada di dunia melalui rangka kerja yang dipandu oleh kurikulum Cambridge. Program Pendidikan Awal memanfaatkan amalan pembelajaran terbaik berasaskan penyelidikan, termasuk kekayaan pengetahuan dan pengalaman hasil sokongan staf antarabangsa dan tempatan. Di sekolah ini, ruang-ruang direka bentuk untuk memenuhi keperluan para pelajar mereka yang termuda. Kemudahan ini digunakan sebagai tapak lengkap untuk pembelajaran aktif dengan perpustakaan, kolam renang, kawasan bermain, atelier (studio seni), dapur tukang masak cilik dan ciri pembelajaran disokong teknologi bersepadu. Peluang pembelajaran dinamik menyeimbangkan antara persekitaran akademik sempurna dengan permainan kreatif dan bermatlamat, membantu kanak-kanak membina asas kukuh pengetahuan mengenai dunia di sekeliling mereka.
Kanak-kanak diperkenal kepada komponen teras asas pendidikan melalui Program Si Cilik. Program ini membina rasa ingin tahu semula jadi, minat dan semangat kanak-kanak, dan menghargai permainan sebagai intipati pembelajaran. Setiap hari akan menjadi hari yang penuh kekaguman dan keseronokan apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti amali yang mengujakan dan pengalaman bermain spontan. Unit pembelajaran adalah berciri transdisiplin dan holistik, berfokus kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak, dan meliputi pembangunan sosial, fizikal, emosi, artistik dan kreatif untuk kemajuan akademik. Pembelajaran dan penerokaan kanak-kanak disusun sekitar lima subjek pembelajaran utama:
Para pendidik di Beaconhouse mengasaskan program mereka berdasarkan tahap pembangunan kanak-kanak. Seterusnya pengalaman kanak-kanak secara individu dikembangkan lebih lanjut dan diperkaya untuk menggambarkan kehidupan sebenar. Mereka menanamkan tabiat inkuiri kritis dan analisis saintifik seperti penerokaan bebas, membuat hipotesis dan menarik kesimpulan melalui tema dan projek yang pelbagai. Apabila kanak-kanak boleh mengaplikasikan kemahiran mereka secara tulen, mereka mengembangkan satu kefahaman mendalam mengenai konsep dunia realiti, dan membesar sebagai pemikir fleksibel dan pelajar yang mampu mencari arah diri. Selepas tamat Program Persediaan Sekolah Antarabangsa kanak-kanak diizinkan untuk masuk secara langsung ke Tahun 2 di semua Sekolah Antarabangsa Beaconhouse atau sekolah antarabangsa yang lain.
Sebagai tambahan, semua orang bermotivasi untuk meneroka minat mereka dan memburu kecemerlangan ke tahap kemampuan tertinggi mereka dalam pelbagai pengalaman yang memperkayakan. Kanak-kanak ditawarkan peluang untuk terlibat dalam program pengayaan termasuk tarian, robotik, ucapan dan drama, agama, Tae Kwan Do, dan kelas tutorial tambahan untuk Mandarin dan Bahasa Malaysia.
Keluarga Beaconhouse menerima sekolah sebagai rumah kedua. KKanak-kanak, ibu bapa dan para guru sama-sama berusaha untuk menjadikan Beaconhouse sebuah komuniti. Setiap orang melibatkan diri dan menunjukkan keprihatinan mendalam terhadap kesejahteraan setiap ahli. Hasil persekitaran yang tepu kasih-sayang adalah sebuah komuniti pelajar terbabit yang berasa seronok untuk berada di sini setiap hari ketika minggu persekolahan.
Beaconhouse percaya bahawa setiap kanak-kanak patut memiliki peluang sama rata untuk mengakses sumber dan menerima sokongan yang mereka perlukan bagi memburu matlamat akademik mereka. Mereka mengamalkan polisi kemasukan di mana kanak-kanak dengan masalah pembelajaran akan dipertimbangkan untuk masuk. Walau bagaimanapun, terdapat batasan kerana persekitaran dan kurikulum tidak memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Justeru, selama bertahun lamanya terdapat kisah kejayaan yang menyokong kanak-kanak dengan keperluan khas atau berkelainan upaya.
Visi sekolah adalah untuk beroperasi pada barisan hadapan pendidikan awal secara global dan progresif. Pada masa depan, kanak-kanak akan menceburi dunia di mana mereka akan dinilai berasaskan penghasilan mereka, juga fikiran mereka yang kritis, kreatif dan kolaboratif, serta kemahiran komunikasi dan kepimpinan. Dengan melaksanakan strategi pembelajaran terbaik, para guru di Beaconhouse menyediakan kanak-kanak untuk berdepan cabaran abad ke-21 dengan jenis-jenis kemahiran yang akan menempatkan mereka ke mercu kejayaan. Seorang pelajar Beaconhouse akan berkembang menjadi individu berminda antarabangsa yang:
Semua ciri ini akan membantu kanak-kanak mencapai lebih daripada kejayaan akademik, menghasilkan komuniti terdiri daripada ahli masyarakat yang bertanggungjawab yang akan berkongsi dan membantu mencipta dunia yang lebih baik dan menggembirakan. Masa depan anak anda bermula dengan pendidikan di Beaconhouse Newlands Early Years.