by on 02/08/2025 38455
Artikel ini dikemaskini pada 6 Januari 2025
Mont Kiara, kawasan yang terkenal dengan kemewahan dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan gaya hidup, kondominium bertingkat tinggi dan kompleks pejabat yang berkilauan. Dengan komuniti ekspatriat yang cukup besar yang mewakili lebih daripada tiga puluh negara, anda tidak akan menjumpai sebuah bandar "self-contained" yang lebih kosmopolitan di tempat lain di Malaysia. Dari Montessori hingga Reggio Emilia hingga EYFS dan IPC, semua metodologi terkini dan terbaik tersedia di sini untuk pengalaman prasekolah yang mampu memberikan banyak input kepada kanak-kanak.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Damansara Heights , Tadika dan Prasekolah Terbaik di TTDI
Blue Daisies adalah pusat pembelajaran, pusat permainan dan pusat jagaan yang kreatif yang membantu ibu bapa menyedari betapa pentingnya keseronokan dan kesenangan dalam kehidupan seharian anak mereka. Di Blue Daisies, mereka yakin bahawa kanak-kanak harus dibenarkan bermain, mempunyai pengalaman dengan membuat sesuatu sendiri dan berseronok. Aktiviti harian di Blue Daisies mencerminkan kurikulum berasaskan Montessori bersepadu dengan pendekatan tematik untuk pembelajaran. Dalam kurikulumnya terdapat waktu permainan bebas, waktu di dalam bulatan, seni dan kraf, muzik dan pergerakan, waktu cerita, fonik, latihan sensorial dan pratikal kehidupan, bahasa, matematik dan aktiviti bertema. Dengan nisbah guru-pelajar yang rendah dan persekitaran rumah yang selesa, tidak hairanlah bahawa kedua-dua penduduk tempatan dan ekspatriat menghargai kaedah dan falsafah Blue Daisies.
Terletak di sebuah kawasan komersial, CIC Bandar Sri Damansara merupakan pilihan bagus untuk ibubapa yang inginkan pendidikan moden dan menyeluruh untuk anak-anak mereka berusia 3 hingga 12 tahun, yang berteraskan nilai-nilai Islam. Pusat ini sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre – juga dikenali sebagai CIC Where Leaders Are Born – yang diasaskan oleh Puan Qutren Nada Ahmad pada tahun 1997. Kurikulum merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal untuk membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.
Montessori Anakku, Arcoris Mont Kiara membekalkan pendidikan awal kanak-kanak yang berdasarkan kurikulum Montessori yang tulen, dengan pelbagai bahan-bahan pembelajaran yang berkualiti. Konsepnya yang terbuka menjadikan proses pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan, dipadankan pula dengan program yang berstruktur dan direka khas bagi memenuhi keperluan individu kanak-kanak. Kanak-kanak di sini digalakkan untuk menjadi diri mereka sendiri secara tulus, dan mencapai potensi maksimum mereka melalui pimpinan guru dan juga kebebasan pembelajaran. Seiringan dengan prinsip-prinsip Montessori, guru-guru di sini sangat berdedikasi dalam mewujudkan suasana yang positif serta menyokong pembelajaran, di mana kanak-kanak berasa gembira dan selesa dengan persekitaran mereka.
Di Mum N Kids Club, pelajaran dan ilmu disampaikan melalui aktiviti yang melibatkan seni dan permainan. Terletak di Mont Kiara, jenama ini terdiri daripada prasekolah dan pusat jagaan untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 5 tahun, dan juga sekolah seni untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa. Prasekolah ini lain daripada yang lain kerana ia menggabungkan kurikulum pendidikan awal dari Perancis dengan pendekatan Reggio Emilia. Elemen-elemen ini mewujudkan persekitaran yang merangsangkan di mana kanak-kanak dapat membina sikap bertanggungjawab, mampu mengeskpresikan diri dengan baik, dan meneroka sikap individu dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Prasekolah ini bekerjasama dengan Lycee Francais de Kuala Lumpur, sebuah sekolah Perancis yang terkemuka di KL, jadi lebih mudah untuk ibubapa yang inginkan anak-anak mereka terus belajar dalam sistem pendidikan yang berteraskan kurikulum Perancis.