Teras Murni Education Group Tuition Centres (Kuala Lumpur and Cyberjaya)

Sorotan

  • Berpusat di beberapa lokasi strategik di Kuala Lumpur dan Cyberjaya
  • Bimbingan oleh pendidik terunggul
  • Kurikulum khas untuk pembangunan menyeluruh
  • Fokus pada pemikiran kritis & pembelajaran aplikasi
  • Aktiviti perkembangan seperti drama, kem & pertandingan
  • Laporan secara langsung kepada ibu bapa

Di era globalisasi ini, pendidikan bukan sekadar menghafal – tetapi untuk membentuk minda generasi muda untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Teras Murni Education Group merupakan institusi pendidikan premium yang menawarkan pembelajaran holistik dan berorientasikan kemahiran untuk dunia sebenar. Dengan rangkaian pusat tuisyen di seluruh KL, mereka menawarkan pengalaman pembelajaran persendirian melalui pendidik terunggul dan kurikulum bertaraf antarabangsa.

Lokasi Strategik untuk Kemudahan Semua

Teras Murni beroperasi di pelbagai lokasi strategik:

  • Broadway Academy (Cantonment Exchange, Jalan Ipoh)
  • Studylab Academy (Tamarind Square, Cyberjaya)
  • Skoolab Academy (Plaza Arkadia, Desa Parkcity)
  • Learnerlab Academy (Pavilion 2 Bukit Jalil Signature)

Legasi Kecemerlangan yang Dipacu oleh Pendidik Berwibawa

Di sebalik kejayaan Teras Murni berdirinya Pengetua Dr. Chia Soon Chai, seorang pendidik tersohor yang memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. Semangat beliau yang mendalam terhadap dunia pendidikan serta pengalaman bertahun-tahun telah membangunkan pusat tuisyen ini menjadi institusi unggul yang menawarkan pelbagai kurikulum, termasuk IGCSE, A-Level, IB dan persediaan peperiksaan kemasukan universiti. “Matlamat kami adalah untuk melengkapkan pelajar dengan segala kemahiran yang mereka perlukan untuk cemerlang dalam akademik dan kehidupan,” ujar Dr. Chia.

Apa yang Menjadikan Pusat Tuisyen ini Lain Daripada Yang Lain

1. Bimbingan Peribadi Satu-ke-Satu

Dengan lebih 1,000 kelas satu-ke-satu dijalankan setiap bulan oleh lebih 100 orang guru berkelayakan dan berpengalaman, pusat ini memastikan setiap pelajar menerima bimbingan yang disesuaikan mengikut kekuatan dan kelemahan mereka. Pendekatan ini membantu pelajar yang lemah mengembang dengan pantas, manakala pelajar cemerlang dapat melangkaui had mereka, menghasilkan keputusan akademik yang sentiasa cemerlang.

“Setiap pelajar adalah unik. Ada yang perlukan masa tambahan untuk memahami subjek, manakala, ada yang berkembang dengan cabaran lanjutan. Sesi satu-ke-satu kami membolehkan pembelajaran disesuaikan dengan keperluan individu,” jelas Dr. Chia.

2. Penawaran Akademik Menyeluruh untuk Semua Peringkat

Pusat ini menawarkan pelbagai subjek merangkumi semua tahap pembelajaran. Ia menyediakan kursus yang berkhusus untuk membantu pelajar cemerlang dalam kurikulum Cambridge (KS1, KS2, KS3), IB (PYP, MYP), dan kurikulum Singapura. Tambahan pula, latihan intensif untuk peperiksaan O-Level (IGCSE, Edexcel, AQA) memastikan pelajar bersedia sepenuhnya untuk fasa seterusnya. Untuk pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat tinggi, kursus Pra-U seperti A-Level, IBDP, Foundation dan AP turut ditawarkan, termasuk persediaan peperiksaan masuk ke sekolah antarabangsa.

“Kami memberi ilmu serta keyakinan dan strategi untuk cemerlang dalam peperiksaan antarabangsa,” kongsi Dr. Chia.

3. Laluan ke Universiti Terkemuka: Penguasaan Ujian Kemasukan

Salah satu keistimewaan yang membuatkan ibu bapa memilih Teras Murni adalah kursus ujian memasuki universiti. Pusat ini memberi persediaan untuk ujian-ujian seperti:

  • BMAT (Ujian Kemasukan Perubatan)
  • MAT (Ujian Kemasukan Matematik)
  • NSAA (Penilaian Kemasukan Sains Asli)
  • TMUA (Ujian Matematik untuk Kemasukan Universiti)
  • PAT (Ujian Kemasukan Fizik)

Kurikulum menyeluruh ini memastikan pelajar dibimbing oleh pakar dalam bidang masing-masing untuk meningkatkan peluang kejayaan ke universiti ternama di seluruh dunia.

4. Pembelajaran Inovatif dan Konseptual

Pusat tuisyen Teras Murni menekankan kefahaman konsep berbanding hafalan semata-mata. Kaedah pembelajaran mereka merangkumi: sesi penyelesaian masalah interaktif, pembelajaran berasaskan aplikasi, latihan pemikiran kritikal, serta buku kerja IGCSE eksklusif yang dibangunkan secara dalaman.

“Ia bukan sekadar hafal. Kami bantu pelajar memahami ‘mengapa’ di sebalik setiap perkara yang mereka pelajari, supaya mereka menjadi pelajar yang berdikari dan yakin,” kata Dr. Chia.

5. Pembangunan Menyeluruh Pelajar – Lebih Daripada Akademik

Jika dahulu pusat tuisyen hanya tertumpu kepada keputusan peperiksaan, Teras Murni telah merevolusikan kurikulum dengan menawarkan program seperti kelas pidato dan drama, kem musim cuti, serta khidmat rundingan akademik. Program-program ini membantu membina pelajar yang seimbang dan bersedia menghadapi cabaran di dunia sebenar.

“Pendidikan seharusnya dinamik. Kami galakkan pelajar terlibat dalam aktiviti yang membina keyakinan diri dan Kemahiran praktikal,” kata Dr. Chia.

6. Penyertaan Pertandingan & Portfolio Pelajar

Pelajar pasti teruja menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan pusat ini. Penyertaan tersebut bukan sahaja mencabar diri mereka, tetapi juga membantu membina portfolio penting untuk permohonan ke universiti terkemuka, terutamanya di UK.

“Kami bantu pelajar bina profil yang menyeluruh menerusi pertandingan seperti pidato dan matematik. Ini memberi kelebihan besar apabila memohon ke universiti berprestij,” terang Dr. Chia yang juga merupakan guru matematik.

7. Penilaian Berkala & Maklum Balas Secara Langsung

Ketelusan dan pemantauan kemajuan adalah tunjang di Teras Murni. Pelajar menjalani penilaian setiap 3 hingga 4 bulan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan. Ibubapa turut menerima maklum balas masa nyata tentang prestasi dan tingkah laku anak mereka melalui WhatsApp.

“Kami tak tunggu sehingga hujung semester untuk beri maklum balas,” kata Dr. Chia. “Setiap kali selepas kelas, guru akan memberi kemas kini kepada ibu bapa dan pelajar. Kalau ada pelajar yang kurang fokus, kami akan terus ambil tindakan. Komunikasi segera ini memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam pembelajarannya.”

Kesimpulan

Dalam dunia akademik yang semakin kompetitif ini, ibu bapa dan pelajar mencari lebih daripada sekadar pusat tuisyen biasa. Pusat tuisyen Teras Murni merupakan gabungan kecemerlangan akademik dan gaya hidup pembelajaran holistik. Dengan keistimewaan yang unik serta komitmen kukuh terhadap kejayaan pelajar, tidak hairanlah ramai keluarga di seluruh Malaysia mempercayai Teras Murni untuk membentuk masa depan anak-anak mereka.

LISTING_CONTACT_17007

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025