by on 16/01/2020 1317
Ibu bapa pasti tidak jemu untuk memikirkan tentang pendidikan anak-anak mereka, dan sudah tentunya mereka berhak untuk mengambil berat tentangnya. Lagipun, dalam era sains dan teknologi yang sentiasa mengalami perubahan ini, kehidupan kanak-kanak moden agak mencabar dengan pelbagai pengalaman pendidikan yang perlu mereka lalui. Walaupun kebanyakan ibu bapa sedar akan kepentingan prestasi akademik anak-anak mereka di sekolah, dan mereka mungkin juga khuatir jika anak mereka ketinggalan dalam pelajaran, namun ibu bapa hari ini juga peka kepada kepentingan perkembangan personaliti dan kemahiran bahasa anak mereka - kesemuanya amat penting untuk perkembangan lengkap kanak-kanak.
Ibu bapa pasti tidak jemu untuk memikirkan tentang pendidikan anak-anak mereka, dan sudah tentunya mereka berhak untuk mengambil berat tentangnya. Lagipun, dalam era sains dan teknologi yang sentiasa mengalami perubahan ini, kehidupan kanak-kanak moden agak mencabar dengan pelbagai pengalaman pendidikan yang perlu mereka lalui. Walaupun kebanyakan ibu bapa sedar akan kepentingan prestasi akademik anak-anak mereka di sekolah, dan mereka mungkin juga khuatir jika anak mereka ketinggalan dalam pelajaran, namun ibu bapa hari ini juga peka kepada kepentingan perkembangan personaliti dan kemahiran bahasa anak mereka - kesemuanya amat penting untuk perkembangan lengkap kanak-kanak.
Kiddy123 baru-baru ini bertemu dengan Puan Sylaja dari Brain Carve, Program Pembangunan Minda (Whole Brain Development) yang dibawa dari luar negara, untuk mengetahui pendapat beliau tentang keperluan pembelajaran anak-anak hari ini dari segi pengayaan dan rangsangan, dan juga bagaimana mereka dapat menanam sikap gemar membelajar untuk seumur hidup.
Berkedudukan strategik berdekatan dengan Main Place Subang Jaya, pusat Brain Carve, yang berada di tingkat satu sebuah bangunan komersial bersuasana ringkas namun ceria dan kondusif sekali. “Cawangan pertama kami di Kota Kemuning dibuka kira-kira enam bulan yang lalu. Ini adalah cawangan kami yang kedua, dan ia juga merupakan Ibu Pejabat kami,” jelas Madam Sylaja.
Brain Carve merupakan sesuatu program perkembangan minda yang direka khas untuk kanak-kanak berumur antara 5-16 tahun. Ia sebenarnya program 6 dalam 1 yang menekankan kemahiran Matematik serta Perkembangan Personaliti - dua jenis pengayaan yang amat relevan dan diperlukan kanak-kanak hari ini untuk maju ke depan. Enam program yang ditawarkan di Brain Carve, yang merangkumi pelbagai aspek Pembangunan Minda keseluruhannya adalah:
Mathematik: 1. Magic Fingers; 2. Abacus (Mental Arithmetic); 3. Vedic Math
Perkembangan personaliti: 4. Thinking Techniques; 5. Win in 60 Seconds; 6. Memory Techniques
Industri pendidikan hari ini amat menekan pada mutu serta keputusan dalam pengajaran. Para ibu bapa juga mengakui akan peranan kelas-kelas pengayaan aritmetik yang termasuk kemahiran kiraan laju, untuk masa depan yang lebih cerah bagi anak-anak mereka. Nyata sekali bahawa perkerjaan-perkerjaan berpangkat serta bergaji tinggi kini mengutamakan sijil-sijil kemahiran aritmatik yang mengagumkan. Lagi pun, kemahiran aritmetik yang tinggi dikaitkan dengan daya pemikiran yang tajam serta keupayaan untuk menyelesaikan masalah dengan lebih cekap.
Komponen Matematik yang ditawarkan di Brain Carve merupakan sebuah program yang amat menyeronokkan di mana ia bertujuan untuk menanamkan sikap minat kepada matapelajaran tersebut, di mana ia membolehkan mereka mengasah kemahiran matematik mereka dan juga membolehkan mereka mengira dengan lebih cekap. Maklumlah, tidak kira umur, matematik adalah sesuatu yang sama ada amat diminati atau amat menyakitkan otak - terpulanglah pada pendirian dan sikap kita masing-masing. Matlamat Brain Carve adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak yang menghadiri kelas ini muncul jauh lebih yakin dengan kebolehan-kebolehan mereka untuk menyelesaikan apa sahaja soalan matematik dengan cekap.
Program Magic Fingers, seperti dijelaskan oleh Madam Sylaja, mendedahkan anak-anak kepada kemahiran pengiraan yang cepat, cekap dan mudah dengan menggunakan 10 jari mereka untuk menambah dan menolak mana-mana nombor antara 1-99. Teknik ini juga berkesan untuk merangsang otak kanan mereka pada masa yang sama.
Program Abacus yang ditawarkan di Brain Carve membantu kanak-kanak memperoleh kemahiran aritmetik mental yang pasti amat berguna sepanjang alam persekolahan mereka dan juga untuk seluruh hayat mereka. Kanak-kanak akan mula belajar menggunakan abacus dalam bentuk fizikal, dan kemudiannya, mereka akan belajar melakukan aritmetik mental dengan menggambarkan alat abakus tersebut dalam minda mereka.
Vedic Math pula merupakan program yang mengajar anak-anak untuk menyelesaikan masalah matematik menggunakan corak-corak penyelesaian tertentu, sehingga mereka dapat menyelesaikan soalan matematik dengan mudah dan cekap. Pernahkah anda cuba menghafal formula matematik tanpa memahaminya dengan baik? Mujurlah, anak anda tidak perlu melalui pengalaman yang sama, kerana melalui program matematik yang unik ini, kanak-kanak mendapat mempelajari pelbagai formula matematik dengan sempurna, dan juga memahaminya dengan lebih mendalam.
Perkembangan keseluruhan kanak-kanak tidak semestinya bergantung hanya pada gred persekolahan yang baik, tetapi juga harus bertumpu kepada kemahiran-kemahiran lain seperti pemikiran rasional, keupayaan untuk mengekspresikan diri, kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah harian, dan sebagainya. Mereka juga harus diberi peluang untuk menghayati keseronokan alam kanak-kanak sambil belajar. Di sinilah terserlahnya keistimewaan program perkembangan personaliti (Personality Development) di pusat Brain Carve. "Kami ingin menumpukan kepada perkembangan penuh minda kanak-kanak, dan bukan semata-matanya kepada kebolehan akademik mereka," kata puan Sylaja secara sungguh-sungguh.
Program Personality Development di Brain Carve merangkumi Thinking Techniques (Teknik Pemikiran); Memory Techniques (Teknik Memori) serta program unik dan menarik yang dinamakan Win In 60 Seconds.
Melalui program Thinking Techniques, kanak-kanak belajar mengunakan minda masing-masing untuk berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan juga untuk mengekspresikan diri mereka dengan cara-cara yang lebih kreatif dan bermakna supaya mereka dapat menjalani alam pendidikan dan persekolahan yang lebih menyeronokkan. Program Memory Techniques pula melatih daya pengingatan kanak-kanak supaya lebih kuat, di mana ia juga merupakan kemahiran yang amat berharga dalam alam pekerjaan pada masa kini.
Dalam segmen Win In 60 Seconds, kanak-kanak dikehendaki menyampaikan berita, mesej, cerita pendek dan sebagainya, mengikut topik yang dipilih, dalam jangkamasa seminit sahaja. “Memadangkan kanak-kanak hanya mempunyai 60 saat sahaja untuk membereskan tugas ini, mereka tidak mempunyai masa untuk bermalu-malu, gagap atau teragak-agak. Melalui kaedah pembelajaran yang unik ini, terdapat kanak-kanak yang tidak sangka yang mereka dapat melakukannya. Malah, ada yang terkejut dengan keupayaan mereka sendiri untuk bersuara di depan murid-murid lain. Mereka yang amat pemalu pun akhirnya menjadi berani dan senang bersuara.
Kesukaran untuk menguruskan masa untuk kelas-kelas pengayaan yang berbeza bagi anak mereka adalah masalah yang biasa dihadapi oleh kalangan keluarga-keluarga moden. Sebabnya ialah, kelas abacus mungkin diajar di satu pusat, manakala kelas vedic math pula di pusat lain, dan sebagainya. Di sini terserlahnya kelebihan Brain Carve, kerana semuanya terdapat di bawah satu bumbung! Ibu bapa lebih senang dan anak-anak pun lebih seronok membelajar!
Terdapat juga pusat-pusat pengayaan yang sering ‘menyumbatkan’ otak kanak-kanak dengan pelbagai informasi dan fakta, dan juga memberikan mereka kerja-kerja rumah untuk dibereskan tanpa mengambil kira sama ada kanak-kanak berkenaan faham atau tidak akan pelajarannya itu. Di Brain Carve pula, fokusnya adalah untuk mengajar kanak-kanak teknik-taknik untuk menyelesaikan masalah dan soalan dengan cekap dan mudah, selain memastikan kanak-kanak memahami apa yang diajar. “Sudah tentunya kami akan memberikan sedikit kerja rumah supaya kanak-kanak dapat berlatih dengan sendiri, tetapi kami juga akan memastikan bahawa kanak-kanak memahami tugas yang diberikan.
Program Fun English
Carve Brain juga menawarkan program Fun English, yang memberi tumpuan kepada Membaca, Menulis, Mendengar dan Bercakap dalam Bahasa Inggeris untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran di pusatnya.