by on 06/01/2022 1152
Sorotan utama |
|
Edu.Robot.Stem, Setapak merupakan jenama pendidikan yang diurus dan diedarkan oleh One Stop Solutions, dan ia mempunyai latar belakangnya yang tersendiri. Ditubuhkan pada 2008, ia mula-mula menawarkan perkhidmatan latihan untuk orang dewasa sahaja. Kiddy123 sempat menemu bual dengan Puan Diana Pamela, yang bersama-sama dengan keluarganya memiliki syarikat itu supaya dapat tahu lebih lanjut tentang permintaan atau demand untuk pendidikan Stem serta Robotik di Malaysia.
Pada 2013, beliau bertemu dengan beberapa individu yang mempunyai akses ke produk robotik dari Korea. Mereka mencadangkan kepada beliau agar membawa masuk produk ini dan mula mengajar kanak-kanak lain juga, selain daripada anaknya seorang. Boleh dikatakan bahawa Puan Diana amat menyenangi idea tersebut, dan pada 2015 dia pun melaksanakannya.
Pada 2013, beliau bertemu dengan beberapa individu yang mempunyai akses ke produk robotik dari Korea. Mereka mencadangkan kepada beliau agar membawa masuk produk ini dan mula mengajar kanak-kanak lain juga, selain daripada anaknya seorang. Boleh dikatakan bahawa Puan Diana amat menyenangi idea tersebut, dan pada 2015 dia pun melaksanakannya.
Selain daripada menjalankan pusat yang mengajar robotik kanak-kanak, Puan Diana, yang juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, memainkan peranan yang cukup penting sejak dahulu di mana beliau dikontrak untuk memperkenalkan dan memberi kesedaran tentang pendidikan Robotik/Stem kepada sekolah-sekolah di negeri Perak. Sehingga sekarang, Edu.Robot.Stem masih gigih menyediakan program dan perkhidmatan kepada sekolah seperti program kokurikulum selepas sekolah, di mana Puan Diana adalah Jurulatih Utama bagi program-program ini.
Bersama-samalah kita selidik istilah 'robotik'.
Puan Diana bersetuju bahawa ramai ibu bapa masih memerlukan lebih banyak kesedaran mengenai robotik, kerana ia bukannya istilah yang difahami ramai. “Robotik dijangka akan menjadi sebahagian penting kehidupan kita, kerana ia juga memainkan peranan dalam Revolusi Perindustrian Ke-4 (Revolusi 4.0 atau IR4). Segala program kini boleh disiapkan untuk berjalan secara automatik, tanpa perlu pengendalian atau pengawalan, yang seterusnya menjimatkan masa, tenaga kerja dan sumber. Selain itu, dengan pelaksanaan Artificial Intelligence (AI) dalam pelbagai segi kehidupan kita, kanak-kanak perlu mendapat pendedahan yang mencukupi kepada pendidikan robotik (atau pendidikan STEM), supaya sentiasa sejejak di hadapan,” jelasnya.
“Cuba kita fikir sendiri - bagaimanakah negera China, contohnya, dapat menjual produk dengan kualiti yang agak baik, pada harga yang sangat rendah? Ini kerana mereka menggunakan robotik sepenuhnya di kilang mereka. Oleh itu, mereka mampu memastikan produksi berjalan 24 jam tanpa pengurusan terperinci, dengan hampir tiada kesilapan manusia, dan juga, tanpa perlu berehat!” sambung beliau, sambil membuka mata kita tentang kepentingan dan kaitan robotik dalam kehidupan, sekarang dan juga di masa depan. Dan itu baru satu contoh sahaja
Industri kami, seperti yang dijelaskan oleh Puan Diana, memerlukan IR4, kerana peningkatan keterkaitan dan automasi pintar memerlukannya. Namun, terdapat jurang yang agak ketara antara industri dan pendidikan kita, dan itulah sebabnya robotik dan/atau pendidikan STEM kini perlu diutamakan. "Objektifnya kini adalah untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam subjek Sains, khususnya pendidikan STEM, dan dengan berbuat demikian, diharapkan bahawa jurang ini dapat dirapatkan."
Dengar sahaja perkataan 'robot', kanak-kanak pasti akan mengaitkannya dengan keseronokan dan permainan. Gambaran mereka agak benar, namun, tanpa disedari, mereka pasti tidak sedar bahawa mereka sedang belajar lebih banyak daripada bermain!
Dalam kelas-kelas robotik Edu.Robot.Stem ini, kanak-kanak dapat membina kemahiran tinggi dalam penyelesaian masalah, di mana ia merupakan dasar robotik. “Dalam semua program kami, sama ada kanak-kanak sedang membina, mereka bentuk, atau mengekod, mereka pasti akan berdepan dengan masalah untuk diselesaikan. Jawapan tidak akan diberi kepada mereka. Sebaliknya, mereka perlu memikirkannya sendiri. Selepas mereka menyelesaikan masalah, kami juga akan mencadangkan beberapa penyelesaian lain untuk mereka, selain daripada penyelesaian yang telah mereka ketemukan sendiri. Dengan cara ini, kami membenarkan mereka menyelidik idea mereka dan mengembangkan kreativiti masing-masing sambil belajar, membina kemahiran motor mereka, mengamalkan kesabaran, dan lain-lain. Dalam lain kata, banyak faedahnya,” jelas Puan Diana.
Semasa pelajar-pelajar sedang meneroka lebih mendalam dalam mencipta, membina dan mengekod dalam robotik, mereka juga dikehendaki membentangkan kerja dan berkongsi hasil projek dengan rakan-rakan mereka. Terdapat projek jenis solo serta projek berkumpulan, dan juga pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang boleh mereka sertai. “Sama ada pelajar menang sesuatu atau tidak, sekurang-kurangnya mereka sentiasa dapat mempelajari sesuatu yang berguna atau penting, yang akan membantu membina lagi kemahiran pemikiran dan juga cara-cara baru untuk menyelesaikan masalah.”
Program di Edu.Robot.Stem termasuk Permainan Pengekodan & Komik (atau Coding Games & Comic untuk umur 5 dan ke atas); Pengekodan Robotik (atau Coding Robotic umur 5 tahun ke atas); Pengekodan dengan Tinkercad ( atau Coding with Tinkercad untuk umur 8 tahun ke atas); Pengekodan Python (atau Coding Python untuk umur 10 dan ke atas); Pengekodan Drone ( atau Coding Drone untuk umur 10 tahun ke atas); dan juga Aplikasi Mudah Alih Pengekodan ( atau Coding Mobile Apps untuk umur 10 tahun ke atas), antara program-program lain yang memberangsangkan.
Tiada sesiapa yang dapat melarikan diri daripada penggunaan robotik di masa depan, seperti yang dijelaskan oleh Puan Diana. “Ia adalah hala tuju teknologi, dan generasi muda kita, melalui pendidikan mereka, perlu menguasainya. Kami di Edu.Robot, Stem bertujuan untuk menarik minat mereka dalam mata pelajaran STEM - Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, menggunakan robotik sebagai daya tarikan. Pengekodan, sebagai contoh, kini sedang digunakan secara meluas merentasi semua industri, daripada pertanian, dan minyak & gas, kepada industri pembuatan dan hampir semua yang lain. “Tidak lama lagi, mereka yang ingin mencari kerja perlu memiliki kemahiran dalam pengekodan supaya diambil kira oleh mana-mana industri. Oleh itu, kita perlu mengakui bahawa ia perlu juga diutamakan dalam pendidikan anak-anak. Melalui pendidikan STEM dan STEAM, sekolah-sekolah kita dan juga tadika-tadika awam telah mula melaksanakannya ke dalam sukatan pelajaran mereka.”
“Kami di Edu.Robot.Stem berharap dapat memberikan lebih pengalaman kepada kanak-kanak sambil menawarkan mereka perjalanan pembelajaran yang menyeronokkan dengan program robotik kami yang dicipta khas untuk minda-minda muda ,” kata Puan Diana sambil mengakhiri perbualannya dengan Kiddy123.