Strawberry Wonderland, Taman Pelangi Semenyih, Semenyih

Sorotan Utama

  • Pusat pendidikan yang telah memenangi anugerah
  • Program holistik dan menyeluruh dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti praktikal
  • Terbuka kepada kanak-kanak berusia 2.5 hingga 6 tahun
  • Menyediakan kanak-kanak untuk sekolah rendah melalui asas yang kukuh dalam bahasa, seni, sains, dan matematik

Sejak sedekad lalu lagi, Strawberry Wonderland telah membekalkan pendidikan prasekolah yang hebat di bawah naungan Puan Tan, seorang pnedidik yang berdedikasi dan memiliki ijazah sarjana (Master). Beliau juga seorang ibu kepada tiga anak. Prasekolah yang terkemuka ini berganding bahu dengan ibubapa dan keluarga dalam memberi pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak, membuka peluang untuk mereka mencapai potensi maksima mereka.

Strawberry Wonderland Taman Pelangi Semenyih

Persekitaran dalam dan luar memberi perasaan yang berlainan bagi mendorong dan mengalakkan pembelajaran. Bilik-bilik darjah direka khas untuk memupuk minat dan semangat penerokaan dalam diri kanak-kanak. Di sebelah bangunan prasekolah ini terletak sebuah taman permainan yang memberi ruang untuk kanak-kanak berlari dan memanjat, dan membina kemahiran daya motor, koordinasi, dan keseimbangan.

Bagaimana Strawberry Wonderland Menyediakan Kanak-Kanak untuk Zaman Sekolah Rendah?

Kurikulum di sini direka khas untuk membina asas yang kukuh bagi memastikan kejayaan di tahap seterusnya, di mana guru-guru akan mengalakkan dan memberi bimbingan dalam aspek:

  • Literasi, numerasi, sains, seni, muzik, dan kemahiran diri
  • Perkembangan bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin)
  • Perkembangan otak dan pembinaan jati diri
  • Silibus KSSR yang menyeronokkan dan kemahiran pidato
  • Kelas komputer, membina sifat berdikari dan kepimpinan
  • Pembelajaran sosial, carta minda, dan perkembangan fizikal
  • Kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, dan penyelesaian masalah
Strawberry Wonderland Taman Pelangi Semenyih, Semenyih
Strawberry Wonderland taman pelangi semenyih, Semenyih

Kebanyakan kemahiran-kemahiran ini dan juga pemahaman konsep dibina melalui rutin harian yang menarik dan menyeronokkan, yang berasaskan aktiviti.

Sekolah ini membekalkan pengalaman yang menggayakan buat kanak-kanak melalui beberapa bidang khusus, termasuklah:

Persekitaran pembelajaran yang dinamik: Strawberry Wonderland mempunyai ruang dalaman dan luaran yang memupuk rasa ingin tahu dan mendorong penerokaan. Bilik-bilik darjah yang menarik dan taman permainan membantu kanak-kanak membina daya motor dan koordinasi mereka.

Belajar sambil bermain: Rutin harian memupuk kemahiran asas melalui permainan, kerjasama, dan aktiviti praktikal. Program khas seperti konsert, acara sukan, rombongan sambil belajar, dan kem cuti sekolah memupuk rasa cinta terhadap ilmu dalam diri kanak-kanak.

Peralihan ke sistem sekolah rendah: Strawberry Wonderland memberi tumpuan kepada peralihan yang beransur ke sekolah rendah melalui pembelajaran berstruktur dan pengalaman pembelajaran praktikal, bagi memastikan kanak-kanak sedia dari segi sosial mahupun emosi.

Penglibatan keluarga dan ibubapa: Laporan kemajuan yang kerap, kemaskini setiap hari, dan sesi fleksibel memastikan ibubapa sentiasa dikemas kini tentang pembelajaran anak-anak mereka.

Keselamatan dan penjagaan: Sekolah ini menekankan aspek kesihatan kanak-kanak melalui praktis kebersihan yang baik, CCTV, dan prosedur mengambil dan menurunkan kanak-kanak yang tegas.

Strawberry Wonderland Taman Pelangi Semenyih
Strawberry Wonderland Taman Pelangi Semenyih
Strawberry Wonderland, Taman Pelangi Semenyih
Strawberry Wonderland, Taman Pelangi Semenyih

Di Strawberry Wonderland, kanak-kanak berusia 2.5 hingga 6 tahun boleh berkembang dengan baik dalam persekitaran yang memupuk, membina asas untuk menjadi individu yang yakin pada masa hadapan. Fokus sekolah dalam memberi pendidikan yang menyeronokkan, di mana keselamatan mereka terjamin semasa mereka melakukan penerokaan, memastikan setiap kanak-kanak boleh mencapai kejayaan melalui dedikasi dan penjagaan rapi.

LISTING_CONTACT_16537   

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025