Kids Academy

x

Search Directory

Bagaimana Sekolah Boleh Mainkan Peranan untuk Menanam Tabiat Kebersihan Tangan yang Betul?

by on 07/10/2019     758 250

Also available in : English , 中文版

Pertama sekali, fakta yang diketahui ramai hari ini ialah kehidupan kanak-kanak pada enam hingga lapan tahun pertama adalah tempoh pembelajaran mereka yang paling pantas. Oleh itu, sudah sewajarnya mereka tidak terlalu kerap jatuh sakit dan ketinggalan peluang belajar yang berharga di tadika, sekolah, pusat pengayaan, dll. Dari satu sudut, ini sebenarnya meletakkan tanggungjawab yang lebih berat ke atas pihak sekolah dan organisasi pendidikan kanak-kanak, dari segi menyediakan langkah berjaga-jaga dan penjagaan yang sesuai bagi kesejahteraan murid mereka yang masih kecil. Teruskan pembacaan.

 

Memastikan Kebersihan Tangan yang Baik di Tadika dan Sekolah

Mengajar kanak-kanak kecil mengenai kebersihan diri sejak sekian lama menjadi sebahagian penting tugas masyarakat, dan tanggungjawab ini sebahagian besarnya dipikul oleh para guru dan penjaga di tadika, sekolah dan pusat tempat kanak-kanak menghabiskan kebanyakan masa mereka setiap hari. Meskipun terdapat banyak aspek pendidikan kebersihan diri bagi kanak-kanak, tiada satupun yang lebih meninggalkan kesan kepada kesihatan mereka daripada melatih mereka untuk menyemai tabiat menjaga tangan mereka dengan bersih - secara literal. Ini telah terbukti sebagai tabiat paling bermanfaat yang boleh dimiliki oleh seseorang kanak-kanak apabila ia berkaitan dengan melindungi kesihatan mereka sendiri, juga mengelakkan jangkitan kuman dan penyakit.

Lagipun, tangan kita ini ialah punca bagaimana kebanyakan kuman boleh berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain, dan tanpa perlu disebut pun, daripada seseorang kepada seseorang yang lain.

Tidak sukar untuk memahami kenapa setiap kanak-kanak selayaknya dididik dengan baik bukan sahaja tentang kepentingan membasuh tangan, tetapi juga cara terbaik untuk membasuh tangan. Sesebuah tadika atau sekolah boleh memastikan hasil terbaik dalam hal ini dengan menggunakan produk yang bermutu tinggi dan peralatan yang akan suka digunakan kanak-kanak. Apabila perkara ini dilakukan, ia akan membantu melindungi kesihatan kanak-kanak dan membina reputasi lebih baik untuk diri mereka dalam tempoh ini.

SC Johnson Professional - Penyelesaian yang Boleh Diharap dan Berkesan

Lupakan botol pam yang mengundang pembaziran dan kejadian tidak diingini yang membuat suasana tidak teratur. Salah satu kejadian tidak diingini yang boleh berlaku ialah terperciknya pensanitasi berasaskan cecair ke dalam mata kanak-kanak. Tambahan lagi, keselamatan kanak-kanak dan sejahteraan mereka sentiasa menjadi kerisauan utama ibu bapa.

Seiringan dengan keperluan hari ini, SC Johnson, syarikat yang sudah lama beroperasi dan sangat prihatin tentang mewujudkan kehidupan lebih bersih dan selamat untuk setiap orang, memiliki reputasi seantero dunia kerana pelbagai produk kebersihan diri profesional keluarannya. Antaranya adalah barisan penyelesaian pembersihan tangan untuk kegunaan kanak-kanak, sangat sesuai untuk tadika dan sekolah moden - dan tambahan lagi setiap satunya tersedia dengan sistem sokongan yang lengkap dan mesra. Penyelesaian ini termasuklah:

  • Sabun basuh tangan buih

  • Pensanitasi tangan buih

  • Dispenser diperbuat khas

Sabun Basuh Tangan BUIH Segar

Disyorkan untuk kegunaan tadika dan sekolah, sistem Sabun Basuh Tangan BUIH tersedia dengan haruman (BUIH Biru Langit) dan tanpa haruman (BUIH Jernih). Sabun ini memastikan si cilik dapat membersihkan tangan mereka dengan mudah setiap kali, senang dan berkesan.

Berbanding sabun basuh tangan berasaskan gel konvensional, buih tersebar lebih sekata dan meliputi seluruh tangan dengan lebih mudah, menawarkan pembersihan berkesan yang berhasil mematikan kuman.

Tadika dan sekolah tidak akan menghadapi masalah untuk membentuk tabiat kebersihan tangan yang baik dengan sistem Sabun Basuh Tangan BUIH SC Johnson Professional yang dipasang di bilik air dan kafetaria atau kantin. Kanak-kanak akan lebih cenderung untuk membersihkan tangan mereka selepas keluar dari tandas, sebelum dan selepas makan, dll.

Sistem Sabun Basuh Tangan BUIH profesional SC Johnson didatangkan dengan kartrij kedap yang mudah ditukar, bersih dan memerlukan penyelenggaraan minimum. Sistem ini termasuklah pelbagai pilihan dispenser tahan lasak dengan kemasan antibakteria, termasuk juga versi bebas sentuhan dan dispenser SEKARANG Basuh Tangan Awak yang ada tarikan visual, direka khas untuk si cilik.

Pensanitasi Alkohol InstantFOAM

Satu cara lagi yang berkesan untuk memulakan tabiat kebersihan tangan ialah dengan memasang sistem pensanitasi tangan yang baik, yang juga merupakan cara sangat berkesan dan memudahkan untuk menanam tabiat kebersihan tangan di tadika dan sekolah. Jelasnya, kita perlu bersetuju bahawa mengajar kanak-kanak mengenai kebersihan tangan adalah satu perkara rumit, kerana kanak-kanak biasanya sering mengotorkan tangan mereka tidak kira tempat dan masa, sama ada ketika bermain, belajar, meneroka, makan, dll.

Oleh itu, agak mencabar untuk menggalakkan tabiat kebersihan tangan yang baik ketika tidak ada paip air yang berhampiran.

SC Johnson Professional menawarkan penyelesaian unggul melalui Pensanitasi Alkohol InstantFOAM yang mendapat sambutan.

Penyelesaian yang mesra kanak-kanak ini, yang turut didatangkan dalam kartrij kedap, wajar dianggap satu keperluan di semua tadika dan sekolah, bagi memastikan kanak-kanak memulakan tabiat menjaga kebersihan tangan mereka dalam situasi apapun, dan menanamkan tabiat tersebut sepanjang hayat.

Tahukah anda, satu kajian di Sepanyol sebenarnya mendapati kanak-kanak yang cenderung menjaga kebersihan tangan mereka dengan pensanitasi tangan mampu mengurangkan hari sakit mereka, kebarangkalian mereka untuk mendapat jangkitan pernafasan serta dipreskripsikan antibiotik berbanding kanak-kanak yang hanya menggunakan sabun dan air untuk membasuh tangan mereka? (1).

Pensanitasi Alkohol BUIH SC Johnson Professional juga dipek di dalam kartrij kedap, dan turut tersedia bersama-sama dengan dispenser yang mudah digunakan dan mudah diselenggarakan yang akan dipasang di lokasi strategik di seluruh bangunan sekolah, malah di dalam kelas. Formula yang sangat berkesan ini membunuh 99.999% bakteria biasa. Selain itu, ia juga diformulasikan agar mempunyai reaksi alahan rendah terhadap kulit, yang sudahpun berjaya dinilai dan diberi sokongan oleh ahli toksikologi bebas sebagai tidak menimbulkan alahan atau hipoalergenik.

Penyelesaian basuh tangan dan pensanitasian SC Johnson Professional bermatlamat untuk membantu tadika dan sekolah agar sedaya-upaya memastikan kanak-kanak menanam tabiat bermanfaat menjaga kebersihan tangan. Ini dilakukan bukan sekadar dengan penyelesaian produk mereka, tetapi juga sokongan pelanggan yang teduh termasuk bahan-bahan sandaran yang tidak ternilai untuk membantu menggalakkan dan mendidik kanak-kanak mengenai kebersihan tangan melalui pembelajaran, aktiviti dan bimbingan.

Apakah yang ditawarkan oleh penyelesaian kebersihan Tangan SC Johnson Professional untuk tadika dan sekolah:

  • Produk yang mesra alam sekitar dan kulit

  • Tiada kesukaran pemasangan dan penggunaan

  • Penyelesaian kebersihan tangan ketika ada atau tiada air

  • Kartrij boleh dikitar semula

  • Keberkesanan kos - 2000 basuhan tangan bagi setiap kartrij 1 liter Sabun Basuh Tangan BUIH Segar

  • Sokongan pelanggan dan bahan sandaran untuk membantu membina tabiat kebersihan tangan yang lebih baik dalam kalangan kanak-kanak.

  • Diluluskan KKM

Mesej penting untuk Sekolah, Tadika, Pusat Jagaan Harian & Pusat Pengayaan:

Percubaan percuma tersedia! SC Johnson Professional menawarkan penyelesaian yang sangat baik untuk menggalakkan kebersihan tangan dalam kalangan kanak-kanak melalui barisan produk Sabun Basuh Tangan BUIH dan Pensanitasi Alkohol BUIH. Untuk percubaan percuma, e-mel enquiryasia@scj.com atau lawati www.scjp.comhari ini!


Rujukan:

1. Hand Sanitizer Cut Back on Young Children's Sick Days More than Washing. www.cnn.com/2018/10/08/health/hand-sanitizer-day-care-study/index.html