by on 09/04/2018 1113
Jika anda tanya soalan ini kepada kanak-kanak di sekolah, rata-ratanya mereka akan menjawab “Tidak.” Maka, setiap pagi adalah satu perjuangan baru untuk ibu bapa mengejutkan anak mereka dari tidur untuk ke sekolah. Cikgu pula akan berhadapan dengan murid-murid yang apabila masuk tengah hari, ramai di kalangan mereka akan hilang minat untuk berada di dalam kelas. Setakat ini, masih belum ada formula yang ideal untuk menyuntik minat pergi ke sekolah di kalangan kanak-kanak, Cranbridge Learning Centre walau bagaimanapun, berjaya membuat murid-murid di situ berminat untuk ke sekolah. Walaupun kanak-kanak di sini terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan latar belakang, mereka tetap berasa selesa dan senang. Pendeknya, kanak-kanak di sini tidak perlu dipaksa untuk menyukai sekolah, mereka akan menyukai sekolah atas usaha mereka sendiri.
Banyak sekolah pada masa kini semakin padat dengan kurikulum. Secara langsung atau tidak ia telah memudaratkan kesihatan kanak-kanak. Berpandukan perspektif ini, Cik Rena Logan, selaku pengetua Cranbridge Learning Centre mengambil langkah yang berbeza. Semangat ini diterjemahkan dalam waktu permulaan persekolahan di CLC. Bunyi loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 10 pagi, memberi pelajar dan ibu bapa peluang untuk berehat dengan lebih lama. Melalui perlaksanaan ini, suasana pagi di CLC adalah kurang sibuk dan kelam-kabut. Pelajar-pelajar boleh belajar dengan selesa. Kadar kehadiran pelajar di CLC adalah tinggi juga.
CLC menawarkan asas kurikulum akademik yang ideal berteraskan kurikulum British, dari sekolah rendah, hinggalah ke aras O-Level dan A-Level. CLC adalah pusat peperiksaan yang dilantik untuk penilaian Edexcel. Pengajaran dan pembelajaran di CLC bukan sekadar contengan dan percakapan, tetapi satu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pelajar melakukan eksplorasi.
Kekuatan Kurikulum di CLC adalah kerana ianya tersusun, mesra kanak-kanak, dan bersifat peribadi serta unik. Pengajaran di CLC memperlihatkan usaha menekankan penggunaan sifat ingin tahu di kalangan murid-murid. Buku-buku bergambar digunakan bagi menyenangkan lagi proses pemahaman subjek yang diajar. Bahasa perantaraan utama adalah bahasa Inggeris, diikuti pengajaran subjek Bahasa Malaysia.
Kurikulum rumah CLC menjangkau jangkaan ibu bapa. Pengajaran di CLC tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah atau di atas muka surat buku-buku teks. Program pendidikan di CLC merangkumi sains sukan, muzik, pembangunan emosi dan sosial. Aktiviti-aktiviti yang dapat menguatkan persaudaraan serta hubungan silaturahim sering dianjurkan. Lawatan ke rumah kebajikan serta rumah orang-orang tua memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk membina perspektif kehidupan yang lebih ideal, selain melatih pelajar berasa lebih yakin dengan diri sendiri. CLC juga menekankan penglibatan keluarga dalam kegiatan pendidikan yang dianjurkan. Jadi, terdapat banyak aktiviti yang melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa dianjurkan dari semasa ke semasa.
CLC adalah contoh terbaik pusat perkembangan yang berjaya menawarkan program-program sedemikian. Cikgu-cikgu yang berpengalaman serta berdedikasi, dan saiz bilik darjah yang kecil, membantu memangkinkan minat kanak-kanak ini untuk belajar.Persekitaran sebegini secara tidak langsung menjadikan CLC sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran yang efektif, selesa dan tersendiri. Pendidikan sokongan akan diberikan kepada sesiapa sahaja di CLC yang memerlukan.
Pada awal penubuhannya, CLC hanya mempunyai beberapa orang kanak-kanak sahaja. Kini, kanak-kanak di CLC terdiri daripada mereka yang datang dari pelbagai negara, seperti Sri Lanka, Bangladesh, India, Afrika, Russia, Philippines dan Pakistan. Kepelbagaian bukanlah penghalang untuk kanak-kanak di CLC bersatu dan meraikan perbezaan. Berpegangkan kepada perspektif dan visi yang lebih global, pelajar-pelajar di CLC tidak akan mempunyai masalah untuk berasimilasi. Mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi gelombang globalisasi.
Waktu makan di CLC bukan hanya waktu makan semata-mata. Melalui waktu makan, kanak-kanak dapat belajar adab-adab makan, selain belajar memikul tanggungjawab dan hal-hal berkaitan sosialisasi.
Walaupun saiz premis CLC tidaklah besar, tetapi kandungan kurikulum, serta visi CLC tidak mempunyai sempadan. Pencapaian pelajar diberi penekanan. CLC memaparkan rekod cemerlang di mana pelajar-pelajar mereka berjaya dalam Edexcel English dan peperiksaan ekonomi. Program-program yang seimbang telah ditulis berteraskan minat dan kreativiti pelajar-pelajar. Di sini, pelajar sentiasa diberi peluang untuk menceburi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. CLC berpegang kepada falsafah “Semua kanak-kanak boleh dan akan belajar.” Maka setiap kanak-kanak di situ akan diberi ruang dan peluang untuk melakukan eksplorasi untuk terus belajar. Melalui usaha ini, kanak-kanak yang keluar dari CLC bukan sahaja seorang murid yang cemerlang, tetapi seorang manusia yang bertanggungjawab dan sivik.