on 07/08/2017 910
Kami terkejut dengan suasana yang aman di R.E.A.L Kids Bandar Puteri – tadika yang paling senyap pernah kami lawati setakat ini. Apabila dipuji sedemikian, pengetua di R.E.A.L Kids Bandar Puteri, Puan David menjelaskan bahawa mereka menggunakan kata-kata yang positif di sini. Kanak – kanak tidak dilarang dengan ayat ‘Jangat berlari! Jangan menjerit!’ Sebaliknya, mereka menjelaskan peraturan bilik darjah adalah berjalan dan suara yang perlahan. Apabila kanak-kanak membuat bising semasa pembelajaran, mereka mengingatkan pelajar supaya fokus dan mendengar.
“Kanak-kanak akan menyedari apabila mereka berada di sini, peraturan haruslah dipatuhi. Apabila mereka melangkah ke sekolah rendah, disiplin ini mampu membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan,” tambahnya lagi.
Sebelum menjadi pendidik dalam bidang pendidikan awal, Puan David merupakan seorang jururawat pediatrik. Hal ini menjelaskan kekemasan dan susunan yang betul, lebih-lebih lagi semasa kanak-kanak berumur lingkungan 3-4 tahun melakukan kerja mereka. Di sini, kami melihat kanak-kanak menyelesaikan kerja mereka secara berseorangan mahupun berkumpulan tanpa menganggu ruang orang lain. Sekiranya terdapat kanak-kanak yang mengambil bahan kanak-kanak lain, guru akan segera menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang baik.
Puan David disokong oleh sekumpulan guru yang terlatih, separuh daripada mereka mempunyai sijil diploma dalam pendidikan awal manakala dua orang guru di situ sedang mengikuti kursus ijazah dalam bidang pendidikan awal. Dari apa yang kami perhatikan, hal ini menjadikan R.E.A.L Kids Bandar Puteri sebagai salah satu tempat yang mempunyai guru berkelulusan diploma paling ramai di kawasan ini.
Kami juga melihat buku teks yang berwarna-warni dan bahan pembelajaran yang unik di R.E.A.L Kids. Kami diberitahu bahawa bahan-bahan ini dihasilkan sendiri oleh pasukan pereka kurikulum di HQ mereka. Oleh kerana R.E.A.L Kids merupakan tadika pertama di Malaysia yang mempraktikkan Multiple Intelligences (MI) pada tahun 2002, mereka terpaksa menghasilkan bahan-bahan pembelajaran sendiri.
Seperti R.E.A.L Kids yang lain, akademik dilengkapkan dengan aktiviti kokurikulum. Kanak-kanak di sini menikmati aktiviti berenang setiap minggu di kolam renang yang disediakan dan juga kelas Taekwondo. Selain itu, terdapat juga sudut MI dan mini perpustakaan disediakan untuk kanak-kanak meneroka dan belajar. Kemahiran hidup turut dipupuk dari kecil. Kanak-kanak diajar untuk menyapu mentega pada roti mereka sendiri dan mereka yang menyertai program lanjutan perlu melipat sendiri selimut mereka selepas tidur. Tadika ini sememangnya sesuai untuk ibu bapa yang inginkan anak mereka membesar menjadi seseorang yang seimbang.