on 13/04/2018 3903
Apple King Kindergarten telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Madam Lau Huong Ching. Madam Lau telah mendedikasikan hidupnya untuk berusaha menyediakan pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak berumur 2 - 6 tahun. Kecemerlangan Apple King adalah berkat usaha Madam Lau serta pengalamannya dalam bidang pendidikan selama 20 tahun.
Lokasi Apple King adalah di bahagian sudut rumah teres yang agak besar. Premis dicat hijau menguatkan lagi jenama serta identiti sekolah tersebut. Setiap kanak-kanak di Apple King diberi peluang untuk mencapai potensi maksimum mereka, dalam suasana yang terbimbing, merangsangkan serta selamat.
Falsafah pendidikan di Apple King tertanam dalam motto sekolah itu sendiri, “Pelajar berasa bahagia, ibu bapa berasa lega dan guru yang prihatin. (Happy students, Relieved parents and Caring teachers).” Cogan kata ini menjadi nadi penggerak dalam segala pendekatan yang digunakan untuk mendidik kanak-kanak di Apple King, termasuklah aspek moral, intelektual, fizikal, sosial mahupun domain artistik.
Apple King memberi penekanan terhadap program pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti. Program ini berhasrat untuk merangsang serta menambah baik pengalaman pembelajaran kanak-kanak.
Setibanya kanak-kanak di Apple King, mereka akan dikelilingi oleh persekitaran yang mesra, penyayang, bersimpati serta bersemangat. Pembelajaran bermula dengan aktiviti yang berteraskan eksplorasi serta membuat eksperimen, sejajar dengan pendekatan Montessori. Pendekatan ini adalah berasaskan aktiviti, tematik, individu, serta berorientasikan kumpulan. Pendidikan disepadukan dalam lima bidang pembelajaran iaitu kehidupan praktikal, stimulasi deria, bahasa, matematik serta kemahiran budaya. Program ini merupakan aset kepada kanak-kanak, kerana ia berkebolehan untuk membantu kanak-kanak membesar menjadi seorang manusia yang cintakan ilmu.
Ketika anak-anak membesar, elemen-elemen lain yang lebih ideal diterap masuk ke dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang sedia ada. Cikgu-cikgu akan membantu kanak-kanak ini mengalami proses-proses ini, sama ada melalui aktiviti-aktiviti seperti permainan, penceritaan, lakonan dan sebagainya. Kanak-kanak akan dirangsang dengan bantuan perkakas pembelajaran seperti prop, rakaman video dan audio serta komputer. Melalui cabaran-cabaran ini, kanak-kanak akan berkebolehan untuk memperhalusi kemahiran motor halus dan kasar.
Untuk memudahkan peralihan dari tadika ke sekolah rendah, program pendidikan diteruskan dengan kadar yang lebih intensif. Kanak-kanak akan dilatih untuk menulis, serta diajar untuk menghadapi ujian ejaan, selain bersedia untuk menjawab peperiksaan dua kali setahun.
Model pengajaran dilengkapi dengan kelas pengayaan dan kegiatan kurikulum selepas waktu sekolah. Aktiviti ini adalah seperti Taekwondo, kelas pendidikan fizikal, lawatan sambil belajar tahunan, konsert serta hari sukan. Kanak-kanak berpeluang untuk bekerjasama di antara satu sama lain, di samping berpeluang membina keyakinan diri dan harga diri.
Hari persekolahan menjangkau sehingga pukul 5.30pm. Sokongan pembelajaran tambahan juga boleh didapati selepas waktu persekolahan. Selain persekitaran pembelajaran yang inklusif ini, kanak-kanak juga dihidangkan dengan makanan-makanan yang berkhasiat.
Elemen utama sekolah yang baik adalah pengurusan yang baik serta guru yang berdedikasi. Pengurusan Apple King Educational Group berhasrat untuk memastikan dedikasi setiap guru berada di tahap yang memuaskan. Pemantauan dan latihan untuk guru kerap dianjurkan untuk memastikan prestasi guru terus meningkat.
Hubungan antara ibu bapa, kanak-kanak serta guru adalah penting dalam memastikan sesebuah sekolah mampu mencapai kecemerlangan. Perkembangan kanak-kanak diperhatikan dengan rapi berdasarkan maklumat yang akan dikemas kini oleh cikgu-cikgu serta ibu bapa.
Secara keseluruhannya, fokus utama adalah kanak-kanak itu sendiri. Pengetua di Apple King percaya bahawa kanak-kanak akan menjadi lebih bijak dalam mengemudi kerumitan dunia jika kita “melatih seorang anak dengan cara dia harus pergi: dan apabila dia sudah tua, dia tidak akan meninggalkannya.” (Versi King James, Amsal 22: 6)