Bright Star Chinese Education (Primary School Day Care & Tuition), Desa Sri Hartamas (Kuala Lumpur)

Sorotan Utama

  • Kemudahan jagaan harian yang berkualiti tinggi
  • Makanan disediakan
  • Persekitaran yang mesra dan kondusif untuk belajar dan bermain
  • Bimbingan kerja rumah untuk subjek-subjek SJKC, dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman
  • Program prasekolah dan pengayaan juga tersedia
  • Pendidikan imersif yang merangkumi aspek budaya dan kemahiran bahasa Cina

Bagi para ibu bapa atau penjaga, mencari pusat jagaan harian yang sesuai untuk anak anda sememangnya tugas yang mencabar. Secara ideal, anda mahu persekitaran yang selamat dan terstruktur, yang boleh menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak anda, yang menawarkan peluang untuk bersosial, dan juga menyediakan sokongan dan aktiviti pendidikan serta bantuan kerja rumah dan bimbingan asas.

Di Bright Star Chinese Education, yang terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, anda tidak perlu bimbang kerana pusat tersebut akan memastikan anak anda menerima didikan yang holistik dan sempurna. Pusat asuhan ini bukan sahaja menawarkan program prasekolah yang berkualiti dan program pengayaan untuk kanak-kanak kecil, tetapi juga servis penjagaan harian untuk pelajar sekolah rendah, serta servis tuisyen untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun.  

Persekitaran yang selamat dan kondusif di luar masa sekolah

Di Bright Star Chinese Education, program asuhan dibahagikan kepada sesi pagi dan petang, iaitu sebelum dan selepas sesi sekolah. Menumpukan perhatian kepada pembelajaran sepanjang masa bukanlah sesuatu yang positif untuk perkembangan kanak-kanak – jadi setiap sesi di sini direka supaya para murid dapat memaksimakan produktiviti mereka, tetapi ada masa untuk mereka beristirehat. 

Murid-murid dialu-alukan dengan suasana yang ramah mesra, dan premis dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, termasuklah bilik darjah dengan hawa dingin, ruang belajar, ruang berehat, ruang tukar baju, dan kemudahan mandi, supaya mereka boleh bersiap sedia sebelum ke sekolah, atau beristirehat selepas sekolah. Makanan yang berkhasiat dan seimbang turut disediakan.  

Murid-murid kebiasaannya akan diberi kerja rumah yang banyak di sekolah, jadi Bright Star menawarkan bimbingan kerja rumah mengikut sukatan pelajaran SJKC, dan juga tuisyen untuk subjek seperti Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, dan Sains, yang dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman.

Program-program yang memperkayakan minda, fizikal, dan rohani

Selain perkhidmatan jagaan harian, Bright Star Chinese Education turut menawarkan pelbagai program pengayaan untuk kanak-kanak yang semuda lapan bulan, sehingga sekolah menengah.

Bright Star Chinese

Program-program mereka tertumpu kepada pemahaman budaya Cina, dari aspek seperti bahasa, muzik, seni, tradisi, dan nilai-nilai murni, sesuai dengan visi pengasas Bright Star, iaitu Cik Wang Xiao Xian, untuk mempromosikan budaya Cina dan menerapkan sikap ingin belajar dalam kalangan muridnya. Beberapa sorotan utama termasuklah:

Bahasa

Perkembangan

Seni dan budaya

  • Permainan perkataan Bahasa Cina (1.5 hingga 2.5 tahun)
  • Magical Mandarin (2.5 tahun ke atas)
  • Hanyu Pinyin (6 tahun ke atas)
  • Putonghua Standard Proficiency Test Preparation Course (15 tahun ke atas)
  • Ujian Mandarin HSK – Chinese Proficiency Test(6 tahun ke atas)
  • Dunia Bayi Bright Star (Bright Star Baby World – 8 bulan hingga 1.5 tahun)
  • Permainan Minda (Whole Brain Play) dan Program Pembelajaran (2.5 tahun ke atas)
  • Drama (3 tahun ke atas)
  • Model tanah liat(3 tahun ke atas)
  • Sesi bercerita(5 tahun ke atas)
  • Seni kaligrafi dan lukisan berus Cina (4 tahun ke atas)
  • Seni kertas (4 tahun ke atas)
  • Sajak dan pantun(4 tahun ke atas)
  • Menyanyi(4 tahun ke atas)
  • Tarian tradisional (4 tahun ke atas)
  • Alatan muzik klasik(6 tahun ke atas)
  • Lukisan topeng(5 tahun ke atas)
  • Catur Cina (5 tahun ke atas)
  • Sempoa(4 tahun ke atas)
  • Letz Art (4 hingga 12 tahun)
  • Kungfu (6 hingga 12 tahun)

 

Apa yang membezakan program-program di sini ialah Kaedah Bright Star, yang menggabungkan kurikulum yang berteraskan pembelajaran kanak-kanak dengan persekitaran yang imersif, di mana kanak-kanak dapat memupuk keyakinan diri mereka melalui pelbagai kaedah dan sumber pembelajaran.  

Bright Star Chinese

Proses pembelajaran menjadi menarik kerana guru-guru menggunakan pelbagai alat pengajaran seperti buku, lagu, cerita, sajak dan pantun, permainan, drama, seni, berserta aktiviti-aktiviti yang interaktif. Kandungan dalam program-program ini juga menerapkan nilai-nilai murni berasaskan ajaran Konfusianisme, seperti kasih sayang, kebaikan, kejujuran, Amanah, sopan santun, dan tulus Ikhlas – supaya kanak-kanak dipupuk menjadi ahli masyarakat yang berguna.

Bermula dari awal

Untuk ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak prasekolah, Bright Star Chinese Education mempunyai jenama lain iaitu Tadika Bright Star Brilliant, yang berteraskan prinsip-prinsip yang sama: mempromosikan budaya dan pendidikan Cina mengikut nilai-nilai Konfusianisme seperti hormat-menghormati, kebaikan, belas kasihan, dan kesyukuran.  

Kurikulum yang direka khas mendapatkan inspirasi dari teks Cina tradisional yang dipanggil Di Zi Gui (Panduan Hidup yang Baik, atau Standards for being a Good Pupil and Child), yang menegaskan bahawa nilai-nilai moral dan Kebajikan asas harus dipupuk dari usia yang muda. Oleh itu, murid-murid di tadika ini belajar bukah sahaja subjek-subjek seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Sains, dan Matematik, tetapi juga perkembangan sosial dan emosi, pergerakan fizikal, dan lain-lain lagi.  

Sama ada prasekolah, khidmat jagaan pelajar sekolah rendah, atau program pengayaan mereka, Bright Star Chinese Education merupakan pusat sehentian yang menawarkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh dari semua aspek.  

LISTING_CONTACT_16435

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025