on 07/02/2018 2780
R.E.A.L Kids, atau dahulunya dikenali sebagai Child Enrichment Centre (CEC) ditubuhkan pada tahun 1996. Kini, R.E.A.L Kids merupakan salah satu rantaian tadika terbesar yang dikendalikan sendiri oleh pemiliknya dengan lebih 30 pusat dan 5,000 pelajar di seluruh negara. R.E.A.L Kids juga merupakan perintis dalam mengamalkan pendekatan Multiple Intelligences (diasaskan oleh Dr. Howard Gardner) di Malaysia.
R.E.A.L Kids Setia EcoHill menawarkan sesi pembelajaran dan aktiviti kokurikulum melalui program R.E.A.L Kids Plus yang mengandungi kurikulum terperinci berdasarkan falsafah baru ‘R.E.A.L Kids Learning Journey'. Pusat ini yang bertempat di bangunan Club 360°, bandar Setia EcoHill Semenyih, Selangor menawarkan kemudahan seperti kolam renang, gim, bilik multimedia, bilik muzik, perpustakaan, taman permainan, dan kawasan kulinari.
R.E.A.L Kids Learning Journey merupakan kurikulum yang direka khas untuk memberi keutamaan kepada para pelajar. Kurikulum ini memberi fokus kepada 6 sisi pembelajaran iaitu:
R.E.A.L Kids menawarkan program yang melibatkan perkembangan karakter, kemahiran hidup, aktiviti dan cerita yang menarik bertujuan untuk membantu pelajar mengukuhkan kemahiran sosial, pemikiran kreatif dan kritikal, membuat keputusan yang beretika, penyelesaian konflik dan keyakinan diri. Program-program ini sarat dengan peluang untuk menggalakkan kanak-kanak belajar dan mengamalkan nilai positif yang mampu membantu mereka dalam kehidupan seharian.
R.E.A.L Kids memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina kemahiran asas bahasa dan literasi seperti mendengar dan bercakap menerusi program holistik yang komprehensif. Program ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak terhadap pelbagai bunyi, perkataan serta makna dan penggunaannya.
Guru-guru kami berdedikasi untuk membantu kanak-kanak memperbaiki kemahiran membaca dan linguistik serta menyediakan mereka untuk sesi persekolahan menerusi teknik interaktif seperti penceritaan semula sesuatu kisah atau peristiwaMs. Vivian Choe, Pengetua Senior R.E.A.L Kids Setia EcoHill
Pelajar di R.E.A.L Kids turut diberi pendedahan kepada pembelajaran STEM yang membina pemikiran kritikal dan kreatif, penyelesaian masalah dan kemahiran teknologi digital melalui aktiviti seperti seni kulinari, robotik LEGO dan lain-lain lagi. R.E.A.L Learning Journey menggunakan pembelajaran STEM yang menyuntik rasa ingin tahu kanak-kanak dan menyediakan platform bagi mereka untuk terlibat secara aktif dalam sesi pembelajaran seterusnya menjadi asas kepada pembelajaran yang kukuh pada masa akan datang.
R.E.A.L Learning Journey juga memberi penekanan kepada perkembangan diri kanak-kanak termasuk fizikal, mental, sosial dan kesejahteraan emosi. Oleh itu, kanak-kanak dididik untuk mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sifat-sifat yang diperlukan bagi tujuan ini. Mereka juga dapat belajar untuk menyayangi diri sendiri serta membina keyakinan seterusnya meningkatkan potensi mereka untuk belajar.
Kanak-kanak mempunyai karakter tersendiri yang unik dan berinteraksi dengan pelbagai cara. Mereka tidak terkecuali dalam keinginan untuk menjadi sebahagian daripada sesebuah kumpulan. Hal ini mendorong mereka untuk membina diri sebagai individu dan ahli komuniti. Di R.E.A.L Kids, kanak-kanak dapat memupuk semangat kekitaan melalui pelbagai aktiviti yang mampu menggalakkan pembangunan komuniti. Kanak-kanak akan menjadi lebih penyayang, penuh rasa hormat dan saling membantu di antara satu sama lain.
Seni ekpresi seperti seni kreatif dan rekaan, tarian, drama serta muzik sangat penting dalam memupuk minat kreatif kanak-kanak. Di R.E.A.L Kids, kanak-kanak diberi platfom yang sesuai untuk mengasah bakat dan kemahiran mereka. Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga diberi galakan untuk meneroka dan bermain dengan pelbagai bahan untuk membantu mereka menjadi lebih kreatif dan berdaya imaginasi tinggi.
Ditubuhkan pada tahun 1986, R.E.A.L Kids merupakan sebahagian daripada kumpulan R.E.A.L Education Group (ahli Paramount Education) dan salah sebuah pra-sekolah yang dikendalikan pemilik terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 30 buah pusat di seluruh negara. Semua pusat R.E.A.L Kids menyediakan program sepenuh hari (8.00AM- 3.30PM) termasuklah kelas pengayaan dan aktiviti ko-kurikulum. Ini melengkapkan kurikulum yang holistik yang menawarkan silibus kebangsaan dan antarabangsa. Program lebih masa juga disediakan untuk membantu ibu bapa yang sibuk dan berkerja. Untuk Pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-5631 8000 atau lawati laman web www.realkids.edu.my dan halaman facebook REAL.Kids.Malaysia
Untuk info lebih lanjut tentang R.E.A.L Kids Setia EcoHill, sila hubungi 017-201 4900 atau e-mel setiaecohill@realkids.edu.my