by on 12/11/2019 787 79
Terletak di kawasan tumpuan utama di Petaling Jaya, Prasekolah dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak Antarabangsa Lil Faculty dengan strategiknya bertempat di pusat jualan runcit yang baik pengudaraannya—The Curve, Mutiara Damansara. Selepas selesai temu bual saya dengan Cik Joey Lim, Pengurus Operasi Lil Faculty, saya mendapati para pelajar di sini diajar untuk menjadi pelajar sepanjang hayat berbanding hanya semata-mata untuk tujuan vokasional. Apabila sekolah ini diasaskan pada 2005, hanya sebilangan kecil prasekolah sahaja yang tersedia. Lil Faculty bergabung dengan Lil Baby Haus (perkhidmatan penjagaan harian) dan Mandarin Lighthouse (program prasekolah) untuk menawarkan asas kukuh bagi perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran awal. Oleh itu, Prasekolah dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak Antarabangsa Lil Faculty di The Curve mengalu-alukan bayi dan pelajar semuda 3 bulan hingga 6 tahun.
Lil Faculty mengguna pakai kurikulum Montessori secara lengkap untuk menyediakan pelajar dengan pengalaman belajar melalui pembelajaran berasaskan bermain, latihan sensori, bahasa, huruf dan mengadun perkataan, sains, matematik, kesedaran kebudayaan, sejarah dan kesenian serta muzik. Oleh sebab Montessori ialah kaedah pendidikan berpusatkan kanak-kanak yang melibatkan aktiviti berorientasikan kanak-kanak, semua aspek pembelajaran ini adalah penting (dan terbukti berkesan!) untuk perkembangan awal kanak-kanak. Perjalanan pembelajaran kanak-kanak bermula sebaik sahaja mereka mendaftar di Lil Faculty, iaitu dari 3 bulan hingga 6 tahun. Persediaan tadika ini membantu mereka bersedia dengan lebih baik untuk pendidikan mereka seterusnya. Para pelajar diajar menggunakan blok pembelajaran untuk mengaktifkan daya imaginasi dan pemikiran kreatif mereka. Terdapat ruang pembelajaran yang dikhususkan untuk pelajar, bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Rombongan lawatan sambil belajar juga merupakan sebahagian penting pembelajaran interaktif bagi para pelajar. Mereka dibawa ke Zoo Nasional, akuarium, ladang dan muzium antara lain, untuk membangkitkan rasa ingin tahu mereka sambil merangsang kemahiran mereka membuat pemerhatian dan penerokaan.
Lil Faculty direka bentuk sebegitu rupa sehingga persekitaran dalamannya menjadi menarik dan tersusun baik untuk kanak-kanak prasekolah. Oleh sebab dimensi ruangnya yang luas, akan terdapat beberapa aktiviti disusun atur pada masa yang sama untuk memanfaatkan ruang sepenuhnya. Susun atur bilik yang besar ini akan membolehkan pelaksanaan aktiviti yang menggabungkan pelajar pada tahap usia berbeza bagi membantu mengembangkan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Lil Faculty juga mempunyai reka bentuk tandas prasekolah (iaitu kelengkapan berketinggian kanak-kanak). Kanak-kanak dalam suasana Montessori ini diajar pelbagai kemahiran penting, seperti mempunyai pegangan pensel yang baik, cara makan dan tabiat berjalan yang betul, malah latihan buang air secara berkesan!
Lil Faculty menawarkan program separuh hari dan harian penuh, yang memberi peluang kepada ibu bapa membuat permintaan khas untuk anak-anak mereka, seperti makan tengah hari terlebih dahulu sebelum balik ke rumah bagi mereka yang mendaftar ke program separuh hari. Kelas tambahan juga ditawarkan di sini, tetapi hanya untuk kelas Mandarin (usia 3 hingga 6 tahun). Pengajaran Mandarin akan diperkenalkan kepada kanak-kanak pada usia 3 tahun, dan apabila mencapai usia 4 tahun, sukatannya akan lebih tinggi untuk membantu mereka bersedia untuk pendidikan Tahun 1. Prasekolah ini mengguna pakai program dwibahasa Mandarin-Inggeris, dengan bahasa Inggeris diajar antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, manakala bagi mereka yang memilih untuk ke kelas tambahan, mereka akan diajar Mandarin kemudian pada sebelah petang. Selain rakyat tempatan, Prasekolah Antarabangsa Lil Faculty juga melanjutkan program tuisyennya untuk pelajar antarabangsa.
Di Lil Faculty, aktiviti buat sendiri (DIY) digalakkan untuk mengembangkan kemahiran motor halus kanak-kanak dan membuat mereka berasa lebih hidup (baca: tidak terhad kepada cara konvensional). Aktiviti ini termasuklah seni dan kraf, serta konsert dan pertunjukan, semuanya mampu untuk mempromosikan pelbagai jenis kemahiran penting untuk kanak-kanak. Contohnya, konsert di Lil Faculty didatangkan dengan kostum buatan sendiri. Membuat kostum buatan sendiri memerlukan pencarian ilham, justeru merangsang kreativiti kanak-kanak.
Selain itu, para guru dan pengasuh di Lil Faculty mempunyai pengalaman luas dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak. Mereka berpengalaman mengendalikan bayi kecil dan kanak-kanak, serta mempunyai ciri perwatakan yang baik, seperti prihatin, keibuan, mesra, lembut, sangat berjaga-jaga dan sabar terhadap kanak-kanak. Mereka juga didedahkan dengan rancangan mengajar, aktiviti, prosedur kesihatan dan prosedur keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan operasi berjalan lancar. Tambahan lagi, Lil Faculty dilengkapi dengan televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mengawasi kanak-kanak. Oleh sebab kanak-kanak di prasekolah ini meluangkan kebanyakan masa dalam persekitaran tertutup, terdapat satu lagi ciri tambahan, iaitu setiap bilik mempunyai dua pintu—setiap satu bersambung dengan yang satu lagi—menuju ke ruang depan utama. Keadaan ini menyediakan dua laluan menyelamatkan diri semasa kecemasan dan kebakaran. Sangat menjamin keselamatan!
Tanpa keraguan, Lil Faculty meletakkan penekanan seimbang kepada kedua-dua kemahiran akademik dan bukan akademik kerana kedua-duanya penting untuk kanak-kanak prasekolah di sini. Lebih banyak bukti menunjukkan kemahiran bukan akademik ialah perkara yang mengukuhkan kemahiran sosial dan hidup kanak-kanak. Namun begitu, terdapat piawaian lebih tinggi untuk masa depan kanak-kanak disebabkan kurikulum nasional yang lebih tegar dan ketat. Oleh itu, Lil Faculty mengutamakan keputusan pembelajaran akademik kanak-kanak bagi mencapai kejayaan akademik supaya beroleh peluang yang mantap—walaupun tidak lebih baik—untuk kemajuan. Lil Faculty menerima pakai kurikulum dan program yang boleh membantu membina kemahiran hidup asas kanak-kanak. Set kemahiran ini penting untuk mengembangkan kualiti menjadi manusia yang baik terlebih dahulu sebelum mencapai perkara lain (iaitu sebelum menceburi profesion tertentu).
Tambahan lagi, Lil Faculty memahami kepentingan memastikan hak penyertaan dan hak berkomunikasi kanak-kanak dalam pendidikan. Kanak-kanak diberi kebebasan bercakap dan pergerakan pada masa yang dikhaskan (contohnya sewaktu rehat) untuk menyokong amalan penyuaraan inklusif atau pedagogi inklusif. Di sini, kanak-kanak didedahkan kepada suasana pendidikan awal kanak-kanak yang menekankan pembangunan karakter (seperti nilai yang baik, keyakinan diri dan disiplin) dan autonomi sekolah. Aktiviti fonik turut disertakan untuk memulakan pelajaran membaca, menulis dan mengeja, dan tahap kemajuan mereka akan dinilai dari semasa ke semasa. Kemajuan ini akan dikemas kini kepada ibu bapa oleh guru kelas masing-masing ketika perjumpaan ibu bapa dan guru.
Para guru di Lil Faculty mempunyai minat mendalam terhadap penjagaan kanak-kanak dan pendidikan awal kanak-kanak, menjadikannya tempat kanak-kanak dilayan bagaikan anak mereka sendiri. Gabungkan ciri kemesraan dan tanggungjawab guru dengan program menyeluruh yang ditawarkan prasekolah ini, sudah tentu Lil Faculty akan membimbing anak-anak anda —generasi seterusnya— untuk menjadi versi terbaik diri mereka.