Artikel ini telah dikemaskini pada 4 Julai 2025.
Dalam usaha untuk menyediakan pengikut setia kami dengan perspektif yang lebih komprehensif dan lebih luas mengenai industri Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia, Kiddy123 baru-baru ini telah melangkah ke Damansara Heights, sebuah hab komersial yang moden. Kami mula menjelajah setiap lapisan yang membentuk corak kehidupan harian Damansara Heights dan ternyata terdapat banyak prasekolah yang menarik, dinamik dan progresif – dari salah satu prasekolah yang paling awal ditubuhkan di negara ini hingga yang baru ditubuhkan hanya empat tahun yang lalu, berikut adalah prasekolah dan tadika terpilih kami di Damansara Heights (Bukit Damansara)!
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Baca juga: Prasekolah dan Tadika Terbaik di Kota Damansara , Prasekolah dan Tadika Terbaik di Ara Damansara-Tropicana.
Kitakids Clubhouse ialah pusat transit premium pertama di Malaysia yang menawarkan penjagaan dan pembelajaran menyeluruh untuk kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah. Dengan sokongan akademik, pembangunan emosi, jadual yang sihat, dan aktiviti yang bermakna tanpa alat digital, kanak-kanak dibimbing dalam suasana yang mesra dan selesa seperti di rumah sendiri. Direka untuk seisi keluarga, Clubhouse turut menyediakan ruang kerja untuk ibu bapa serta mesra kepada datuk nenek, menjadikannya penyelesaian terbaik untuk keluarga moden.
ARTICLE_RELATED_1721
LISTING_CONTACT_17021
Menggabungkan elemen falsafah Montessori dan Permainan (Play-based), My Little Compass memberikan kanak-kanak pengalaman prasekolah bermakna dengan aktiviti pembelajaran melalui bermain, aktiviti asas dan eksplorasi berpanduan.
Dengan sokongan tenaga pengajarnya yang berdedikasi, setiap kanak-kanak di My Little Compass dapat berkembang maju dalam persekitaran yang kondusif di mana setiap bakat dan kekuatan mereka diraikan dan minat mereka dalam belajar dipupuk. Melalui eksplorasi amali yang menarik, si kecil mengasah kemahiran asas seperti berfikir secara kritis, kreativiti dan juga semangat bekerjasama. Fokus prasekolah ini adalah pada perkembangan keseluruhan (holistik), memupuk sifat berdikari, keyakinan diri dan juga hormat-menghormati. Rutin harian di prasekolah ini direka khas untuk menyediakan pelbagai pengalaman yang sesuai dengan usia, termasuklah aktiviti asas dalam tumbesaran si kecil seperti meneroka persekitaran di luar bilik darjah, dan aktiviti dinamik lain seperti permainan dramatik, dan juga muzik dan pergerakan.
ARTICLE_RELATED_1513
LISTING_CONTACT_16827
Roots & Wings Montessori Preschool merupakan sebuah prasekolah untuk kanak-kanak berusia 12 bulan hingga enam tahun, membekalkan suasana yang kondusif di mana mereka boleh berkembang pesat sepanjang pendidikan awal mereka. Sekolah ini mengamalkan pendekatan Montessori dan pembelajaran melalui kaedah permainan, serta menerapkan unsur-unsur dari kurikulum prasekolah kebangsaan Malaysia, memastikan kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, di samping menyediakan mereka untuk Darjah 1. Kelas berenang merupakan salah satu ciri menarik di sekolah ini dan merupakan sebahagian daripada kurikulum mereka, dikendalikan oleh pengajar professional. Manakala program pengayaan pula direka khas untuk membantu menyokong perkembangan akademik serta fizikal kanak-kanak melalui program seperti kelas tarian, Taekwondo, kelas Bahasa Mandarin, dan Mastery of Languages.
ARTICLE_RELATED_653
LISTING_CONTACT_7067
The children’s house (TCH) Bruas terletak di antara ketenangan dan kehijauan Damansara Heights. Dengan bayi dan kanak-kanak prasekolah di bawah jagaan mereka, sentiasa ada sesuatu yang berlaku setiap minit setiap hari. Setelah anda melalui pintu besar merah TCH Bruas, anda akan melangkah masuk ke prasekolah Montessori yang kaya dengan sumber pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan ‘prepared environment’ di mana setiap kawasan dirancang dengan sengaja dan dilengkapi dengan bahan Montessori yang menjadi pelengkap untuk memenuhi keperluan setiap anak, sama ada secara fizikal, sosial, emosi, intelektual atau kreatif. Semuanya direka untuk mendorong dan memupuk pembelajaran kendiri dan penerokaan. Terdapat juga program yang dirancang khas untuk bayi. Program-program ini telah dirancang untuk merangsang bayi dan mengembangkan kemampuan deria dan kognitif mereka seperti Baby Sensory, Baby Sunshine, Baby Art, Baby Massage dan juga permainan air. Kawasan penjagaan bayi mempunyai bahagiannya yang tersendiri, terletak di bahagian belakang prasekolah di mana ia lebih sejuk, lebih teduh dan lebih senyap. Persekitarannya yang luas, bersih dan sumber daya yang baik dengan kawasan permainannya sendiri, “changing area”, pantri dan ruang tidur. Semuanya telah direka dan dibina dengan mengambil kira penjagaan, keselesaan dan kesejahteraan kanak-kanak. Dalam gaya Montessorian yang sejati, TCH Bruas memupuk kanak-kanak menjadi manusia unik yang berdikari, berpandangan ke depan dan mempunyai minat untuk belajar sepanjang hayat.
ARTICLE_RELATED_368
LISTING_CONTACT_4127