Epsom College in Malaysia, KLIA
Kiddy123 Frame
Little Angel Kindergarten
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
Small Wonder Malaysia
The children's house

Tadika dan Prasekolah Terbaik di Bandar Puteri, Puchong (2023)

by on 09/02/2018 18418

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 12 April 2024.

Kiddy123 mendapati bahawa ibu bapa di Puchong sangat aktif dalam menyemak maklumat di laman web kami. Oleh itu, kami telah memutuskan untuk memenuhi soalan yang sering ditanya oleh ibu bapa: "Apakah tadika yang baik di kawasan saya?"

Artikel ini akan memberi perhatian khusus kepada prasekolah di Bandar Puteri. Bandar yang ramai ini penuh dengan pilihan prasekolah dengan kebaikan mereka sendiri yang pasti akan disukai oleh ibu bapa untuk menyesuaikan dengan jadual mereka. Dari pendekatan Montessori ke metodologi Brain Training, semestinya ada sesuatu untuk setiap anak kecil memulakan perjalanan pendidikan awal mereka.

 

Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Taman Puchong Utama Tadika dan Prasekolah Terbaik di Puchong Jaya & Pusat Bandar Puchong

 

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


Beyond Kids Montessori, Bandar Puteri Puchong adalah sebuah tadika yang menyediakan asas pendidikan kanak-kanak dengan penuh teliti, kasih sayang dan dedikasi. Seperti kata-kata Maria Montessori, 6 tahun pertama kanak-kanak adalah paling kritikal untuk pembentukan kebijaksanaan dan personaliti mereka. Di Beyond Kids Montessori, mereka memahami kepentingan tahun tahun pembentukan ini dan mereka berusaha untuk memberikan persekitaran yang merangsang dan penuh kasih sayang untuk kanak-kanak belajar dan membesar.

Kurikulum dan program di Beyond Kids Montessori dirancang dan dikoordinasi dengan sangat baik. Ia bermula dengan Program Toddler untuk kanak-kanak berusia 2 tahun, hinggalah Program Kindergarten untuk mereka yang berusia 5 dan 6 tahun. Kurikulum di sini dipandu oleh silibus sekolah rendah (KSSR) agar si kecil bersedia untuk ke sekolah rendah nanti. Selain itu, Beyond Kids Montessori juga menawarkan perkhidmatan penjagaan selepas sekolah untuk si kecil 2 hingga 6 tahun. Perkhidmatan istimewa “Back Up and Drop-In Care” juga disediakan untuk keluarga yang tinggal berdekatan dan mahukan penjagaan yang selamat, berkualiti dan menyediakan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk anak-anak mereka apabila diperlukan.

Beyond Kids Montessori, Bandar Puteri Puchong

No. 36 & 38, Jalan Puteri 10/11, Bandar Puteri, Puchong, Selangor 47100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Walaupun Tadika H'Apples masih muda dan baru, ia mencerminkan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam pendidikan dari pengasas utama, Cik Heng. Sekolah ini beroperasi di sebuah bangunan khusus di persekitaran yang kondusif dan bersih, dan dibina dengan teliti untuk menempatkan program prasekolah H'Apples untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun. H'Apples mengambil konsep pendidikan moden dengan serius: program yang sesuai mengikut usia, pendekatan berasaskan aktiviti, “learn to learn”, perhatian untuk membangunkan minat dan kemahuan kanak-kanak, “student-centred instruction” dan pembelajaran yang menyeronokkan. Kurikulum teras terdiri daripada gabungan amalan terbaik yang diambil dari pendidikan Montessori, “learning corners”, kurikulum bersepadu, pembelajaran pengalaman dan pembelajaran berasaskan projek. Ini berkesan untuk mempromosikan pembelajaran peribadi, kreativiti, penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal. Aktiviti-aktiviti ekstra kurikulum, program pengayaan, lawatan, peluang untuk melakukan persembahan, keseimbangan pembelajaran dalaman dan luaran, dan program cuti sekolah berfungsi untuk menjadikan pelajar terlibat secara menyeluruh dalam pembelajaran mereka. .

 

Baca Selanjutnya

H'Apples Kindergarten, The Cube @ Bandar Puteri Puchong

No. 15, Jalan Puteri 7/13A, Bandar Puteri, Puchong, Selangor 47100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


InspiraSeed Preschool, Bandar Puteri, Puchong

Tidak pernah ada detik yang membosankan di InspiraSeed Kindergarten, Bandar Puteri, Puchong. Kesemua aspek pembelajaran di sini bertumpu kepada memenuhi rasa ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak, merangsang minat mereka dan memastikan mereka masih dapat menimba ilmu walaupun ketika bermain. Pembelajaran bukan sahaja di dalam kelas, tetapi proses ini boleh berlangsung di mana sahaja pada bila-bila masa. Kanak-kanak belajar untuk mengamati persekitaran, menanya soalan, dan membuat penemuan mereka sendiri. Mereka menggunakan semua deria untuk memahami dunia sekeliling mereka. Mereka juga dapat mendekati alam sekitar semasa aktiviti luar seperti memeriksa habitat serangga dan belajar tentang flora dan tumbuh-tumbuhan sambil menikmati udara segar. Atas kepelbagaian persekitaran pembelajaran ini, kanak-kanak dapat membina kreativiti, semangat berdikari, serta keyakinan mereka.

 

Baca Selanjutnya

InspiraSeed Kindergarten, Bandar Puteri, Puchong

No. 1, Jalan Puteri 12/17, Bandar Puteri 12, Bandar Puteri, Puchong, Selangor 47100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kinder Koala Preschool, Bandar Puteri Puchong mencerminkan sifat pendidikan yang sentiasa berubah. Ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai Kids Academy, Kinder Koala kini merupakan sebahagian daripada kumpulan pendidikan yang menawarkan pengalaman pendidikan prasekolah yang komprehensif, kelas atas talian dan juga kelas berenang. Pengasasnya, duo yang bersemangat telah mendapat inspirasi daripada amalan terbaik pendidikan awal kanak-kanak serata dunia dan beraspirasi untuk memberikan kualiti yang sama kepada kanak-kanak dalam komuniti tempatan dengan memupuk minda mereka yang muda dengan program inovatif tersebut.

Kinder Koala percaya bahawa pendidikan awal adalah asas kepada kejayaan sepanjang hayat. Pelbagai program yang ditawarkan di Kinder Koala telah dipilih dengan rapi untuk mendidik kanak-kanak secara menyeluruh. Program yang menarik di sini termasuklah pendidikan imersif tiga bahasa (Little Learners Love Literacy program dari Australia), Matematik Singapura, program FasTracKids, kaedah Reggio Emilia, pendidikan S.T.E.M. menggunakan permainan pendidikan German Hape, Robotik, Forest School dan Pembelajaran Sosial-Emosi.

Baca Selanjutnya

Kinder Koala Preschool, Bandar Puteri Puchong (Formerly known as Kids Academy)

No. 1, Jalan Puteri 10/2, Bandar Puteri, Puchong, Selangor 47100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Melody Kindyland, The Cube @ Bandar Puteri Puchong menawarkan pendidikan awal dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak kepada kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Sekolah ini bertempat di dalam bangunan 3 tingkat dan mempunyai persekitaran yang dirancang dengan baik bagi menyokong keperluan progresif anak-anak ketika mereka membesar.

Salah satu komponen yang paling menonjol dalam program yang ditawarkan di prasekolah ini adalah pembelajaran abad ke-21. Ia menggabungkan kandungan STREAM (Sains, Teknologi, Membaca, Kejuruteraan, Seni dan Matematik), pembelajaran berasaskan projek, pengajaran berasaskan ‘guided discovery’ dan pengembangan pelbagai kecerdasan untuk membantu kanak-kanak memperoleh bukan hanya pengetahuan tetapi juga kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju di masa depan.

Guru menggunakan gabungan pendekatan pendidikan awal kanak-kanak terbaik untuk mengasuh kanak-kanak secara holistik - intelektual, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Selama bertahun-tahun, kurikulum disini telah berkembang menjadi kurikulum yang menitik beratkan masa hadapan, melahirkan anak-anak dengan asas yang kukuh yang dapat mereka gunakan apabila meningkat dewasa.

 

Baca Selanjutnya

Melody Kindyland, The Cube @ Bandar Puteri Puchong

No. 11, The Cube, Jalan Puteri 7/13A, Bandar Puteri, Puchong, Selangor 47100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


PPeiKen Mandarin-English Preschool, Bandar Puteri Puchong, mempunyai visi tentang sebuah dunia di mana pelajarnya adalah anak muda yang sentiasa mempunyai motivasi dan berinovasi dan berdaya saing secara global untuk memberi impak positif di dalam dunia ini. Oleh itu, prasekolah ini menjadikan misi mereka untuk mencipta sebuah persekitaran yang menyokong agar pelajar dapat membina asas kukuh dalam Bahasa Mandarin dan Inggeris, serta pengetahuan dan kemahiran agar mereka dapat memberi sumbangan berharga tidak kira apa saja bidang yang diceburi mereka di masa hadapan. Dirangka khas untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 6 tahun, PeiKen Mandarin-English Preschool menggunakan kurikulum Beaconhouse Early Years yang direka untuk menggalakkan pelajar untuk mengembangkan pemahaman mereka tentang dunia sekeliling mereka melalui kaedah pembelajaran aktif berdasarkan inkuiri

Baca Selanjutnya

PeiKen Mandarin-English Preschool (by Beaconhouse), Bandar Puteri Puchong

No 1, Jalan Puteri 10/17, Bandar Puteri, Puchong, Selangor 47100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Cik Esther, pengetua Q Garden, adalah sopan dalam percakapan dan kelihatan seolah-olah tiada apa yang boleh mengganggu sikap tenang dan sabarnya. Walau bagaimanapun, dia sememangnya pendidik peringkat awal kanak-kanak yang bersemangat. Dia bekerja keras dan memastikan kelasnya kecil agar semua pelajarnya memahami pelajaran mereka dengan baik. Terdapat juga kelas tambahan untuk subjek seperti Bahasa Inggeris dan Cina di mana pelajar diberi perhatian secara individu untuk meningkatkan bacaan dan pengetahuan bahasa mereka. Bagi ibu bapa yang ingin anak-anak mereka mendapat nilai tambahan, Q Garden mempunyai kelas perkembangan seperti Aritmetik Mental, piano, seni & kraf dan Taekwondo.

Cik Esther menggunakan pendekatan tematik dalam pengajaran. Ini bermakna bidang kurikulum disepadukan dengan tema, sebagai contoh, tema haiwan atau tema pengangkutan. Dengan menggunakan kaedah ini, pembelajaran menjadi lebih semula jadi kerana mewujudkan hubungan yang dipercayai adalah cara terbaik bagi kanak-kanak belajar. Testimoni dari ibu bapa pelajar tentang kemajuan anak-anak mereka mengesahkan bahawa kaedah pengajaran Cik Esther berkesan.

 

Baca Selanjutnya

Q Garden (Tadika Sri Kaliber), Bandar Puteri Puchong

No. 2, Jalan Puteri 6/6, Bandar Puteri, Puchong, Selangor 47100
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.