Site logo

3Q MRC Junior Bangi (Tadika Junior Ceria Cerdik)

Sorotan Utama

  • Khas untuk kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun
  • Menggunakan sistem 3Q™ yang mengalakkan perkembangan minda secara menyeluruh
  • Menyimbangkan pendekatan berasaskan permainan dengan pendidikan berstruktur
  • Pelbagai alatan dan teknik pengajaran yang membekalkan pengalaman pembelajaran yang menarik
  • Program Realiti Terimbuh (Augmented Reality) untuk meningkatkan visualisasi

Mudah sahaja untuk mencari 3Q MRC Junior Bangi. Terletak di kawasan perumahan yang tenang, bangunan sekolah yang berwarna hijau dan kuning cerah, warna-warna yang melambangkan jenama 3Q MRC, jelas terselah berbanding dengan rumah teres yang lain—mencerminkan pengalaman menyeronokkan dan memberangsangkan yang bakal menanti murid-murid di sekolah ini.

3Q MRC Bangi Avenue

Pendekatan utama di 3Q MRC ialah sistem 3Q™ mereka, iaitu sebuah kurikulum yang menyeronokkan, yang berdasarakan permainan dan menggunakan alatan pembelajaran yang efektif untuk sinkronisasikan perkembangan otak sebelah kiri dan juga kanan. Ianya dapat membantu pelbagai sudut perkembangan seseorang kanak-kanak, termasuklah daya membuat keputusan dan penyelesaian masalah, dan juga penyelarasan emosi.  

Pendidikan yang merangkumi semua aspek

Kurikulum 3Q MRC yang komprehensif merangkumi pelbagai pendekatan dan teknik untuk menjadikan proses pembelajaran sesuatu yang menarik dan menyeronokkan, di samping menyediakan kanak-kanak untuk pelajaran akademik.  

3Q MRC Bangi Avenue

Penekanan diberikan kepada bahasa-bahasa utama di Malaysia, termasuklah Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Cina (Mandarin). Alatan pembelajaran seperti teka-teki, cerita, buku skrap, “Flash card”, dan “Flazzle Cards” (memadankan gambar dengan kata-kata) diggunakan untuk membantu murid-murid membina asas yang kuat dalam subjek-subjek ini dan juga mencapai kemahiran.

3Q MRC Bangi Avenue

Subjek seperti Matematik dan Sains turut diajar, manakala perkembangan kreativiti dan emosi dipupuk melalui aktiviti muzik dan seni seperti menggunakan manik. Circle Time mengalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi antara satu sama lain dan meningkatkan kemahiran kerjasama mereka. 

Program Akademik

Program Pengayaan

Servis berkaitan dengan pendidikan

Kemahiran hidup

 

  • 3Q™ B. Inggeris
  • 3Q™ B. Cina
  • 3Q™ B. Malaysia
  • 3Q™ Matematik
  • 3Q™ Sains
  • 3Q™ Moral / Pendidikan Karakter
  • 3Q™ 9 Beads
  • 3Q™ Muzik
  • 3Q™ Seni
  • 3Q™ Circle Time
 

  • Sistem 3Q™
  • 3Q™ 9 Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences)
  • Perbualan dan Penyelesaian Masalah melalui Realiti Terimbuh (Augmented Reality Conversation & Problem Solving)
  • Permainan Pengembaraan SMM
  • 3Q™ Pembelajaran Dalam Talian (Online Learning)
  • 3Q™ Animasi
  • Kertas Ujian
  • 3Q™ Flazzle Card
 

  • “V Care” Penjagaan Selepas Sekolah
  • 3Q Kids Pertandingan Bakat Internasional
  • Cabaran 9 Kecerdasan Pelbagai
  • Circle Time
  • MTV Tahun Baru Cina
  • Program Graduasi
  • Hari Sukan
  • Pertandingan 9 Beads
 

  • Membina Karakter
  • Membaca
  • One Family E-Comic
  • Animasi One Family

Tambahan terbaru dalam sukatan pelajaran 3Q MRC ialah program Realiti Terimbuh (Augmented Reality) mereka, iaitu sebuah applikasi mobil yang menjadikan pembelajaran lebih menarik menerusi elemen interaktif 3D. Sebahagian daripada Program Pembelajaran E-Mode dari MRC, program Realiti Terimbuh ini dapat membantu kanak-kanak untuk melakukan visualisasi secara lebih baik di samping menambah ilmu mereka.

Sebagai contoh, kandungan termasuklah gambar dalam buku teks akan dipamerkan sebagai objek dalam dunia sebenar apabila dilihat menerusi aplikasi mobil ini, dan ditambah lagi dengan elemen audio dan visual.  

3Q MRC Bangi Avenue

Bukan sahaja bertumpukan akademik 

Pembelajaran di 3Q MRC bukan sahaja bertumpukan akademik, tetapi juga mengalakkan perkembangan kanak-kanak dalam sudut-sudut lain. Murid-murid diajar nilai-nilai moral seperti hormat-menghormati, tabiat yang baik dan bersopan santun, kasih sayang, dan juga bagaimana untuk mengawal emosi mereka.

Para guru memberi perhatian yang rapi terhadap kekuatan dan keperluan setiap kanak-kanak, dan merancang kelas yang sesuai bagi memupuk keupayaan unik mereka. 

3Q MRC Bangi Avenue

Ibu bapa pula menerima kemas kini tentang kemajuan anak-anak mereka melalui aplikasi mobil Mamapapa, yang direka khas oleh SMM Education Group (Syarikat induk 3Q MRC). Melalui aplikasi ini, ibu bapa boleh dengan mudah memeriksa kehadiran anak-anak mereka serta menerima maklumat terkini tentang acara akan datang. 

Badan yang sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam pembelajaran, oleh itu, sekolah menyediakan ruang yang luas untuk aktiviti-aktiviti fizikal di luar seperti senaman dan berkebun, demi membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran daya motor kasar dan halus mereka. Lawatan sambil belajar di luar sekolah bula membantu kanak-kanak memahami dunia di sekeliling mereka dan juga persekitaran luar.  

3Q MRC Bangi Avenue

Kesimpulan

3Q MRC Junior Bangi mengalakkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan memberangsangkan untuk kanak-kanak, di mana mereka boleh menjadi individu yang berkeyakinan dan berkemampuan. Keseimbangan sukatan pembelajaran mereka di mana kanak-kanak boleh belajar sambil bermain, dan juga membina asas akademik yang kukuh, memastikan mereka diberikan ruang untuk bermain dan meneroka berdasarkan kebolehan sendiri; tetapi tidak mengabaikan aspek pendidikan formal, supaya mereka akan sedia untuk menghadapi cabaran alam persekolahan rendah. 

LISTING_CONTACT_16858

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025