by on 26/10/2020 103
Highlights |
---|
|
Cutie Cottage Baby and Child Care Center & Tadika di Damansara adalah cawangan terbaru jenama penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak yang memenangi pelbagai anugerah ini. Cutie Cottage yang pertama dibuka pada tahun 2010, oleh pengasas dan pengarah Yew Tian Tian.
Pusat Penjagaan Kanak-kanak dan Tadika Lestari di Damansara ini dilengkapi dengan unit untuk bayi pramatang dan perkhidmatan penjagaan bayi selepas bersalin untuk ibu-ibu yang baru melahirkan.
Kira-kira 10 tahun yang lalu, Cik Yew melihat keperluan untuk perkhidmatan penjagaan anak yang berkualiti di Malaysia yang juga menyokong penyusuan badan. Sebagai seorang ibu yang bekerja sendiri, dia merasa susah untuk mencari pengasuh bayi yang terlatih secara profesional yang reti menguruskan susu badan.
Cik Yew, yang merupakan ahli farmasi berdaftar di United Kingdom dan Malaysia, sangat memahami betapa pentingnya standard kualiti dalam soal penjagaan anak. Inilah sebabnya mengapa dia memutuskan untuk menubuhkan Cutie Cottage, sebuah pusat yang mempraktikkan profesionalisme dan ketelusan - sambil bertujuan untuk memperkasakan ibu bapa yang bekerja.
Cutie Cottage berusaha untuk memupuk potensi anak-anak dari usia muda dan memberi mereka penjagaan dan perlindungan yang mereka perlukan semasa tahun-tahun penting ini.
Semua kanak-kanak di sini dihormati dan dilihat sebagai individu yang mempunyai potensi unik yang tersembunyi di dalamnya. Inilah sebabnya mengapa mereka sentiasa mendorong anak-anak mereka untuk meneroka dunia di sekitar mereka melalui bermain dan pengalaman ‘hands-on’.
Di Cutie Cottage, memantau perkembangan kanak-kanak dan pencapaian pembelajaran adalah salah satu kelebihan mereka. Pasukan Cutie Cottage bekerjasama rapat dengan universiti, klinik pediatrik, ahli terapi dan guru pendidikan khas yang terbaik, dalam usaha untuk membantu pelajar yang memerlukan sokongan tambahan.
Dalam program bayi, todler dan tadika mereka, kanak-kanak dilengkapi dengan kemahiran insani yang diperlukan untuk kehidupan yang berjaya dan gembira, dan kemahiran ilmiah yang menjadi asas untuk pengajian selanjutnya.
Untuk program-program baby and tots, anak-anak disediakan menu yang dimasak oleh sekolah yang terdiri daripada ikan premium, telur dan ayam kampung, roti gandum dan buah-buahan. Mereka juga menghidangkan sayur-sayuran organik, tauhu, millet dan quinoa.
Manakala untuk program tadika, Cutie Cottage menyediakan makan tengah hari dari pakar pemakanan berkelayakan yang menyediakan makanan seimbang dengan pelbagai masakan. (Tidak ada menu berulang setiap bulan!) Selain itu, anak-anak diberi makanan pagi dan petang ringan yang disediakan di sekolah.
Keselamatan kanak-kanak menjadi perhatian di Cutie Cottage. Pusat ini melakukan pemeriksaan suhu secara berkala, mempunyai tempat sakit khusus untuk anak-anak, dan memastikan prosedur sanitasi yang terbaik untuk kesihatan anak-anak. Selain itu, pusat ini sangat berhati-hati dengan perabot dan peralatan yang mereka pilih. Sebagai contoh, Cutie Cottage tidak mempunyai buaian bayi untuk keselamatan kanak-kanak. Mereka juga mempunyai kot bayi yang mengikuti piawaian antarabangsa dan cat dinding berkualiti tinggi yang mempunyai sifat anti-bakteria.
Selain itu, untuk menjaga keselamatan anak-anak, pusat ini mempunyai jururawat terlatih dan berkelayakan yang sentiasa bersiap sedia, walaupun anak-anak sedang tidur. Jururawat dan guru di Cutie Cottage dilatih untuk memberikan perkhidmatan penjagaan anak profesional mengikut amalan kesihatan terbaik.
Salah satu tujuan utama Cutie Cottage adalah menjaga ketelusan dengan ibu bapa. Ibu bapa diberi maklumat terkini mengenai kemajuan anak mereka dan akses dalam talian ke rakaman CCTV pusat ini. Cik Yew mahu ibu bapa berasa lega apabila mengetahui bahawa anak-anak mereka berada di dalam persekitaran yang selamat.
Pusat ini juga memberi peluang untuk penglibatan ibu bapa melalui projek sekolah utama yang diturut serta oleh pelajar. Contohnya, pelajar dalam program tadika membuat ’vertical garden’, dengan tanaman yang boleh digunakan untuk memasak. Herba atau sayur-sayuran yang mereka tanam kemudian digunakan untuk menyediakan makanan untuk Cutie Café, di mana ibu bapa boleh mengunjungi kafe dan membeli sesuatu dari menu. Ini bukan sahaja mewujudkan ikatan yang lebih kuat antara anak, sekolah, dan ibu bapa, tetapi juga berfungsi sebagai cara untuk mengajar anak-anak mengenai keusahawanan.
Akhir sekali, Cutie Cottage menganjurkan acara yang menyeronokkan seperti konsert mini tahunan, di mana ibu bapa boleh memainkan peranan dalam aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak mereka (seperti 'pertandingan berpakaian tercantik' untuk bayi dan kanak-kanak!)