by on 31/07/2024 2424
Sorotan Utama |
---|
|
Pusat Pendidikan Khas Apple King, Sungai Chua menyediakan perkhidmatan keperluan khas untuk kanak-kanak yang mengalami atau mempunyai risiko mengalami kelewatan perkembangan atau ketidakupayaan. Perkhidmatan disediakan untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Melalui saringan, penilaian dan intervensi langsung, matlamat mereka adalah untuk membantu keluarga memberi jagaan terbaik untuk anak-anak mereka.
Sebagai pendidik berpengalaman dan ibu kepada seorang anak berkeperluan khas, Puan Lau menubuhkan pusat ini dengan kefahaman yang mendalam tentang perasaan ibu bapa apabila terdapat kelainan yang ketara dalam perkembangan anak mereka berbanding kebanyakan kanak-kanak pada usia sebaya. Bekerjasama dengan Michelle, seorang ahli terapi profesional dengan 10 tahun pengalaman, mereka bertekad untuk memberikan strategi praktikal kepada kanak-kanak untuk berjaya melalui zaman persekolahan dan juga kehidupan.
Kami berada di sini untuk menstrukturkan rawatan secara sepatutnya supaya kanak-kanak berkeperluan khas boleh mendapat peluang yang mereka layak perolehi untuk hidup dengan lebih gembira dan yakin. Kami berada di sini untuk memberikan harapan kepada keluarga setelah banyak rawatan lain tidak berhasil. - Puan Lau, Pengasas Pusat Pendidikan Khas Apple King
Mereka menangani aspek keperluan khas yang pelbagai, termasuk tetapi tidak terhad kepada: autisme, sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), disleksia, ketidakupayaan pembelajaran dan kelewatan perkembangan neuro. Tanpa mengira betapa mencabarnya halangan, rawatan disesuaikan untuk setiap kanak-kanak berdasarkan keperluan unik mereka dan disediakan dalam persekitaran yang positif dan tidak memberi tekanan. Ahli terapi mempunyai kemudahan untuk menjadikan sesi rawatan sesuatu yang menyeronokkan di tempat yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan terapeutik. Terdapat kawasan bermain terbuka di mana kanak-kanak boleh merangkak, memanjat, bermain buaian dan terlibat dalam aktiviti yang membina motor kasar, keseimbangan dan kestabilan badan. Terdapat juga rak-rak yang dilengkapi dengan permainan terapi untuk menambah baik perkembangan sensori dan mental mereka. Selain itu, bilik rawatan berasingan digunakan untuk program seperti Latihan Otak Neuro.
Program terapi bersemuka secara perseorangan atau dalam kumpulan kecil disenaraikan di bawah disesuaikan agar dapat memberikan kanak-kanak kemahiran yang mereka perlukan untuk mengatasi cabaran yang mereka hadapi.
PROGRAM TERAPI |
---|
Program Intervensi Awal (EIP) (Usia: 3 tahun ke atas) (Terapi Bersemuka Perseorangan) Kanak-kanak kecil yang menunjukkan tanda-tanda seperti kemahiran motor halus yang lemah, halangan sensori, koordinasi tangan-mata yang merosot, sukar duduk diam, reaksi emosional dan kemahiran bermain yang terhad mungkin akan mendapat manfaat daripada program ini. Ahli terapi yang berdedikasi mengambil pendekatan perkembangan untuk menangani aspek ini melalui kombinasi teknik yang unik, seperti analisis tingkah laku gunaan (ABA), latihan pergerakan beritma (RMT), terapi cara kerja (OT), integrasi sensori dan aktiviti berasaskan bermain dan amalan Montessori. Ini semua akan membantu mengatasi cabaran bagi menyokong kanak-kanak mencapai tahap berdikari yang sebaik mungkin apabila tiba waktu untuk memasuki persekolahan dan bermain dengan rakan-rakan. |
Program Junior (Usia: 7 tahun ke atas) (Program bersemuka secara perseorangan atau kumpulan kecil) Ini memenuhi keperluan kanak-kanak sekolah rendah yang mengalami kesukaran belajar dan isu tingkah laku. Ia juga menyediakan program persediaan ke sekolah. Diketuai oleh seorang ahli terapi terlatih, kanak-kanak dalam kumpulan kecil bekerja untuk meningkatkan tempoh perhatian, pengetahuan akademik, pengurusan tingkah laku, kemahiran kendiri dan keupayaan bersosial dan berkomunikasi. Sesi terapi berusaha untuk mencapai asas yang kukuh untuk perkembangan kanak-kanak melalui aktiviti berasaskan akademik, terapi cara kerja (OT) dan latihan pergerakan beritma. |
Latihan Maklum Balas Neuro Kanak-kanak yang berasa sukar untuk memberi perhatian di dalam kelas, susah untuk tidur pada waktu malam atau lebih banyak bergerak daripada kanak-kanak lain akan mendapat manfaat daripada Latihan Maklum Balas. Maklum Balas Neuro ialah sejenis terapi yang membantu kanak-kanak untuk menenangkan diri dan melatih otak untuk memberi tumpuan dan meningkatkan keupayaannya untuk menyelaraskan fungsi badan. Ia sangat efektif terutamanya untuk kanak-kanak kerana otak mereka masih fleksibel dan tabiat mereka belum mencapai kematangan. Kanak-kanak akan mengalami peningkatan prestasi mental dan keupayaan pembelajaran yang berkesan apabila otak mereka berfungsi dalam keadaan optimum. |
Terapi ABA Terapi ini bermanfaat untuk kanak-kanak autistik dan mereka yang mengalami kecelaruan yang berkaitan dengan perkembangan. Ia menggunakan pelbagai teknik dan strategi yang boleh mengajar kanak-kanak kemahiran baharu untuk mengurangkan tingkah laku yang menyukarkan, seperti menjerit dan tingkah laku agresif. Kanak-kanak diberikan banyak peluang untuk berlatih kemahiran komunikasi, sosial, bermain dan penjagaan diri dalam bentuk kumpulan kecil. Dalam tempoh tertentu, mereka akan mempunyai keupayaan untuk menguruskan sendiri tingkah laku mereka yang kompleks. |
Program ini turut disertai dengan laporan kemajuan terperinci. |
Program intervensi ini dipasangkan dengan Latihan Maklum Balas Neuro untuk memastikan hasil yang paling berkesan. Semasa sesi terapi, program komputer yang sama dengan permainan video digunakan untuk memproses isyarat otak kanak-kanak. Kemudian, program ini akan menggunakan isyarat bunyi atau visual untuk melatih semula aktiviti gelombang otak mereka ke arah corak yang lebih terkawal. Setelah melalui latihan berterusan dan apabila digunakan bersama bentuk terapi yang lain, kanak-kanak akan dapat melihat penambahbaikan yang memberangsangkan dalam masalah kecelaruan mereka dalam jangka masa yang lebih singkat (setiap kes berbeza).
Sekiranya terdapat kekhuatiran bahawa perkembangan anak anda terlewat atau jika terdapat ketidakupayaan yang dikenal pasti, sila hubungi Pusat Pendidikan Khas Apple King (Cik Michelle 010-2071838) hari ini bagi menjadualkan janji temu untuk saringan.
Kami menekankan bahawa intervensi awal ialah kunci kepada hasil positif untuk kanak-kanak berkeperluan khas.