by on 05/11/2018 1870
Shambala Kidz Leadership Pre-School (SKLPS), Sungai Long menonjol dengan model pendidikannya yang komprehensif dan terbukti, yang direka untuk memperkasakan pelajar dengan asas yang kukuh bagi menggalakkan penglibatan, kepimpinan dan kejayaan sepanjang hayat. Kejayaan benar-benar bermula dengan pelajar itu sendiri. Para pelajar merealisasikan potensi penuh mereka menerusi kurikulum prasekolah yang diperkaya dan program kokurikulum yang berguna, lalu menamatkan pengajian sebagai seorang pemimpin.
Di Shambala, para pelajar yang berusia 3 hingga 6 tahun dididik berasaskan Kurikulum Prasekolah Standard Kebangsaan. Pengalaman yang bersesuaian dengan pembangunan mereka membolehkan pelajar meluaskan pengetahuan dan pemahaman dari segi akademik serta meneroka minat mereka. Program-program disampaikan menerusi pendekatan yang bertema dan bersepadu di seluruh aspek pembelajaran yang penting: Bahasa (Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina), Matematik, Sains, Moral, Seni dan Kraf, Muzik dan aktiviti fizikal. Hari Jumaat ialah hari untuk penerokaan amali menerusi pelbagai aktiviti seperti bermain dengan pasir, bermain dengan air dan aktiviti yang merangsang minda. Secara keseluruhan, tumpuannya adalah untuk membimbing pertumbuhan sosial, kognitif dan fisiologi pelajar melalui pembelajaran secara penyertaan yang aktif, sekaligus menyediakan mereka untuk alam persekolahan.
Kurikulum ini berfungsi bersama-sama inisiatif utama dalam membentuk pelajar secara menyeluruh, mendedahkan mereka kepada peluang kepimpinan dan membolehkan mereka mempelajari kemahiran insani penting yang diperlukan untuk kejayaan masa akan datang. Budaya prasekolah ini menggalakkan para pelajar memikul tanggungjawab sendiri dan bertindak sebagai pemimpin apabila boleh. Banyak peluang untuk bersuara di khalayak ramai yang disepadukan dari awal dan secara kerap. Para pelajar belajar untuk bercakap di hadapan rakan-rakan mereka dan diberi pentas untuk bersuara. Semuanya berfungsi untuk menerapkan rasa yakin, meningkatkan keyakinan diri, mengajar pelajar untuk mengenali kekuatan dan kelemahan mereka, memupuk kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif serta meningkatkan keupayaan mereka untuk bekerjasama dengan orang lain.
Setiap potensi pelajar yang unik dipupuk dalam persekitaran pembelajaran dinamik dengan mengutamakan keperluan pembelajaran setiap individu. Bilik darjah memiliki ruang yang luas dengan kemudahan yang berguna serta mengandungi banyak cahaya semula jadi. Dalam suasana yang santai ini, terdapat jurulatih yang komited dan berpengalaman yang akan membimbing para pelajar dalam cara yang merangsang, yang menarik minat mereka serta menggalakkan mereka untuk belajar dan berfikir secara bebas. Para pelajar menerima pelbagai persekitaran pengajaran dan pembelajaran: pengajaran di seluruh bilik darjah dan pembelajaran dalam kumpulan kecil, aktiviti yang dipimpin jurulatih dan diusahakan oleh pelajar serta pelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan pembelajaran mereka, para pelajar menghadiri lawatan sambil belajar, menyertai hari sukan, membuat persembahan dalam konsert dan terlibat dalam program percutian. Waktu selepas sekolah digunakan untuk memberi pelajar latihan kerja rumah tambahan, aktiviti pembangunan minda dan motor halus serta program pengayaan (Little Chef and Little Painter).
SKLPS terus fokus untuk menyediakan persekitaran yang begitu untuk membentuk pemimpin global, termasuklah para jurulatih. Para jurulatih menghadiri latihan bulanan dan mendapat bimbingan serta menyertai sesi pembinaan pasukan secara tahunan. Ini akan membuatkan mereka terus berinspirasi dan termaklum untuk meningkatkan prestasi jangka panjang dan hasil pembelajaran pelajar.