by on 27/11/2017 430 239
Sebaik sahaja kanak-kanak melangkah masuk ke dalam The children’s house TTDI, dia telah memasuki sebuah dunia yang indah, teratur dan kemas. Kanak-kanak boleh meneroka persekitaran pendidikan berstruktur yang telah direka dengan teliti ini secara bebas. Setiap objek, huruf atau nombor direka dengan tujuan yang tertentu. Setiap manik, silinder bertombol, skittle dsb disusun di tempat yang tertentu dengan teratur. Semua ini diletak pada paras ketinggian yang sesuai untuk kanak-kanak. Inilah dunia Montessori The children’s house!
Lembaran kerja digunakan untuk menggantikan buku teks dan pembelajaran amali (hands-on learning) diamalkan di sini. Sebagai contoh, dalam Number Work (kemahiran matematik), kanak-kanak berlatih dengan menggunakan peralatan matematik kreatif yang membantu mereka memahami konsep abstrak seperti geometri dan penjujukan (sequencing). Aunty akan membuat demonstrasi dan membimbing kanak-kanak terlebih dahulu. Kemudian, aunty akan membiarkan kanak-kanak berlatih dengan peralatan itu sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak akan terlibat dengan aktif dalam proses pembelajaran tersebut.
Dalam Practical Life Skills (kemahiran hidup praktikal), kanak-kanak akan dibimbing dari segi komunikasi dan kelakuan yang positif. Pertuturan yang sopan dan tingkah laku yang berbudi bahasa adalah aspek yang diberi tumpuan dalam pelajaran harian untuk membantu kanak-kanak mengurus emosi mereka dengan lebih baik, bergaul dan berkomunikasi dengan efektif.
Dalam pengajaran bahasa, kanak-kanak dibimbing dalam aspek perbendaharaan kata dan kemudiannya digalakkan untuk banyakkan bercerita dan membaca. Aktiviti pengajaran, pembelajaran dan bermain akan diseimbangkan untuk mencapai perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi yang optimum.
The children’s house TTDI menawarkan Toddlers’ Programme untuk anak kecil berumur 18 bulan hingga 2 ½ tahun (9am – 12pm), Nursery Programme untuk anak kecil berumur 2 ½ hingga 3 ½ tahun (9am – 12.30pm) dan Kindergarten Programme untuk anak kecil berumur 3 ½ hingga 4 ½ tahun (9am – 1pm) serta 4 ½ hingga 6 tahun (9am – 1pm). The children’s house TTDI turut melanjutkan masa persekolahan hingga pukul 3pm dan aktiviti kokurikulum seperti ucapan dan drama, taekwondo, Kindermusik, seni serta kelas tambahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin ditawarkan.
Comments