Small Wonder Malaysia, Taman OUG (Junior & Senior)

Sorotan Utama

  • Premis yang cantik dan luas
  • Ruang yang besar untuk pembelajaran dan eksplorasi
  • Menggabungkan elemen Montessori, kurikulum tempatan, dan pembelajaran berasaskan projek
  • Pendekatan yang seimbang berasaskan pengajaran dari guru dan juga minat murid-murid sendiri

Untuk ibubapa yang sedang mencari tadika yang dapat membekalkan program prasekolah yang seimbang, Small Wonder Malaysia, Taman OUG merupakan pilihan yang bernas.

Small Wonder Malaysia, Taman OUG (Junior & Senior)

Tadika bersejarah ini, yang sebelumnya dikenali sebagai Tadika Overseas Union, telah ditubuhkan sejak tahun 1978 lagi, dan mempunyai warisan berdekad lamanya. Ia diambil alih oleh kumpulan Busy Bees pada tahun 2024, dan kini menawarkan pendidikan yang holistik untuk kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.

Small Wonder Malaysia, Taman OUG (Junior & Senior)

Sebaik sahaja melangkah masuk, pelawat dialu-alukan ke premis yang luas dan bersih, dengan ruang yang besar untuk permainan di luar dan juga eksplorasi.

Terletak di kawasan perumahan yang tenang, sekolah ini terdiri daripada dua bangunan bertingkat dua, yang diselubungan kehijauan.

Small Wonder Malaysia, Taman OUG (Junior & Senior)

Menggantikan taman permainan yang lebih tradisional adalah taman permainan pasir yang luas, dan juga dapur ‘mud kitchen’. Salah satu ciri terulungnya adalah Mini Theatro, sebuah struktur yang berbentuk seperti bukit kecil dan diliputi rumput.

Luaran struktur ini sesuai untuk aktiviti fizikal, manakala dalamannya pula terdiri daripada sebuah bilik yang tenang untuk aktiviti bacaan kanak-kanak.

Small Wonder Malaysia, Taman OUG (Junior & Senior)

Terdapat juga sebuah kolam eko di belakang bangunan sekolah, penuh dengan ikan-ikan kecil. Kanak-kanak boleh membuat pemerhatian ataupun berinteraksi dengan ekosistem ini. Sumber air kolam datang daripada sistem penuaian air hujan, selaras dengan falsafah lestari sekolah ini.

Bilik-bilik darjah juga amat luas, jadi kanak-kanak bebas melakukan aktiviti di ruang-ruang awam, seperti di dewan orang ramai dan juga sudut-sudut pembelajaran..

Small Wonder Malaysia Taman OUG

Permainan dan pembelajaran yang bermakna

Kurikulum Small Wonder Malaysia, Taman OUG direka khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kecil.

Small Wonder Malaysia, Taman OUG (Junior & Senior)

Untuk kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun, pendekatan yang teradun digunakan, merangkumi elemen Montessori serta aktiviti berasaskan kemahiran seperti memasak dan juga seni dan kraf, yang memberi asas yang kukuh kepada kanak-kanak.

Pendekatan Montessori membimbing mereka untuk menjadi lebih berdikari melalui latihan kemahiran hidup yang serupa dengan rutin seharian mereka.Contohnya, kanak-kanak diminta untuk menyusun tempat sarapan mereka sendiri, dan mereka akan mengambil makanan dengan sendiri tanpa perlu disuapkan. Hal ini dapat membantu membina disipin dan juga daya motor halus mereka.

Small Wonder Malaysia, Taman OUG (Junior & Senior)

Apabila mereka membesar, silibus beralih kepada pembelajaran berasaskan projek untuk membina daya pemikiran kritis dan daya penyelesaian masalah mereka pula.

Pendekatan ini juga selaras dengan inisiatif dari Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Salah satu projek yang menarik sebelum ini melibatkan projek animasi menggunakan gabungan foto.

Small Wonder Malaysia, Taman OUG (Junior & Senior)

Pada peringkat awal projek, guru-guru memerhati bahawa kanak-kanak menunjukkan minat dalam fotografi semasa bermain di ruang permainan peranan. Seterusnya, timbul pula minat untuk mengambil gambar menggunakan kamera, di mana mereka belajar konsep seperti jauh dan dekat dan pencahayaan, yang berkaitan dengan matapelajaran Sains dan Matematik,” kata penolong kanan sekolah Cik Amy Lee.

Pada akir projek, murid-murid dibimbing lagi dengan soalan “Apa lagi yang boleh kita buat dengan gambar-gambar yang telah diambil?” Lahirnya idea untuk membuat animasi mereka sendiri dengan menggabungkan gambar-gambar yang telah diambil. ‘Produk’ ini telah dipamerkan semasa majlis tamat pengajian mereka.

Small Wonder Malaysia, Taman OUG (Junior & Senior)

Projek-projek yang menarik ini membolehkan kanak-kanak untuk meneroka pelbagai subjek secara hands-on dan interaktif, mengalakkan rasa ingin tahu serta kreativiti mereka.

Pendekatan berpandukan minat kanak-kanak itu sendiri disokong dengan pendekatan yang lebih tradisional, iaitu pengajaran guru di dalam kelas. Dari aspek penguasaan bahasa, silibus sekolah yang menyeluruh merangkumi matapelajaran Mandarin, Bahasa Melayu, disokong dengan program perkembangan kognitif can Scholastic Program for English.

Small Wonder Malaysia Taman OUG

Persekitaran yang menyokong perkembangan kanak-kanak

Pihak sekolah sedar akan kepentingan ibubapa dalam pendidikan kanak-kanak mereka, dan mengekalkan komunikasi terbuka melalui applikasi mobil mereka sendiri. Ibubapa dikemas kini setiap minggu tentang kemajuan anak-anak mereka.

Small Wonder Malaysia, Taman OUG (Junior & Senior)

Manakala persembahan ataupun acara yang diadakan secara spontan, seperti lawatan bersama keluarga atau sambutan perayaan memberi peluang kepada ibubapa untuk mengeratkan silaturahim dengan kanak-kanak dan juga pihak sekolah.

Kesimpulannya, Small Wonder Malaysia, Taman OUG menetapkan standard yang tinggi untuk pendidikan awal kanak-kanak, berkat kurikulumnya yang menggabungkan pendekatan moden dan tradisional, di samping guru-guru yang berdedikasi dan suasana yang mengalakkan penerokaan

LISTING_CONTACT_16852

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025