Maple Leaf Kingsley International School, Putra Heights

Sorotan:

  • Cara pengurusan sekolah terbaik. Teladan kepada sekolah lain
  • Tiada pembulian, ia memberi ketenangan & keyakinan kepada ibu bapa
  • Kemudahan-kemudahan berkualiti tinggi untuk perkembangan optimum murid-murid
  • Program perkembangan dan ko-kurikulum yang unik & bermanfaat
  • Persekitaran pembelajaran yang selamat & selesa

Sejak penubuhannya pada 2011, Sekolah Antarabangsa Maple Leaf Kingsley atau dikenali sebagai Maple Leaf Kingsley International School (ML KIS) telah berkembang menjadi institusi terunggul bagi ibu bapa.

Setakat kini, ML KIS telah meneguhkan kedudukannya sebagai salah satu sekolah antarabangsa terkemuka di Malaysia, menawarkan kurikulum British dalam persekitaran yang selesa dan mesra. ML KIS mengajar pelajar daripada peringkat Awal Tahun (Prasekolah) hingga Sekolah Rendah, Menengah, dan sehingga A Levels.

Sekolah ini berlokasi di Kingsley Hills, Putra Heights yang bersuasana tenang. Jadi, ia menyediakan persekitaran pembelajaran yang sempurna. ML KIS, dengan segala usahanya, menjamin pengalaman pendidikan yang lancar untuk kecemerlangan akademik, perkembangan peribadi, dan kewarganegaraan antarabangsa.

Kiddy123 mengambil peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejayaan, visi & misi, serta tawaran ML KIS. Kami sangat gembira untuk berkongsi penemuan berharga ini dengan anda, dengan harapan anda dapat memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak.

Pembelajaran Melampaui Kaedah Konvensional

ML KIS menyediakan pengalaman pendidikan berstruktur dan bermakna di semua peringkat dengan menggunakan kurikulum British untuk menyediakan pelajar menghadapi Cambridge International Examination. Puan Josephine, Pengetua Sekolah Rendah, menjelaskan, “Kurikulum kami direka untuk memenuhi keperluan perkembangan pelajar di setiap peringkat, memastikan mereka berkembang secara akademik, sosial, dan emosi.”

  • Awal Tahun (Nursery & Reception, Umur 3-5):

Pembelajaran asas bermula di sini dengan fokus pada tujuh bidang utama: perkembangan peribadi, komunikasi & bahasa, fizikal, sastera, matematik, pengetahuan am, serta seni ekspresif dan reka bentuk. Melalui aktiviti berasaskan permainan, pelajar muda digalakkan meneroka, menemui, dan membesar dalam persekitaran yang selamat dan menyokong.

  • Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6, Umur 5-11):

Pembinaan kemahiran asas. Sekolah rendah menekankan sastera, nombor, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah. Pelajar didedahkan kepada kurikulum seimbang termasuk subjek teras seperti Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris serta bahasa moden (Melayu, Mandarin, Sepanyol, dan Perancis), seni, muzik, drama, dan pendidikan jasmani. “Kami menggunakan pelbagai cara untuk memastikan setiap pembelajaran adalah unik untuk setiap kanak-kanak,” kata Puan Josephine.

  • Sekolah Menengah (Tahun 7 hingga Tahun 13, Umur 11-16):

Peringkat menengah dibahagikan kepada peringkat bawahan dan atasan, dengan pelajar secara beransur-ansur menumpu terhadap subjek yang selaras dengan matlamat masa depan. Puan Priya, Pengetua Sekolah Menengah, menambah, “Kurikulum kami direka untuk mencabar dan memberi inspirasi kepada pelajar, serta menyediakan mereka menghadapi Cambridge International Examinations dan seterusnya. Kami menekankan pembelajaran berasaskan persoalan, pemikiran kritis, dan aplikasi di dunia sebenar.”

  • A Level (Tingkatan 6, Umur 16-19):

Program A Level di ML KIS bukan sekadar laluan ke universiti—ia adalah pengalaman pendidikan transformatif yang membolehkan pelajar berjaya dalam bidang pilihan mereka. Program ini mendorong pemikiran kritis dan kreatif. Dengan sokongan daripada guru, saiz kelas kecil, dan bahan pembelajaran yang banyak, pelajar di sini menjadi individu serba boleh yang layak ke universiti terkemuka dan mengharungi dunia profesional.

 

Pembelajaran Tanpa Batas

ML KIS menawarkan pelbagai program perkembangan dan ko-kurikulum yang unik. Di sini, pelajar diajar untuk menghargai disiplin, semangat bersaing, dan tekad dalam mencapai matlamat. Mereka juga digalakkan menyertai aktiviti fizikal & mental serta mengasah kemahiran sosial untuk kehidupan yang lebih bermakna:

  • Pendidikan STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, Matematik):
    ML KIS menitikberatkan teknologi dalam pembelajaran. Pelajar yang terlibat dalam projek praktikal akan membina pemikiran kritis dan kreativiti. “Teknologi diserapkan dalam kaedah pengajaran kami untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan seronok,” jelas Puan Priya.

  • Seni Persembahan: Pelajar dapat menceburi muzik, tarian dan drama, dengan persembahan di venue berprestij seperti Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

  • Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR): Pelajar menyertai inisiatif tahunan seperti Movember, Amazing Grace, Orang Asli, Orang Utan, dan World Vision. “Program ini memupuk belas kasihan dan tanggungjawab sosial,” kata Puan Josephine.

  • Program Pertukaran Budaya: ML KIS menggalakkan kewarganegaraan global melalui aktiviti antarabangsa seperti khidmat masyarakat dan pertukaran budaya.

  • Lawatan Berpendidikan: Pelajar menyertai lawatan pendidikan dan pengajian luar negara, seperti lawatan terkini mereka adalah ke negara Jerman. “Pengalaman ini meluaskan minda mereka,” jelas Puan Priya.

Memastikan Pelajar Berjaya

Di ML KIS, kejayaan pelajar dicapai melalui kerjasama guru dan ibu bapa.

  • Guru:

    Guru di ML KIS sentiasa mengemas kini teknik pengajaran. “Daripada hanya duduk di meja, pelajar didedahkan dengan pelbagai kaedah pembelajaran yang mendorong mereka,” kata Puan Priya. Sistem pastoral care memastikan setiap pelajar mendapat sokongan akademik dan emosi.

  • Ibu Bapa:

    Penglibatan ibu bapa adalah amat penting untuk kemajuan pelajar. ML KIS mengekalkan komunikasi erat melalui persidangan berkala, dan jenguk-menjenguk ke sekolah. “Kerjasama antara sekolah dan ibu bapa penting untuk kejayaan pelajar,” kata Puan Josephine.

Belajar, Bermain & Berkembang dalam Persekitaran Moden

ML KIS menawarkan pelbagai aktiviti ko-kurikulum seperti sukan, seni, menunggang kuda, anggar, dan ‘cup stacking’. Semua ini disokong oleh kemudahan canggih seperti:

  • Perpustakaan (40,000+ buku)
  • Bilik Sumber
  • Kandang Kuda
  • Auditorium
  • Makmal Sains & komputer
  • Kolam renang Olimpik, gimnasium, gelanggang sukan
  • Bilik khas untuk anggar, tarian & muzik
  • Olympic-sized swimming pool, gymnasium and sports courts
  • Bilik masak
  • Kelas berhawa dingin dengan papan pintar

“Kampus kami adalah ruang untuk pelajar meneroka minat dan mengasah bakat mereka,” kata Puan Priya.

Persekitaran Selamat, Bebas Buli & Inklusif

ML KIS komited terhadap persekitaran bebas buli dan inklusif. Dasar anti-buli sekolah bersifat proaktif dan bertanggungjawab. Ia menekankan rasa hormat dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Aktiviti kebudayaan seperti hari antarabangsa dan minggu penghargaan bahasa meraikan kepelbagaian budaya pelajar di sekolah ini. “Ini menggalakkan rasa hormat dan pemahaman antara budaya,” kata Puan Josephine.

Menuju ke Masa Depan dengan Lebih Hebat

ML KIS menawarkan pendidikan British yang berharga berpatutan, sokongan pastoral kukuh, komunikasi efektif, dan pelbagai aktiviti perkembangan. “Kami membentuk pelajar yang yakin diri, penyayang, dan berfikiran luas,” kata Puan Josephine.

Sekolah ini juga merancang untuk menambah baik kemudahan mereka, memajukan program Additional Educational Needs (AEN), dan memperkukuhkan rakan Kongsi antarabangsa. “Kami bermatlamat untuk membina pelajar pandai menghadapi kehidupan,” kata Puan Priya.

Di Maple Leaf Kingsley International School, pendidikan bukan sekadar kecemerlangan akademik—ia tentang membentuk individu serba boleh yang bersedia memberi impak positif kepada dunia.

 

LISTING_CONTACT_1105

LISTING_CONTACT_6297

 

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025