by on 16/02/2022 719
Menyeronokkan. Transformatif. Menggembirakan. Ini hanyalah beberapa perkataan yang menggambarkan Babytots@Play. Di sini, bayi dan kanak-kanak yang berumur 6 bulan - 5 tahun serta ibu bapa si kecil berkumpul untuk bermain bersama-sama setiap minggu. Selain daripada persekitaran sempurna yang dapat memupuk perkembangan kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti muzik, sensorial dan interaktif, ibu bapa juga dapat berinteraksi antara satu sama lain.
Babytots@Play memupuk pelbagai faktor penting perkembangan awal kanak-kanak: pencapaian tonggak perkembangan, perkembangan keseluruhan kanak-kanak, kemahiran sosial, kemahiran pra-membaca, kesediaan sekolah, hubungan ibu bapa-anak dan membina asas yang kuat untuk masa depan.
Kelas di Babytots @Play dikategorikan kepada tiga jenis program yang berbeza: Baby Boost (6 - 18 bulan); Happy Tots (1.5 - 2.5 tahun); Boogie Tots (2.5 - 5 tahun). Program direka untuk mengajar kanak-kanak dengan cara pembelajaran semulajadi kanak-kanak. Kanak-kanak secara nalurinya mengajar diri mereka sendiri melalui permainan, mengajuk, serta menerusi interaksi dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang lain. Oleh itu, persekitaran sebegini telah direka khas oleh Babytots untuk menyokong perkembangan keseluruhan kanak-kanak.
Kelas-kelas di sini disertai oleh ibu bapa (kecuali Boogie Tots) dan tidak seperti kelas-kelas untuk bayi lain di luar sana. Mereka memperkenalkan kanak-kanak kepada muzik, sajak dan lagu dodoi (lullabies) yang menggembirakan, pergerakan kreatif, permainan, seni dan kraf, permainan sensori, membakar roti & kek (baking), dan banyak lagi aktiviti lain yang sesuai untuk perkembangan si manja. Pembelajaran berdasarkan tema berbeza, seperti kehidupan laut, haiwan ternakan dan angkasa lepas dan menggunakan pelbagai alatan sensori, alat perkusi dan permainan edukatif (educational toys) untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.
Program di Babytots@Play sangat menyeronokkan sehingga ia tidak terasa seperti sesi pembelajaran. Ibu bapa mungkin tidak dapat melihat faedahnya dengan segera tetapi lama-kelamaan, mereka dapat melihat pelbagai perkembangan dalam diri si kecil seperti perkembangan kemahiran muzik, ekspresi diri, kreativiti, keyakinan, kemahiran sosial dan motor serta peningkatan kemahiran komunikasi dan pengembangan bahasa. Ringkasnya, kelas-kelas ini menyokong perkembangan keseluruhan kanak-kanak dan membina asas untuk persekolahan formal di tadika dan seterusnya.
Tenaga pengajar di sini dilatih untuk memupuk keunikan setiap kanak-kanak dalam pelbagai bidang dengan cara yang tidak formal. Pembelajaran dirangsang dengan kata-kata semangat yang positif. Setiap kanak-kanak di dalam kelas dapat mengambil bahagian dan berkembang mengikut kadar mereka sendiri seperti yang diilhamkan oleh kaedah pendidikan Montessori.
Babytots@Play mengalu-alukan kanak-kanak dengan pelbagai keupayaan tanpa mengira tahap perkembangannya. Keluarga dengan anak-anak yang mempunyai keperluan khas ringan, seperti autisme, Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan kelewatan pertuturan, sangat digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pelajaran muzik dan pergerakan awal sebagai alat untuk membantu anak berkembang. Interaksi si kecil dengan kelainan upaya dengan individu lain di dalam kelas membantu membina hubungan yang normal dengan rakan-rakan mereka yang lain.
“Di samping itu, yuran kelas kami berpatutan agar setiap kanak-kanak mempunyai peluang untuk belajar dan memperoleh manfaat sepenuhnya dari program kami,” tambah pengasas Babytots@Play.
Selain itu, pembelajaran maya juga diperkenalkan agar keluarga dapat turut serta di rumah mereka sendiri dengan selesa. Pelajaran digandingkan dengan video panduan atau pembelajaran dalam talian secara langsung. Program ini hanya ditawarkan untuk masa yang terhad sahaja jadi bagi ibu bapa yang berminat, sila hubungi Cik Mei Yin 018-2011683 untuk maklumat lanjut.